ADSENSE

Selasa, 6 November 2018

Memburu Ikan di Kala Senja

Hari ini cuaca mendung dari pagi sehinggalah menjelang petang.
Sibuk di dapur, dan Encik Suami juga turut membantu kemas mana yang patut, terleka sampailah menjelang petang baru teringat untuk mencari ikan!

Seperti biasa kami jalan-jalan cari ikan di kampung, dan Alhamdulillah masih banyak ikan segar yang dijual di beberapa buah gerai.

Ini gerai pertama yang kami singgah. Ada ikan jenahak. Ada ikan merah. Ikan kutambak. Ikan belais tembaga dan sebagainya.

 Elok jew ikan belais tembaga yang besar ini menyandarkan badannya di tiang!

Belais tembaga memang sedap!
Isinya lembut, putih bersih!

Akhirnya di remang-remang senja, kami membawa pulang beberapa jenis ikan seperti ikan kerisi. Lama benar tak makan ikan kerisi. Goreng saja pun dah cukup sedap!

Ikan tongkol @ ikan kayu pun ikut kami balik! Seekor ikan kayu ini seberat 1 kg.

Encik Suami kata, cukuplah beli 3 ekor ikan belais tembaga.

 Ikan merah pun kami borong sama!

 Ini tak pasti ikan apa, tapi rasanya ikan kapas....?

Ya, barangkali ikan kapas-kapas!

1 ulasan:

Warisan Petani berkata...

Nampak segar2 ikan tu