Jalan-Jalan di Pulau Mabul
9:04 PTG
Sambung cerita jalan-jalan di Pulau Mabul.
Sebaik sahaja rakan-rakan kami mendarat setelah melakukan aktiviti snorkeling di sekitar Pulau Mabul, kami mengambil kesempatan untuk melihat-lihat perkampungan di situ. Barangkali ada sesuatu yang unik dan menarik boleh dilihat, ataupun sebagai menambah ilmu pengetahuan serta iktibar.
Setelah merakam pelbagai aksi kehidupan di air, khususnya masyarakat Bajau Laut atau Palau, tibalah masanya untuk mengenali dengan lebih dekat masyarakat yang mendiami pesisir laut Mabul ini.
Masih terbayang wanita-wanita Bajau Laut duduk bertenggek di hujung perahu lepa membawa kerang-kerangan dan siput untuk dijual. Tinggallah dahulu laut nan membiru! Kaki kami ingin menjejaki pantai berpasir pula.
Di sepanjang jalan dan lorong sempit terdapat juga kedai-kedai runcit yang menjual pelbagai jenis makanan ringan dan barang-barang keperluan penduduk.
Beginilah lorong sempit yang kami lalui, dan membawa kami ke pesisir pantai.
Terserempak dengan sicomel ini yang sedang berjalan tanpa alas kaki di atas pasir.
Kam memang sudah bersedia membawa jajan dan menghulurkan kepada kanak-kanak yang ditemui di tengah perjalanan.
Merakam kenangan di Sea Turtle Info Board. Harap-harap sepanjang berada di Pulau Mabul, dapatlah bertemu dengan seekor dua penyu!
Jom kita saksikan pemandangan di sepanjang pantai Mabul.
Sesekali apabila terserempak dengan kanak-kanak, rakan-rakan yang membawa jajan akan menghulurkan kepada mereka.
Dan sesekali, kami pun ingin merakam kenangan di tepi pantai.
Kami meneruskan perjalanan sehingga tiba di pintu masuk Kampung Sama Relaut.
Kedatangan kami disambut meriah oleh kanak-kanak Kampung Sama Relaut!
Mereka datang mengerumuni rakan-rakan kami yang membawa jajan.
Amboi!
Dapat jajan ye dik!
Pemandangan rumah-rumah di kampung tersebut.
Selain dibina di atas daratan, masih terdapat juga rumah yang dibina di pinggir pantai menghala ke laut.
Berhenti seketika untuk menikmati air kelapa di sebuah gerai di pinggir laut.
Banyak kulit kerang-kerangan dan siput dijual di sini.
Sementara rakan-rakan menikmati air kelapa masing-masing, mata kita terus memandang ke arah laut!
Ketika itu hari hampir menjelang senja, tetapi hati digaru untuk menuju ke arah resort yang kelihatan cantik itu!
Kami ingin meneruskan perjalanan tetapi tidak tahu pintu masuk ke tempat tersebut.
Gee yang ketika itu membawa cawan berisi mee maggi (yang sedang direndam dalam air panas) meminta tolong kanak-kanak ini menunjukkan jalan. Sebagai upah, Gee berikan cawan mee magginya kepada kanak-kanak ini.
Setelah sampai ke pintu masuk, kanak-kanak ini terus membawa cawan mee maggi dan duduk di atas batu sambil menikmati mee maggi dengan enaknya!
Kami menapak ke jambatan kayu menuju ke Mabul Water Bungalow Resort yang cantik itu! Nanti Amie kongsikan gambar-gambar di sekitar Mabul Water Bungalow Resort itu yea....
Ketika meniti jambatan ke pintu gerbang Mabul Water Bungalow Resort, lensa kamera mengala ke sebuah perhu kolek!
Entri berkaitan Pulau Mabul - Kappalai:
0 comments