Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Tadika Chang Quing Baru 2018

3:00 PTG

Alhamdulillah.
Tahun 2018 ini diberi kesempatan untuk menghadiri Majlis Penyampaian Siji dan Hadiah di Tadika Chang Quing Baru (Tadika New Evergreen)bersama Encik Suami, tempat Firdaus belajar bersosial bersama rakan sebaya dan menimba ilmu.

Majlis dijadualkan bermula pada pukul 10 pagi. Di kesempatan ini, Amie dapat menyaksikan sendiri betapa sabarnya guru-guru tadika ini menyusun, mengatur dan mengawal anak-anak kecil yang sememangnya tidak boleh duduk diam dalam jangka masa yang agak lama. Majlis ini merupakan kali ke-4 diadakan sepanjang tempoh tadika ini beroperasi, dan sudah menjangkau usia 34 tahun! Abang Farid menamatkan tempoh pembelajarannya di tadika ini seawal usia 2 tahun, dan berakhir pada tahun 2000 sebelum menyambung belajar di SRJK Yuk Choi. Kemudian diikuti oleh Fuad, dan memandangkan kami berpindah tempat tinggal, jadi Fuad terpaksa dipindahkan ke Tadika Yuk Choi. Begitu juga dengan Fairuz. Bagaimanapun pada 2006, Amie berpindah ke tempat lain, dan tidak lama kemudian tadika ini pula berpindah tempat berhampiran tempat kerja Amie. Jadi, kami sepakat mendaftar Firdaus untuk belajar di tadika ini. Guru-gurunya masih sama seperti sewaktu Farid belajar di sini. Teacher Mary sebagai Guru Besar, dan guru-guru yang lain seperti Teacher Bibah dan Teacher Nurhaya merupakan guru tadika Farid dan Fuad, manakala Teacher Tsen dan Teacher Agnes merupakan guru tadika tersebut selepas Fuad berpindah ke Tadika Yuk Choi.

Sebelum majlis bermula, Firdaus ingin mengabadikan kenangannya bersama rakan sekelas iaitu Norman Mawit yang duduk bersebelahan dengan kami bersama ibunya.

Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Ke-34.
Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, diikuti dengan ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Guru Besar. Teacher Agnes selaku pengerusi majlis menggunakan dwibahasa iaitu bahasa Mandarin dan bahasa Melayu, manakala ucapan oleh Guru Besar disampaikan dalam bahasa Melayu sepenuhnya.

Kemudian, majlis menjemput wakil murid dari Kelas A yang menamatkan pembelajaran mereka pada tahun ini untuk memberikan ucapan. Ucapan di sampaikan oleh 3 orang murid, dan setiap seorang menggunakan 3 bahasa yang berbeza.

Ucapan pertama disampaikan dalam bahasa Mandarin, kedua dalam bahasa Inggeris dan ketiga dalam bahasa Melayu.

Direct to the point.....hahaaaa!
Firdaus dipanggil untuk menerima hadiah saguhati dalam pertandingan menulis bahasa Melayu.

 Tahniah dik!

 Seronok sungguh dia terima hadiah!

 Untuk pertandingan menulis dalam bahasa Cina pula, Firdaus mendapat tempat pertama.

 Dapat dua hadiah!

 Oh! Ada lagi....

Firdaus dapat lagi satu piala, tempat pertama pertandingan bercerita dalam bahasa Melayu.

 Tiga dah hadiahnya dik!

 Oooo... ada lagi laaa...

 Dapat lagi hadiah tempat kedua pertandingan bercerita dalam bahasa Inggeris.

Tahniah dik!
Dah berapa kali ucap tahniah ni?
Empat kali kot, sebab ada empat piala di situ...hiks!

 Betul ada empat!
Firdaus dapat empat piala.


Opppsss! Tunggu dulu.
Ada lagi ni, piala yang kelima. Piala apa pula tu?

 Oh!. Piala kemenangan mendapat tempat pertama pertandingan bercerita dalam bahasa Cina.

 Tahniah untuk kali kelima dik!

 Dah lima buah piala bersusun atas meja.

Giliran Encik Suami pula untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan mewarna.
Kali ini Firdaus tidak memenangai apa-apa.

Sekarang ada lima buah piala di atas meja, milik Firdaus.
Nama kita pula dipanggil untuk menyampaikan hadiah terakhir pada pagi itu iaitu hadiah untuk Whole Year Best Result.



Menyangkut lagi sebuah piala untuk Firdaus, dan kebetulan Amie yang menyampaikan. Kali ini Firdaus mendapat tempat kedua. Jadi, Firdaus dapat ucapan tahniah kali keenam!

Sempat merakam aksi kanak-kanak yang mendapat hadiah, dan bagaimana sabarnya guru-guru mereka menguruskan mereka.

 Ada juga muka Firdaus dicelah-celah rakannya!








 






 Firdaus bersama hadiah terakhirnya, tempat kedua dalam kelas.

 Jadi, ada enam buah piala kesemuanya.


Majlis diakhir dengan nyanyian oleh murid-murid dari Kelas A yang menamatkan persekolahan mereka pada tahun ini.


 Sempat lagi merakan aksi Firdaus bersama rakan-rakannya.


 Sebelum pulang, kami menjamu selera dengan hidangan makan tengahari yang sungguh enak!

 Dan kemudian bergambar bersama Firdaus dan pialanya di atas pentas.

Gambar kenangan Firdaus berasama Teacher Bibah dan  rakan-rakannya dalam Kelas B Tahun 2018.

Ini pula gambar kenangan Firdaus bersama  Teacher Tsen dan rakan Kelas C pada tahun 2017. Terima kasih buat semua guru Tadika Chang Quing Baru : Teacher Mary, Teacher Bibah, Teacher Nurhaya, Teacher Tsen dan Teacher Agnes.

Sekian, cerita tentang Firdaus pada hari ini.

0 comments

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe