Cerita Keluarga : Ulang Tahun
9:15 PG
Sekadar coretan kenangan.
Kesibukan melaksanakan tugasan harian di tempat kerja sememangnya mengekang sebahagian aktiviti yang dirancang. Namun, dalam kekalutan menyiapkan segala arahan, sempat juga meluangkan sedikit masa bersama anak didik dan keluarga tersayang.
16 November 2018, bersamaan hari Jumaat, tarikh itu berulang kembali. Kali ini ulang tahun usia emas! Kalau minggu sebelumnya Fairuz mengadakan makan-makan bersama rakan-rakan kelasnya, dengan menu sayap ayam panggang, kentang goreng dan coleslow serta mee goreng, kali ini Amie juga hidangkan menu yang sama. Bezanya, yang turut meraikan bukanlah orang yang sama, kerana kali ini anak-anak murid kelas Amie yang datang.
Walaupun menu yang disediakan merupakan menu ringkas, tetapi berbaloi dan menjimatkan masa. Amie hanya perlu perap sayap ayam dan sosej, menyediakan coleslow pada sebelah malamnya, dan hanya menggoreng kentang ketika mereka sedang memanggang sayap. Menu tambahan, Amie sediakan sup jagung dan nasi goreng. Minumannya pula Amie sediakan air buah @ koktel. Tidak ada sebarang kek untuk dipotong pada petang itu.
Dibawanya 2 biji kek!
Wah! Rezeki mana boleh ditolak!
Barangkali kek coklat dengan kek coklat cheese leleh... he he heeeee!
Terima kasih daun keladi Nano!
Meriahlah makan-makan kali ini dengan kehadiran kek dua biji itu!
Yang datang memang ringan tulang sebab sama-sama panggang sayap! Kalau begini kerjasama yang diberikan, lain-kali boleh buat lagi...hiks!
Marilah kita jamu selera.
Nano makan sayap aje ke?
Nano makan sayap aje ke?
Pandai anak-anak ini membawa diri. Duduklah di mana yang selesa, duduk di kerusi, di atas tikar atau di atas anak tangga. Makan-makan di luar (bukan dalam rumah) lebih selesa sebab panggang-memanggang!
Alhamdulillah!
Harap semuanya dapat menikmati hidangan yang disediakan.
Ketika sedang menjamu selera, Encik Suami pulang dari kerja kira-kira pukul 5 petang. Dalam kesibukannya pada hari tersebut, rupanya sempat juga dia menempah kek coklat aiskrim dan dibawanya pulang sejambak bunga ros merah bersama coklat. Sempat berbisik kepada Nano: Apahal romantik pulak pakwe aku ni. Bukan main besar jambangan bunga dibawanya. Selalunya kecik jew...sekuntum jew!
Di atas kek tertulis ucapan ulang tahun Amie dan ulang tahun perkahwinan kami! Alamak....! Rupanya sudah 24 tahun ulang tahun perkahwinan kami yang jatuh pada 18 November! Encik Suami bisik, katanya kek itu Encik Suami beli, tapi bunga ros itu Farid yang kirim! Wakakaaaa.... Patutlah 5 kuntum, bukannya sekuntum macam selalu. Katanya lagi, Farid pesan carikan Mommy bunga ros merah segar, tambahkan 5 bungkusan coklat dalam jambangan bunga. Angka 5 itu, Abang Farid kata mewakili semua anak-anak dan Encik Suami.
Alhamdulillah!
Pandai Abang Farid buat kejutan!
Jambangan ros itu kemudian bertukar dari tangan ke tangan anak-anak murid. Masing-masing mengabadikan kenangan bergambar dengan bunga tersebut.
Keesokan paginya, Encik Suami ajak keluar makan. Katanya, Abang Farid yang suruh. (Rupanya Abang Farid bank in $$$ ke akaun Encik Suami). Nampaknya kali ini Abang Farid yang sponsor hasil titik peluhnya mendapat elaun sebagai tutor.
Terharu pula rasanya bila Encik Suami tanya nak makan di mana? Sebutlah mana-mana tempat makan, ini permintaan abang Farid katanya. Amie kata, eloklah kita luangkan masa bersama pada hari tersebut sambil makan-makan di tempat biasa yang Amie suka makan. Pagi itu, kami bersarapan di restoran kegemaran kami, Restoran Dila di Batu 1 dengan memesan nasi kuning.
Kemudian kami menghabiskan masa sehingga pukul 11 pagi di pasar tani.
Pada ketika ini, Firdaus tidak mahu berganjak dari sangkar arnab!
Kalau boleh, semua ikan dan kura-kura di situ dibawanya pulang!
Mengamuklah bujang kecil ini apabila kami mahu beredar dari pasar tani. Sepanjang jalan ada sahaja yang tak kena! Marah sungguh dia!
Masih ada baki lagi $$$ yang Abang Farid kirim untuk bawa kami makan-makan. Jadi, tengahari itu Encik Suami menuju ke Warung Bibik di Batu 7, juga merupakan tempat pilihan Amie untuk menikmati coto perut.
Ketika ini Firdaus sudah 'cool'. Itu pun setelah merengek-rengek minta kebenaran membawa kereta polisnya masuk ke warung!
Jadi pada tengahari tersebut, kami kenyang dengan semangkuk coto perut @ coto makassar setiap seorang.
Menjelang petang (biasanya kami makan malam sebelum Maghrib), Encik Suami bawa ke Seri Perdana, Khadijah Catering Ikan Bakar. Tidak banyak jenis makanan yang Amie pesan.
Hanyalah semangkuk tom yam campur.
Udang masak butter basah.
Dan ikan jenahak masak kukus halia.
Terima kasih Abang Farid.
Terima kasih Encik Suami.
Terima kasih pada segalanya.
0 comments