Makan Sedap di Tawau
7:47 PG
Selamat pagi semua.
Dah sarapan ke belum?
Pagi ini Amie nak kongsikan sarapan kami pagi kelmarin semasa berada di Tawau. Seawal pukul 6 pagi, Encik Suami membawa kami sekeluarga jalan-jalan ke Tawau. Kami singgah sebentar di Pasar Tani Takada Tawau beli durian untuk dibuat tempoyak. Kemudian kami singgah pula di Jalan Dominic untuk mengisi perut di Restoran Nasi Lemak Guru Besar.
Restoran ini terletak agak tersorok sedikit dari bandar, tetapi menawarkan suasana makan yang sungguh selesa. Ada tempat letak kereta disediakan, dan tidak perlu menunggu lama untuk menanti makanan yang dipesan. Harganya juga sangat berpatutan.
Walaupun namanya Restoran Nasi Lemak Guru Besar, tetapi hidangan makanan tidak terhad hanya kepada nasi lemak sahaja. Ada beberapa jenis hidangan yang mampu mengancam selera anda dengan harga mampu beli dan sangat berpatutan!
Sebelum pesanan tiba, sempat ambil gambar Firdaus di sudut restoran.
Set Nasi Lemak Rendang Ayam pesanan Fairuz ini hanya berharga RM7.50 sen.
Menu Mee Rebus ini Amie punya ye... RM7.00.
Kuahnya sedap!
Ini Mee Kari Udang, kegemaran Encik Suami. Encik Suami sangat berpuas hati dengan rasanya. RM8.50.
Firdaus memang suka makan roti jala. Set Roti Jala Nadiah namanya, dengan harga RM6.00.
Firdaus juga berminat dengan popia. Popia yang comel ini berharga RM6.00.
Firdaus dah tak sabar nak makan!
Baca doa dulu sayang!
Memang bujang kenit ini makan dengan penuh perasaan!
Roti Jalan dengan Kari Udang sebagai pencecah.
Orang pertama menghabiskan hidangan!
Orang kedua melicinkan sarapan pagi!
Mangkuk Mee Kari Udang Encik Suami pun hanya tinggal sudu dan garfu!
Popia pun dah lesap!
Mee Rebus?
Encik Suami bantu habiskan...hiks!
Apa pun terima kasih kepada Encik Suami kerana belanja makan-makan sepanjang kami berada di Tawau kelmarin. Dapatlah gantung periuk sehari....hiks!
Setelah membeli-belah, kami singgah di sebuah restoran yang selalu diwar-warkan agar jangan lupa dikunjungi, dan buat pertama kalinya kami ke tempat tersebut. Namun begitu, suasananya tak mesra alam langsung! Nampak sunyi sepi dan tiada yang datang untuk melayan kami. Setelah beberapa ketika tercangak-cangak di situ, kami memutuskan untuk meninggalkannya sahaja! He he heee.... Baiklah kita pergi ke tempat makan yang sentiasa mengalu-alukan kedatangan kita. Kalau di Tawau, salah sebuah restoran yang Amie maksudkan sudah tentulah di Wangi Chicken Rice.
Gambar diambil dari entri lepas Jalan-Jalan Cari Makan di Tawau.
Apa yang tidak dapat dilupakan di Wangi Chicken Rice ini sudah tentulah sambal nasi ayam! Rasanya tidak begitu pedas tetapi cukup rasa dan ditambah dengan harum kulit limau kasturi. Itu yang selalu membuatkan kami meminta tambal sambal kalau makan di sini. Nampaknya dua minggu dari sekarang kami akan jadi pengunjung tetap (seperti tahun-tahun sebelumnya) bersama kawan-kawan yang datang dari Kota Kinabalu.
Pelbagai jenis hidangan boleh dipesan tetapi kami hanya memesan nasi ayam sahaja. Pesanan tiba beberapa minit kemudian, dan tidaklah sempat Firdaus untuk meragam kerana kebosanan menunggu hidangan.
Selain nasi ayam kukus dan nasi ayam goreng, kami memesan lauk tambahan seperti taufu dan juga hati ayam.
Hati ayam.
Sedap nih cecah dengan sambal!
Alhamdulillah.
Selesai makan tengahari.
Kami bergerak meninggalkan Tawau pada pukul 3 petang. Perjalanan dari Tawau ke Lahad Datu akan mengambil masa selama 2 jam. Firdaus asyik merengek untuk singgah di McDonald's. Maka, membelilah lagi di situ untuk bekalan dalam perjalanan.
Sebenarnya budak kecil ini ingin menambah koleksi mainan Happy Meals McDonald's. Dah dapat mainan tu, mulutnya pun diamlah...ahaks!
Wokey!
Perjalanan diteruskan dan akhirnya kami tiba di LD hampir pukul 6 petang. Encik Suami kata, kita keluar pukul 6 pagi, sampai rumah pukul 6 petang! Perut dah kenyangkan? Jadi, malam tak masak lagi dah. Lepas Isya' terus tidur!
0 comments