Jom Cuba Resepi Raja Segala Kek : Kek Hati Pari @ Parek...
4:18 PTG
Salam sehati sejiwa...
Terus kepada isi cerita... tentang Kek Hati Pari atau dalam sebutan orang Sarawaknya, parek gitew... Kalau kami pulak sebut pare he he heee.... Kek Hati Pari @ Parek @ Pare. Ini kek bukan sebarang kek tau. Inilah Raja Segala Kek! Owhhh.... kenapa begitu yea?
Sebenarnya ambil masa juga memikirkan keunikan dan mencari keistimewaan Raja Segala Kek ini. Puas sudah merujuk buku resepi, bertanya berpuluh-puluh kali sama Encik Google, dan juga kawan-kawan. Bila melihat gambar kek ini pula, berbagai-bagailah teksturnya, ada yang halus mulus, dan ada yang kasar berlubang. Warnanya pula ada yang hitam manis, hitam coklat, coklat kuning, dan bila melihat warna yang benar-benar hitam gelap... ya ampun! Katanya itu hasil penggunaan gula hitam! Mana nak cari gula hitam selain di Sarawak. Yang kita selalu jumpa hanya sugar brown. Tak apalah... kita sambung cerita di bawah nanti. Kita nikmati dulu Raja Segala Kek ini....
Pagi tadi bawa sikit bagi kawan-kawan rasa. Wow! Seronoknya dengar bila mereka kata kek ni sedap! Hilang segala penat mengukus berjam-jam dan berpeluh-peluh menumbuk kismis hitam sampai lumat! Sampai rumah, nampak ada lagi sepotong raja segala kek, kita pun terus ambil gambar. Gambar seadanya saja... kebetulan hujan, sang mentari sembunyi! Jadi nampaklah bayang-bayang raja segala kek sedang berposing!
Bila tengok kejadian raja segala kek ini di dapur teman-teman yang lain, ada yang begitu dan ada yang begini... akhirnya beginilah rupa paras raja segala kek yang kita hasilkan. Halus mulus tidak, lubang-lubang adalah sikit yea... Tak apa, kalau tak cuba mana kita tahu hasilnya. Lain kali kita cuba-dan terus mencuba. Sedap punya pasal, akan terus kucuba!
Amie cuba buat ikut versi tradisional. Dan di bawah ini, Amie kongsikan buku resepi kepunyaan Cik Waritie yang disimpan lebih 25 tahun lamanya!
Kata Waritie, buku resepi ini dibawa oleh rakan sekerjanya, Norpiah Haji Weng dari Sarawak. Berpuluh-puluh resepi kek Sarawak ada di dalamnya.
Ooooooowwwoooo.... banyak resepi kek di situ! Kalau boleh baca, ada Kek Batang Kayu, Kek Tamil, Kek Mawar Hitam, Kek Melati, Kek Kukus Terpendam, Kek Mata Hantu.....! Waritie sangat sayang buku resepinya ini. Katanya, ia seolah-olah bahan antik yang perlu disimpan sebagai warisan. Iyolaaa.... tengok sajalah tulisannya pun masih gunakan mesin taip!
Ada beberapa versi Kek Hati Parek dalam buku resepi ini. Itulah yang Amie katakan di awal tadi... banyak versi! Versi di atas inilah yang kami pertikaikan beberapa hari.... terutamanya penggunaan 10 1/2 gelas tepung gandum untuk satu adunan! Kalau begitu banyak tepungnya, apa rasanya nanti? Itu kata Waritie... sebaliknya Amie jawab: Nantilah, saya cuba dulu versi yang asli. Lepas tu nanti kita cuba pula versi di bawah ini, yang gunakan 1 1/2 gelas tepung gandum.
Tempoh masa mengukus raja segala kek ini pun ada banyak versi. Biasanya Amie jumpa 8 jam mengukus. Ada yang mengatakan 10 hingga 12 jam pula! Yang 12 jam itu Amie tidak persoalkan sebab Amie sendiri selalu melihat arwah Bonda mertua membuat pudin,(sejenis kuih tradisional masyarakat Melayu Cocos) menerima banyak tempahan menjelang hari raya. Memang Amie nampak (kalau tidur di kampung) Bonda mertua menjaga api dan air dari pagi hingga ke malam! Barulah pudin tadi dikeluarkan dari periuk! Kalau pudin tahan selama setahun hingga 3 tahun simpan dalam peti sejuk, raja segala kek ini khabarnya boleh bertahan dalam tempoh yang lama juga!
Wokeeeyyyy.... di bawah ini Amie kongsikan resepi paling mudah, dengan menggunakan bahan yang senang nak cari. Tak perlu pelbagai perasa seperti serbuk Horlicks, coklat dan sebagainya. Seboleh-bolehnya Amie nak cari resepinya yang benar-benar asli. Lepas ni nanti bolehlah cuba versi lain pula... yang campur macam-macam tu. Apa pun Amie tukarkan sukatan cawan atau gelas kepada sukatan metrik. Oh! Ya.... resepi biasa menggunakan sukatan adunan penuh, tapi Amie gunakan separuh sahaja. Itu pun cukup muat dalam acuan persegi 8"X8".
Bahan-bahan:
500 gram tepung gandum
250 gram mentega tulen
1 3/4 gelas gula pasir
1 gelas gula pasir - dijadikan gula hangus
5 biji telur gred A
300 gram kismis hitam
4 sudu besar susu pekat manis
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
loyang 4 segi 8"x8" yang telah digris dengan mentega
kertas aluminium
500 gram tepung gandum
250 gram mentega tulen
1 3/4 gelas gula pasir
1 gelas gula pasir - dijadikan gula hangus
5 biji telur gred A
300 gram kismis hitam
4 sudu besar susu pekat manis
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
loyang 4 segi 8"x8" yang telah digris dengan mentega
kertas aluminium
Cara-cara memasak:
1. Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat. Ketepikan.
2. Tumbuk kismis hingga hancur lumat dan kemudian ambil 75 gram tepung yang diayak tadi dan gaulkan dengan kismis hingga sebati.
3.Pukul mentega bersama gula hingga putih.
4. Kemudian masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang.
5.Perlahankan kelajuan pemukul, dan masukkan susu pekat manis.
6. Seterusnya masukkan gula hangus dan juga kismis.Gaul rata
7.Tuangkan adunan ke dalam loyang dan tutup loyang dengan kertas aluminium.
8. Kukus selama 6 hingga 8 jam dengan api sederhana. Gunakan air panas setiap kali hendak menambah air kukusan.
1
Memandangkan Amie hanya gunakan 1/2 adunan asal, jadi tempoh mengukus pun Amie kurangkan dari 8 jam kepada 6 jam sahaja!
Kalau nak tahu rasanya, kenalah cuba sendiri...
Sekarang barulah daku faham... benar-benar faham mengapa sebiji Kek Hati Pari saiz 9"X9" mencecah harga RM200! Lagi faham dan bertambah faham kenapa adunan kek begitu banyak, sampai 1 kg tepung..... Rupanya kena bijak jimat masa dan tenaga ye sebab nak ngukusnya tu kena fikir 4, 5,6 7,8 sampai 101 kali...hiks!
15 comments
nampak sedap sangat tuh. ok buat la jugak mlm nanti
BalasPadamSalam amie, rajinnya mengukus sampai 6 jam tapi sangat berbaloikan tengok hasil kejadiannya.
BalasPadamAs salam Amie. Dulu saya selalu diberikan kek ini oleh seorang rakan dari Sarawak. Tapi skrg dah terputus hubungan. Cuma nak tanya sukatan gelas. Kalau Amie boleh convert ke cawan metrik, lagi memudahkan.
BalasPadamAdda,
BalasPadamTahniah! Saya ngukus ni... tak larat nunggu, minta tolong Encik Suami & anak sulung jaga hihihiii....
Aina,
alhamdulillah.... bila kawan-kawan kata sedap, habis licin... rasa nak buat lagi lain kali, versi lain pulak.
Azie,
waalaikumussalam,
setelah berbahas berhari2 dengan Waritie tu tentang tepung gandum, saya cuba olah ikut hati Azie, ikut adunan asal, kebanyakkannya 9 1/2 gelas / cawan, ada juga hingga 10 1/2 gelas / cawan. Gelas / cawan ni saya pun tak pasti mana satu sebab memang tak jelas. Jadi saya timbang, guna cawan setiap satu cawan 125 gram, jadinya 4 cawan 500 gram, ya saya guna cawan metrik. Tapi.... mungkin boleh guna lebih tepung gandum kot... he he he saya ni cuba try test aje.
salam Mie, bab mengukus lama tu lah yg tak gemo sngt
BalasPadamhabis gas se tong haha
tapi mesti sedap kek ni kan Mie
Nampak tektur kek sangat lembab dan terserlah keenakannya...tgk cara2 cam x susah mana..tp bab nk ngukus tu bercinta laa...kek buah 4 jam..yg ni 6 jam...adoi..abes gas setong
BalasPadamWana blm pnah buat lagi kek ni kak..tapi pnah rasa kawan dr Sarawak buat..Mmg Sedap betul rasanya..
BalasPadamsedap nya kek...suka makan kek..tp xrajin nak buat. hahaha
BalasPadamrasa nak makan,tapi tak ada kudrat la bab nak mengukus tu!
BalasPadambest ini kena cuba..biasa dpt makan yang orang bagi jer.
BalasPadamSalam Amie.
BalasPadamTerbaik!
bab mengukus tu yg buat fikir 4, 5 kali... tp MaDiHaA percaya kek ni mesti sedap.
BalasPadamMmg kek kemestian kami di Kuching. Kek hati parek yg asli x da Horlicks, koko, coklat masak bagai. Cuma kismis hitam dihiris halus, gula hangus, browning. Mak buat jualan kek ni musim raya, gas mmg bertong2 habis. Masa sy kcik dulu,gna mnyak tanah sbb murah tp skrg murah lg gas. Kukus paling kurang 8 jam selalu 10 jam.
BalasPadamsaya minta izin ambik resipi ni sedap nampak nya nk buat utk anak2 yg duk diasrama tq
BalasPadamSaya pun diberi resepi oleh kawan .. lebih kurang sama resepi.. dan dah 3 kali buat.. sgt sedap..
BalasPadam