Lidah Lembu Goreng Kunyit
2:22 PTG
Ada lebihan lidah lembu yang sudah Amie cekur dan bersihkan, kemudian Amie simpan pada minggu lepas.
Pagi tadi Amie rebus lagi sehingga benar-benar lembut.
Minggu lepas, Fairuz hanya melihat-lihat sahaja kami makan sup lidah lembu, dan sesekali nampak juga tangannya mencuit sedikit.
Kali ini, bila Amie hidangkan Lidah Lembut Goreng Kunyit, laju pula tangannya mencapai sudu menambah lauk ke dalam pinggan nasi!
Jom lihat resipi yang Amie kongsikan di bawah ini.
Bahan-bahan:
400 gram lidah lembu (sudah direbus lembut dan dibersihkan) - hiris nipis - gaul dengan sedikit garam dan kunyit - ketepikan
3 biji kentang saiz kecil - kupas kulit - belah 4 - goreng hingga kuning keemasan - toskan
1 labu bawang besar - mayang kasar
1 biji cili merah - hiris
2 biji cili hijau - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
3 biji bawang merah - hiris
1/2 sudu kecil lada putih - tumbuk
1 sudu kecil Maggi Cukup Rasa
3 sudu besar minyak
Cara:
1. Panaskan minyak. Goreng bawang putih dan bawang merah sehingga layu kekuningan.
2. Kemudian masukkan lidah lembu dan gaul rata.
3. Masukkan kentang goreng, bawang besar, cili merah dan cili hijau serta lada putih.
4. Tambahkan perencah Maggi Cukup Rasa. Gaul beberapa kali dan padamkan api dapur.
Jemput makan!
0 comments