ADSENSE

Jumaat, 9 November 2018

Singgang Ketam dengan Nanas

Jom masak ketam.
Kita masak ringkas-ringkas saja.
Kita masak singgang.
Biasanya Amie suka masak singgang ketam campur dengan nanas, Nanasnya pula yang tak masak, agak-agak ada rasa masam manis, dah kira cukup cantik rasanya!

 Kalau tak ada nanas, boleh tambahkan belimbing buluh, kacang bendi, tomato dan sebagainya.

Bahan-bahan:
6 ekor ketam -bersihkan dan belah 2 
2 batang serai - dititik
2 cm kunyit hidup - dihiris
2 keping asam gelugur
2 cm halia - dihiris
1 labu bawang beras - belah 6
1/2 sudu kecil belacan - hancurkan
1/2 tangkai cili hijau dan 1/2 tangkai cili merah - dibelah dan buang biji 
1/2  biji nanas - dihiris  
garam / gula  / perasa pilihan secukupnya
600 ml air 

Cara:
1. Panaskan air di dalam periuk. Tambah kunyit, serai, bawang besar, asam gelugur, halia dan belacan. Didihkan.
2. Masukkan cili hijau dan merah dan kemudian tambah nanas. Biarkan mendidih sehingga nanas layu.
3. Masukkan ketam dan kacau sehingga ketam masak.
4. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
5. Hidangkan segera.

Ketepikan nasi, untuk beri laluan meratah ketam....hiks!

Tiada ulasan: