Mabul Water Bungalow Resort
4:50 PTG
Sambung entri jalan-jalan ke Pulau Mabul.
Kali ini Amie paparkan gambar-gambar yang sempat Amie rakam di kalan senja sedang mula mengengsut ke malam di sekitar Mabul Water Bungalow Resort.
Kawasan sekitar resort dijaga dengan rapi. Bersih dan indah dengan pelbagai bunga-bungaan sedang berkembang dan berwarna-warni. Suasanya yang tenang, ditambah dengan saat-saat mentari sedang menuju ke tempat peraduannya tambah mengusik perasaan!
Jika anda berhasrat untuk melihat-lihat kawasan di sekitar Mabul Water Bungalow Resort ini, datanglah lebih awal supaya dapat menjamu mata sepuas-puasnya. Waktu lawatan bermula pukul 6 pagi dan ditutup pada pukul 6 petang.
Langit tidak secerah awan, dan warna-warna suram mula mengambil alih suasana terang kepada alam yang lebih kelam.
Untuk meneruskan langkah kaki, kami dikehendaki membayar sebanyak RM10.00.
Setelah RM10 bertukar tangan, kami diberikan resit pembayaran dan sebotol air minuman. Di kaunter pembayaran ini juga kami mendapat tahu bayaran per kepala untuk satu malam di sini ialah sebanyak RM2441.00. Satu kepala ye, bukan satu bilik! RM2441.00 bukan RM241.00....hiks! Jadi, kami rakyat marhaen ini hanya mampu menjejakkan kai di atas titian Mabul Water Bungalow Resort ini saja. Nak buka pintunya pun tak mampu...hehehhe!
Jom kita teroka apa yang ada di sanun.
Kami beberapa kali berpapasan dengan buggy sama ada dari arah luar dan dari arah dalam. Yang tak larat berjalan bolehlah naik buggy. Dah bayar RM10, kalau tak larat seret kaki jangan seksa diri. Kami memang nak jalan kaki, ingin menikmati pemandangan dan santai-santai saja di situ.
Jom, teruskan langkah.
Kita lihat-lihat sahajalah dari bahagian luar antara tempat penginapan yang disediakan di sini.
Rasa nak duduk-duduk santai di atas pangkin di depan pintu chalet ini.
Nyamannya!
Akmi, ada rezeki nanti tak mustahil boleh bermalam di sini.
Pemandangan di bahagian belakang chalet.
Nampak cantik dengan hiasan bunga kertas berwarna-warni.
Marilah kita rakam kenangan di celah bunga-bungaan.
Selitkanlah diri mana yang boleh selit tu.
Seterusnya, biarlah gambar yang berbicara mengikut rentak kaki kami yang sedang melangkah.
Memandangkan hari menjelang senja, kami terpaksa beredar dari situ. Jam hampir menunjukkan angka 6 petang. Kami bercadang untuk naik buggy agar segera sampai di pintu keluar. Sayangnya setelah beberapa minit menunggu, tiada seorang pun pemandu buggy yang datang. Mungkin masa perkhidmatan mereka setakat pukul 6 sahaja.
Kami pun turun semula dari buggy dan memutuskan untuk berjalan kaki sahaja.
Sempat menghalakan lensa kamera ke arah ini sebelum meninggalkan tempat yang cantik ini.
Maka, kami pun mengatur langkah meninggalkan Mabul Water Bungalow Resort.
Sempat menoleh ke arah laut, dan terlihat seseorang dalam perahu kolek dengan membawa muatan buah-buah kelapa muda.
Ketika kami meninggalkan pesisir Pulau Mabul menuju ke tempat penginapan kami, azan Maghrib mula berkumandang dari masjid Kampung Samarilaut. Allahu Akbar. Allahu Akbar!
Entri berkaitan Pulau Mabul - Kappalai:
0 comments