Melayan Selera Anak-Anak Kesayangan
8:53 PTG
Sepanjang minggu lepas memang rasa sungguh letih.
Banyak urusan yang perlu diselesaikan termasuk menghadiri temujanji untuk rawatan gigi.....adeeehhh! Esok petang ada appointment lagi dengan doktor gigi! Nampaknya sepanjang September, Oktober dan sehingga November, sudah 7 kali Amie bertemu doktor gigi!
Lupakan itu semua.
Kita cerita tentang anak-anak murid kesayangan.
Ura-ura mengadakan jamuan perpisahan sebenarnya dipilih pada tarikh yang akan datang, tapi tiba-tiba terpaksa ikut arahan untuk mengadakannya pada 8 November 2018 bersamaan pada hari Khamis.
Dalam sibuk-sibuk menghadiri kelas tambahan dan sebagainya, akhirnya 'tersambutlah' juga hari perpisahan itu seadanya.
Wajah-wajah kesayangan cikgu.
Kelas 5 Nekad.
Esok mereka akan menduduki peperiksaan SPM.
Semoga semuanya dapat menjawab dengan sempurna.
Antara juadah yang sempat mereka sediakan.
Alhamdulillah.
Ada pelbagai makanan untuk dijamu bersama.
Ada ayam masak kari, dan juga udang salut tepung.
Pandai anak-anak cikgu masak.
Rendang ayam dan nasi himpit ini dimasak oleh Cikgu Zanariah. Terima kasih daun keladi! Tentu bangun awal pagi untuk masak-masak begini.
Kita pun turut melengkapkan hidangan. Awal-awal lagi sebelum tidur malam, sudah perap ayam.... nak masak apa ye?
Untuk anak murid yang dikasihi, yang tak dapat datang ke rumah cikgunsewaktu hari raya sebab cikgu beraya di Malaya, jadi hari ini cikgu masakkan nasi minyak & the gang untuk kita makan bersama.
Alhamdulillah.
Siap juga akhirnya nasi minyak berlauk rendang daging dan acar. Ayam masak sambal kacang tu nak makan dengan nasi himpit yang Cikgu Zanariah bawa!
Kalau ada di antara anak murid 5 Nekad yang tersesat ke dapur maya ini, akan nampaklah wajah-wajah kamu di sini...ahaks! Agar cikgu tidak lupa, inilah di antara nama kamu: Ho Mei Yan, Nuratika, Shariana Voo.
Moga kalian akan menjadi warga yang berjasa kepada agama, nusa dan bangsa.
Dan, pada keesokan harinya pula Fairuz ingin mengadakan majlis bbq bersama rakan-rakan sekelasnya. Sebenarnya kita pun mati kutu, tak tahu dah nak masak apa. Petang Jumaat itu, mendung dan suasana gelap hingga ke senja! Kita pun sediakanlah apa yang patut, yang mudah dan ringkas. Kalau nampak gambar di atas, tak lain tak bukan nak buat coleslow!
Selesai memerapa sayap ayam dan sosej, kita pun terus 'mengerjakan' kobis untuk dijadikan coleslow.
Alhamdulillah.
Coleslow yang lazat siap untuk disimpan dan peti sejuk!
Selepas Isya' rakan-rakan Fairuz pun tiba dan mulalah mereka memanggang sayap ayam. Encik Suami ringan tulang sediakan air minuman untuk mereka. Sementara menanti sayap ayam masak, makanlah dahulu buah-buahan ye.
Hidangan lain untuk melengkapkan sayap ayam dan coleslow ialah kentang goreng.
Tidak ketinggalan mee goreng!
Seronok sungguh nampaknya rakan-rakan Fairuz menikmati sayap panggang & the gang.
Mungkin terlalu letih, dam kebetulan esok awal pagi akan bertolak ke Semporna, jadi kita hanya menjamah sedikit sahaja walaupun sebenarnya tersangatlah sedap! Memang sedap! (Perasan sendiri...hiks)
1 comments
Semua nampak sedap.. lagi lagi kepak ayam tu.
BalasPadamNasib baik akak dah kenyang.
Pss... Nanti nak skodeng resepi kepak ayam tu hehehe !