Bercuti ke Pulau Mabul & Pulau Kappalai, Semporna.
8:31 PGIni cerita minggu lepas, bersamaan 10-11 November 2018, hari Sabtu & Ahad.
Jom jalan-jalan ke Semporna!
Kita ronda-ronda ke Pulau Mabul dan Pulau Kappalai.
Lama juga rasanya tak naik bot laju meredah lautan nan membiru.
Terima kasih buat pencetus idea untuk percutian singkat kali ini, rakan sekerja kami, Sumarni. Biasanya percutian yang dirancang lama banyak gendalanya, tapi kali ini perancangan hanya dibuat tidak sampai seminggu ketika minum di kantin. Alhamdulillah.
Jadual yang diatur, perjalanan kami dari Lahad Datu ke Semporna pada pukul 5:30 pagi dan dijangka tiba dijeti untuk pendaftaran sebelum pukul 8:00 pagi. Walaupun kurang menepati masa 5:30 pagi tetapi kami tiba di Semporna tepat pada masanya.
Sumarni memilih pakej di bawah pengurusan Uncle Chang. Sebenarnya banyak pakej yang ditawarkan dari harga baget sehinggalah harga VVIP. Pilih sajalah mana yang berkenan di hati dan sesuai dengan saku masing-masing...hiks! Ada yang memilih untuk balik hari, setelah beraktiviti kembali semula ke darat (Semporna) untuk bermalam, dan ada juga yang berminat untuk merasai pengalaman bermalam di pulau.
Setelah selesai urusan pembayaran pakej di kaunter Borneo Jungle River Island Tour, di pejabat Uncle Chang, kami pun mengambil beg masing-masing dari kereta dan bergerak menuju ke jeti pelepasan berhadapan dengan Dragon Inn Resort.
Bot laju mula meninggalkan jeti Semporna.
Jangan lupa pakai jaket keselamatan tau!
Teruja sungguh nampaknya Sumarni & Gee pagi itu!
Barangkali ada perkara yang sungguh melucukan sehingga Kam, Nano dan Akmi ketawa besar ketika bot mula bergerak!
Oh! Rupanya ketawa disebabkan kawan yang seorang ini melumur sun block pada muka.
Terima kasih Kam, sebab sudi kongsi-kongsi sun block...ahaks!
Kami lupa bawa sun block!
Perjalanan dari jeti Semporna ke Pulau Mabul sekitar 45-50 minit. Kami berdoa agar tidak akan turun hujan sepanjang kami beraktiviti itu nanti. Maklumlah, akhir-akhir ini cuaca tidak menentu. Boleh dikatakan setiap hari hujan sama ada pada waktu pagi atau petang, dan kadang-kadang di hari panas terik tiba-tiba hujan turun!
Gee sudah lena dibuai mimpi!
Apa tidaknya!
Angin laut yang nyaman mengiringi pelayaran kami. Ditambah pula dengan pemandangan langit cerah, awan memutih dan air laut yang sekejap biru gelap, sekejap biru muda dan kemudian kami berada di atas air laut berwarna zamrud! Aduhai....
Akhirnya bot merapati jeti Pulau Mabul. Kami melintasi kawasan ini (tempat penginapan berharga RM310 satu malam). Kami tidak menginap di sini. Kami menginap di bilik berenam di sebelah sanun! Di sinilah penyu-penyu akan datang berkunjung pada waktu malam.
Alhamdulillah.
Selamat mendarat di jeti.
Sementara menunggu bilik dikemas, lihat-lihat dahulu pemandangan di sekitar jeti.
Teruja rasanya melihat pemandangan di atas!
Sebuah perahu kolek dikayuh seorang anak pulau menghampiri jeti tempat penginapan kami dengan membawa muatan buah kelapa muda!
Sebaik sahaja kami tiba, kami terus mengisi perut!
Pagi itu kami sempat menjamah nasi goreng, mee goreng, sosej dan minuman panas yang telah disediakan.
Kaunter Uncle Chang's Sipadan Mabul Dive Lodge.
Nampak gayanya macam tak sabar untuk terjun laut!
Inilah bilik kami.
Di sinilah kami akan bermalam, membersihkan diri dan solat.
Bekalan elektrik hanya ada pada pukul 5 petang sehingga 8 pagi sahaja!
Maklumlah kita berada di pulau, dan bukannya di tanah besar.
Bilik air!
Kata kawan-kawan, air yang dibekalkan untuk membersihkan diri di sini merupakan air laut yang disuling! Rasanya masin-masin sikit! Tiada kemudahan seperti tuala disediakan di sini. Jadi, kalau ingin bermalam di sini kena bawa tuala sendiri! Syukurlah, Amie bawa tuala dari rumah! Jangan lupa bawa sabun, syampu dan sebagainya.
Jangan lupa pakai kasut crocks!
Setelah menyimpan beg pakaian, kami bergegas keluar untuk meneruskan perjalanan ke Pulau Kappalai, tujuan untuk snorkerling.
Masukkan barang keperluan yang akan dibawa ke dalam water proof bag (beg kalis air). Untuk aktiviti di Pulau Kappalai, bayaran sebanyak RM50 dikenakan, iaitu RM30 untuk bot bagi perjalanan pergi - balik dari Pulau Mabul, dan RM20 untuk sewa peralatan snorkel.
Bot tiba di Pulau Kappalai, dan nampaknya kawan-kawan tidak sabar untuk menyelam!
Ketika kawan-kawan sibuk memakai peralatan snorkel, sempat juga menyaksikan beberapa orang pelancong dari luar negara (satu bot dengan kami) bersiap sedia dengan peralatan SCUBA (Self Contained Underwater Breathing Apparatus - Peralatan Pernafasan Bawah Air Lengkap Diri).
Tentu seronok dapat menyelam lama di dalam air!
Gee dah tak sabar untuk terjun dalam air!
Selamat bersnorkeling Sumarni!
Hahaaaa... berani pula Nano menyelam ye... Dulu bukan main takut lagi nak lepaskan kaki semasa berzipline di Pulau Manukan! Masuk air tak takut pula!
Jadi, Amie dapat rakam dua pemandangan iaitu aktiviti scuba dan snorkeling.
Pemandangan resort yang cantik di Pulau Kappalai.
Kata tour guide kami, bayaran untuk penginapan semalam di sini ialah RM700+++... tak pasti pula satu kepala atau satu bilik!
Inilah wajah-wajah yang tak masuk air, termasuk yang menangkap gambar...hiks!
Kami hanya menyaksikan pemandangan di sekitar resort dan memerhatikan rakan-rakan yang sekejap timbul sekejap tenggelam di dalam air.
Kami sempat menangkap gambar ikan-ikan yang berebut-rebut untuk makan roti yang kami campakkan ke dalam laut.
Kredit untuk Akmi kerana sudi kongsi gambar sewaktu aktiviti snokerling.
Seronoknya dapat bagi makan ikan dalam air!
Wah!
Bukan main sukanya Nano dapat menyelam tengok ikan!
Cukuplah tu 45 minit dalam air!
Jom kita balik ke Pulau Mabul.
Lapar!
Sebaik sahaja menjejak kaki ke jeti Pulau Mabul, sudha terbau aroma masakan!
Rasa lapar sangat!
Kami pun makanlah apa sahaja yang dihidangkan pada tengahari itu.
Bismillah.
Sampai di sini dahulu, nanti Amie sambung lagi ye.
Entri berkaitan Pulau Mabul - Kappalai:
0 comments