Selamat petang semua.
Moga sihat sejahtera.
Mari kita main masak-masak lagi.
Masak yang mudah-mudah, ringkas tapi sedap. Berkhasiat dan menyihatkan, juga menyelerakan! Tak lain tak buykan Ikan Tongkol Masak Singgan.
Pejam mata pun boleh siap masak ikan singgang!
Betul ke?
Hidangan ringkas ini walaupun pada pandangan anak-anak tidak sesedap ayam goreng dan yang sewaktu dengannya, tetapi di mata orang lama yang mementingkan kesihatan, inilah salah satu menu yang menjadi pilihan!
Jadi, sengaja Amie simpan resepi ini di sini agar suatu hari nanti sekiranya anak-anak memerlukan, bolehlah dijadikan rujukan.
Seperti biasa, untuk menyediakan bahan masakan singgang juga sangat mudah, hanya hiris-hiris sahaja, dan masak pun campak-campak dalam kuali atau periuk.
Mari kita sediakan bahan yang diperlukan seperti lengkuas, kunyit hidup, halia, cili padi, asam gelugor serta bawang putih.
Boleh tambahkan serai yang diketul. bawang besar dimayang kasar dan juga tomato.
1 kg ikan tongkol - bersihkan dan potong beberapa bahagian
2 batang serai - diketuk
4 biji tomato - belah dua
2 keping asam gelugur
10 biji cili padi
4 cawan air
garam / hula / perasa pilihan
Bahan hiris:
2 cm halia
2 cm kunyit hidup
2 cm lengkuas
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
Cara:
1. Letakkan ikan tongkol di dalam kuali / periuk.
3. Tuangkan 4 cawan air. Kalau suka kuah lebih untuk dihirup, tambahkan lagi air.
4. Didihkan / jerang di atas api dapur.
5. Bila ikan sudah masak, perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
6. Hidangkan bersama nasi panas yang lembik-lembik sikit...heheeee! Kalau nak pedas, picitkan cili padi tu.
2 ulasan:
baru ja semalam akak masak singgang ikan kembong... menu sihat
FHA,
ya, menu sihat dan berkhasiat.
Catat Ulasan