Ikan Merah Masak Taucu Sedap!
2:32 PTG
Hai...
Semoga semua sihat walafiat.
Dan dapat meneruskan aktiviti harian.
Dah makan tengahari belum?
Kalau belum, jemput makan tengahari ini, nasi putih lauk Ikan Merah Masak Taucu.
Encik Suami rendam 2 ekor ikan merah seberat 800 gram. Seekor daripadanya bersaiz agak besar dan seekor lagi agak kecil. Amie masak kedua-duanya sekali. Bagaimanapun belum sempat Amie masak, Encik Suami sudah bergegas untuk ke tempat kerjanya. Minggu ini Amie balik agak lewat memandangkan Fairuz menduduki peperiksaan SPM, jadi sampai rumah pun lewat. Seperti biasa, memang Encik Suami sudah masak nasi dan rendam ikan.
Bahan-bahan:
2 ekor ikan merah seberat 800 gram - bersihkan dan potong 2 - perap seketika dengan sedikit garam dan serbuk kunyit - goreng hingga masak
4 sudu besar taucu masin
1 cawan air
minyak
garam / gula / perasa pilihan
Bahan hiris:
1/2 batang lobak merah - potong bulat5 biji cili hijau
2 biji cili merah
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
3 cm halia
Cara:
1. Tinggalkan 4 sudu besar minyak bekas gorengan ikan.
2. Masukkan kesemua bahan hiris, dan tumis hingga wangi.
3. Masukkan taucu , dan tambahkan air.
4. Setelah tumisan mendidih, masukkan ikan.
5. Kacau rata, dan tambahkan perasa seperti garam/ gula/ perasa pilihan.
6. Padamkan api dapur.
Makan nasi putih dengan kuah taucu pun dah cukup sedap!
0 comments