Melihat Penyu di Pulau Mabul
1:46 PTG
Entri tertinggal...
Selepas menjamu selera pada sebelah malamnya. kami sempat jalan-jalan di jeti, tempat yang selalu dikatakan boleh melihat penyu. Alhamdulillah, tidak lama menunggu datang seekor penyu, dan datang lagi seekor!
Wah!
Rasa sangat teruja tapi sayangnya tak dapatlah rakam gambar penyu dengan jelas. Saiz penyu tersebut sangatlah besar! Dan bertambah menarik apabila melihat penyu itu perlahan-lahan muncul di permukaan air untuk menangambil oksigen!
Gambar dikongsi dari hp Sumarni. Malam itu kami berkongsi menghalakan cahaya dari hp masing-masing ke arah penyu, agar dapat melihat dan mengambil gambar penyu. Adeeehhh... rasa seram-seramlah juga takut hp terjatuh ke dalam laut!!!!!
Tak dapat tangkap gambar penyu dalam laut, tangkap sajalah gambar rakan-rakan yang sedang menunggu penyu timbul!
Setia menanti penyu timbul!
Menurut pekerja di situ, penyu akan berkumpul di situ menjelang lewat malam, antara pukul 10 hingga 1 malam. Tak sanggup menungguh weh! Baik masuk bilik, tidur!
Sempat melihat 4 ekor penyu malam itu.
Paling romantik apabila sempat menyaksikan pertemuan dua ekor penyu, seekor dari arah utara dan seekor lagi dari arah selatan (jantan betina kot?) Kemudian mereka berpisah. Wokey!
Tamatlah kisah penyu di Pulau Mabul yang tak timbul-timbul!
Kami bersiap-siap untuk kembali ke Semporna.
Di kawasan inilah tempat penyu berkumpul malam tadi. Wakti siang tak nampak ekor penyu pun!
Bersiar-siar seketika sementara menunggu kedatangan bot laju dari Semporna.
Tempat kami duduk-duduk pada sebelah malam menunggu penyu.
Gambar atas, perjalanan menuju ke Pulau Mabul dari jeti Semporna.
Gambar bawah, selamat tiba dari Pulau Mabul di jeti Semporna.
Alhamdulillah.
Entri berkaitan Pulau Mabul - Kappalai:
0 comments