Ayam Masak Sos Tiram
7:53 PTG
Entri sebelum tidur.
Masakan ringkas dan mudah, Ayam Masak Sos Tiram yang digemari anak-anak.
800 gram daging ayam - potong 8
3 biji kentang - kupas kulit - belah 4
1/2 batang lobak merah - kupas kulit - potong bulat
4 kuntum cendawan kering shiitake - rendam hingga lembut - belah dua
1 biji cili hijau - hiris
1 biji cili merah - hiris
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap lemak manis
1/2 sudu kecil lada putih - tumbuk
2 cawan air
4 sudu besar minyak
garam / gula / perasa pilihan
Bahan tumbuk / kisar
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
2 cm halia
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar / tumbuk bersama cili merah dan cili hijau hingga naik bau.
2. Masukkan ayam bersama kentang, lobak merah dan cendawan shiitake.
3. Gaul rata hingga daging ayam layu.
4. Tuangkan sos tiram dan sos kicap lemak manis serta lada putih.
5. Tambahkan air dan biarkan masak sehingga daging ayam dan kentang serta lobak empuk.
6. Tambahkan garam / gula / perasa pilihan jika perlu - Amie tak tambah sebarang perasa.
7. Gaul beberapa kali, dan padamkan api dapur.
Jika suka kuah pekat likat, bolehlah tambahkan bancuhan tepung jagung!
3 comments
You can make a video for tiktok how to cook it. I advise you to buy tiktok likes for your video
BalasPadamYeni perde modelleri
BalasPadamsms onay
MOBİL ÖDEME BOZDURMA
nft nasıl alınır
ankara evden eve nakliyat
trafik sigortası
dedektor
Kurma website
Aşk romanları
Smm Panel
BalasPadamSmm Panel
iş ilanları
İnstagram takipçi satın al
Hırdavatçı
beyazesyateknikservisi.com.tr
servis
tiktok jeton hilesi