Sotong Goreng Kunyit Pedas Berapi

5:45 PTG

Assalamualaikum.
Salam sejahtera buat semua pengunjung setia Amie's Little Kitchen.
Selamat berhujung minggu.
Selamat mengemas rumah...hiks!
Cuti di hujung minggu biasanya dipenuhi dengan aktiviti membersihkan rumah! Ini sahajalah kesempatan yang ada, kalau tidak memenuhi undangan kenduri kahwin dan sebagainya.
Pagi tadi, selesai sahaja tampal gigi di klinik, Amie ajak Encik Suami singgah di pasar ikan dan pasar sayur. Tinjau sana, tinjau sini, akhirnya kami menjinjing beberapa jenis ikan dan sayur dibawa pulang. Paling teruja, kami dapat beli sotong (cumi / squid) segar. Encik Suami suka makan sotong, tapi sayangnya setiap kali Encik Suami beli sotong, apa yang kami dapat ialah sotong yang sudah buruk! Bukan apa. Tipu helah peniaga membuatkan para pembeli terpedaya. Mereka akan letak sotong, ikan, udang dan sebagainya yang segar dan cantik di bahagian atas. Pembeli tidak dibenarkan memilih, dan pada kesempatan itulah peniaga akan menyodok dari bahagian bawah atau yang ada di hadapannya! Kita sangka dapat yang elok dan segar seperti yang dipamerkan, tapi sebaliknya bila sampai ke rumah, rasa hampa yang amat sangat! Agak lama juga kami tidak jejak kaki ke pasar ikan LD, sebab selalu tertipu, ditambah pula dengan ikan dibubuh 'nila', yang viral baru-baru ini. Selain itu, ikan-ikan saiz besar pula dicampur dengan air mayat supaya tahan lebih lama.  Malas pula nak cerita  panjang. Kalau berminat ingin tahu, bolehlah google. Itu sebabnya kami lebih suka masuk kampung untuk membeli ikan.
Wokeyyyy.
Kita cerita tentang sotong. 
Amie masakkan Sotong Goreng Kunyit Pedas Berapi untuk Encik Suami. 
Kesian Encik Suami, sebab setiap kali kami ke pasar dan dia nak beli sotong, Amie tak setuju. Heheeee.... tak setuju beli sebab sotong 'buruk'! Kali ini bolehlah Encik Suami makan sotong puas-puas.

 Inilah hasilnya Sotong Goreng Kunyit Pedas Berapi.

Pada mulanya Amie nak masak semua 1 kg sotong, tapi memikirkan nanti hanya Encik Suami, Amie dan Fairuz sahaja yang makan, macam banyaklah pula. Jadi Amie masak separuh sahaja.

Sotong yang sudah dibersihkan. Buang isi perutnya seperti kotoran dan dakwat, tulangnya yang nipis, mata dan mulut. Kalau ada telur, biarkan saja telur tu duduk dalam perut sotong.

Kemudian potonglah ikut citarasa. Kalau saiznya agak kecil, biarkan sahaja pun ok. Kalau ada besar, bolehlah potong bulat dan sebagainya. Amie hanya gunting sedikit di bahagian tepinya. Kalau saiz agak besar Amie potong dua.

Amie ambil separuh sahaja sotong yang sudah dibersihkan dan taburkan sedikit garam dan sebuk kunyit untuk diperap seketika. Sebentar lagi siaplah Sotong Goreng Kunyit Pedas Berapi seperti di bawah ini.

Kalau tak suka rasa pedas, tak perlulah tambahkan cili padi. Boleh gantikan dengan hirisan cili merah atau hijau sahaja. Jom kita lihat resipinya di bawah ini.

Bahan-bahan:
500 gram sotong - bersihkan - potong ikut citarasa - toskan - perap dengan 1/2 sudu kecil garam dan 1 sudu kecil serbuk kunyit - ketepikan
5 batang kacang panjang - potong 3 cm
1 labu bawang besar - mayang kasar
4 sudu besar minyak
1 sudu kecil perencah Maggi Cukup Rasa

Bahan tumbuk kasar:
3 ulas bawang putih
11 biji cili padi

 Kalau tak mahu tumbuk, nak hiris cili padi dan bawang putih pun boleh.

 Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga wangi.

 2. Kemudian besarkan api dan masukkan sotong. Terus kacau beberapa kali.

 3. Masukkan kacang panjang dan bawang besar. Gaul rata.

4. Masak di antara 2-3 minit sahaja dengan menggunakan api besar. 
5. Perasakan dengan perencah Maggi Cukup Rasa. Kacau sekali dua dan padamkan api dapur.

Sotong Goreng Kunyit Pedas Berapi ini sangat sedap! Terasa manisnya sotong segar, dan tidak pula berkuah / berair banyak. Ramai yang mempunyai petua tersendiri sewaktu memasak sotong supaya sotong tidak berair dan tidak liat. Ada yang keluarkan terlebih dahulu air sotong dengan memanaskan sotong terlebih dahulu. Itu pun Amie biasa buat. Bagaimana pun, sekiranya anda mempunyai sotong segar, dan belum terkena ais batu, teruslah masak. Gunakan api besar, dan cukuplah selama 2 minit, dan paling lama 3 minit!

1 comments

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe