ADSENSE

Selasa, 6 November 2018

Ikan Alu-Alu Masak Singgang Pedas

Entri sebelum tidur.
Jom kita masak singgang pedas ikan alu-alu.
Petang tadi habiskan stok ikan yang ada dalam peti sejuk. Ada beberapa kepingan ikan alu-alu bahagian ekor. Amie rasa sesuailah masak rebus-rebus....hiks!

Kita ratah Ikan Alu-Alu Masak Singgang Pedas. Lepas tu kita hirup kuahnya he heeeee! Sedap makan dengan nasi panas lembik-lembik sikit.

Bahan-bahan:
4 kepingan ikan alu-alu
7 biji belimbing buluh - belah jangan sampai putus
7 biji tomato ceri - belah 2
2 siat daun kunyit - simpulkan
7 biji cili padi
1 labu bawang besar - mayang kasar
1 liter air
garam / gula / perasa pilihan

Bahan tumbuk / kisar:
2 cm kunyit hidup
5 biji bawang merah
1 cm halia
1 cm lengkuas
11 biji cili padi
1 sudu kecil belacan

Cara:
1. Masukkan air dan bahan tumbuk / kisar ke dalam periuk / kuali.
2. Didihkan  di atas api dapur.
3. Masukkan ikan dan belimbing buluh, bawang besar dan cili padi. Biarkan terus mendidih sehingga ikan masak.
4. Kemudian masukkan tomato ceri, daun kunyit, garam / gula / perasa pilihan.
5. Biarkan seketika, dan padamkan api dapur.

Alhamdulillah.
Biarpun sekadar masak rebus yang mudah, lauk begini sudah cukup bagi kami sekeluarga!

Tiada ulasan: