Makan Tengahari di Semporna Holiday Restaurant
11:02 PG
Entri terakhir jalan-jalan ke Pulau Mabul.
Cerita dua minggu lepas yang belum selesai.
Sebaik sahaja tiba di jeti Semporna dari Pulau Mabul, kami mengambil keputusan untuk makan tengahari di Kampung Tampi-Tampi. Makanan yang dihidangkan memang sedap-sedap dan harganya pula sangat berpatutan.
Cuma, kami agak lama tertunggu-tunggu makanan yang dipesan. Barangkali kalau datang ke sini untuk santai-santai menikmati hidangan, tanpa perlu segera meninggalkannya untuk tujuan lain mungkin inilah tempatnya yang sesuai. Ditambah pula dengan pemandangan laut nan membiru serta tiupan angin yang nyaman.
Kawasan ini terletak berhampiran masjid, dan memudahkan kita untuk menunaikan solat. Walaupun kami meletakkan kereta di hadapan masjid, tetapi dikehendaki membayar tempat 'parking' sebanyak RM5 untuk sebuah kereta.
Tengahari panas terik!
Bila ternampak pelbagai jenis buah-buahan segar, tentunya tekak meronta-ronta untuk menikmati jusnya!
Setelah memesan hidangan tengahari, kami pun bergerak menuju ke tempat makan di tepi laut sanun. Ketika itu jam menunjukkan hampir pukul 12. 20 tengahari.
Hampir 15 minit menunggu pesanan yang belum kunjung tiba, akhirnya kami mengambil keputusan membeli air jagung dan minuman dalam botol yang dijual berhampiran tempat duduk kami.
Tiga minit kemudian, setelah kami minum air jagung, sampailah minuman kami yang dipesan dari restoran.
Apalagi!
Lupakan air jagung, minum dulu jus mangga sementara menunggu makanan tiba!
Makanan tidak juga tiba!
Minuman hampir separuh disedut!
Hidangan pertama tiba selepas 13 minit kemudian, sup jagung dengan ketam. Kami menunggu beberapa minit agar terkumpul sekali hidangan yang lain. Tunggu punya tunggu tak kunjung tiba. Memandangkan sup jagung ketam akan menjadi sejuk, kami pun mengambil keputusan untuk menikmatinya terlebih dahulu!
Sup jagung dengan ketam ini memang sedap, dan ada isi ketam di dalamnya.
Ketika ini jam sudah menunjukkan angka 1.17 minit.
Minuman sudah habis disedut. Sup jagung dengan ketam juga licin dihirup!
Makanan lain termasuk nasi dan lauk-pauk belum juga tiba!
Kami simpan air jagung yang dibeli tadi di dalam botol minuman. Mana tahu ada yang kehausan sebab kehabisan minuman yang dipesan...ahaks!
Sementara menunggu kedatangan 'nasi' makan dulu kuaci!
16 minit kemudian, pelayan restoran datang menatang makanan di atas dulang. Kamu sudah bersedia dengan pinggan masing-masing! Udang Butter Basar datang bersama Sayur Kailam Sos Tiram.
Tanpa nasi?
Kami minta pelayan restoran bawakan segera nasi ke meja kami!
Sudah hampir satu jam kami tunggu dik!
Tunggu lagi.... nasi tak kunjung tiba!
Akhirnya kami ratah Udang Butter Basah bersama Sayur Kailan Sos Tiram!
Pukul 1.32 minit baru sampai Isi Ikan Mangga dan nasi putih!
1 jam lebih kami menunggu nasi tiba!
Ada lagi satu lauk yang belum sampai iaitu Sotong Goreng Tepung.
Menunggu sotong goreng tiba!
Terkulat-kulat makan... maklum nasi dan lauk tak datang serentak, masa yang diambil pula begitu lama untuk menghidangkan satu-satu masakan!
Lauk dah habis, hanya menunggu sotong tiba. Nasi pun terbiar begitu sahaja di atas meja.
6 minit kemudian baharulah tiba hidangan terakhir.
Jam melewati angka 2 petang!
Kami pun beredar dari situ.
Kata Gee: Kita boleh saja makan di sini tetapi pada waktu petang, dan boleh menunggu lama-lama makanan yang dipesan.
Hurrrmmm.... melihat semula catatan waktu pada gambar-gambar yang dirakan dalam DSLR, rupanya kami berada di sini selama 1 jam 53 minit! Rasa-rasanya lama tak?
Entri berkaitan Pulau Mabul - Kappalai:
0 comments