Sup Ikan Merah
3:12 PTG
Beberapa hari kebelakangan ini asyik makan masakan berlemak termasuk rendang, masak lemak cili padi itu dan ini, makan sayap panggang dan sebagainya. Hari ini Amie masak rebus-rebus saja. Walaupun hanya masakan rebus tapi tetap menyelerakan!
Amie masak Sup Ikan Merah. Biasanya Amie tumis terlebih dahulu bahan perencahnya tetapi kali ini semua main rebus saja! Tak perlu minyak. Amie masak seekor ikan merah seberat 500 gram. Resepinya pun ringkas sahaja, tak banyak bahan yang digunakan.
Bahan-bahan:
1 ekor ikan merah seberat 500 gram - bersihkan - potong 3 bahagian
1 biji kentang saiz besar - kupas kulit - potong kecil / nipis
1/2 batang lobak merah - buang kulit - potong bulat
7 biji tomato ceri
1 batang serai - dititik
2 cm halia - diketuk
1 keping asam gelugor
2 ulas bawang putih - dihiris
3 biji bawang merah - dihiris
1 biji cili merah - belah 2 dan buang biji
1 biji cili hijau - belah 2 dan buang biji
1 sudu kecil lada putih - tumbuk
800 ml air
garam / gula / perasa pilihan
1. Masukkan air ke dalam periuk / kuali bersama serai, halia, bawang putih, bawang merah, lobak merah, dan kentang.
2. Masak sehingga kentang lembut. Kemudian masukkan asam gelugor dan ikan merah.
3. Biarkan mendidih seketika sehingga ikan merah masak.
4. Masukkan cili hijau, cili merah dan tomato ceri.
5. Perasakan dengan lada putih, garam / gula / perasa pilihan.
6. Padamkan api dapur.
0 comments