Mengail Ikan di Pagi Minggu
7:46 PG
Jom pergi mengail ikan di darat!
Kita jalan-jalan masuk kampung lagi.
Kita tinjau-tinjau kalau-kalau ada ikan di pagi hari (sekitar pukul 11 pagi) sebab kebiasaannya ikan banyak dijual di sebelah petang.
Sebenarnya tidaklah begitu banyak jumlah ikan yang dijual di gerai-gerai tepi jalan, tetapi yang penting ikan segar dan habis terjual pada hari tersebut. Kalau ada ikan 'semalam' peniaga akan beritahu kami. Jadi, terpulang kepada pembeli untuk membeli atau sebaliknya.
Biasanya penjual akan longgokkan sekali jenis ikan yang berlainan pada harga yang sama. Jadi, pembeli boleh memilih, dan tidak terhad membeli sejenis ikan yang sama dalam timbangan yang diingini.
Mereka juga tidak kedekut pengetahuan tentang rasa ikan. Misalnya terdapat perbezaan rasa di antara ikan selar di atas dengan ikan selar di bawah. Penduduk tempatan memanggil ikan ini sebagai ikan tulai. Ikan selar dalam gambar di atas dikatakan lebih sedap berbanding ikan selar berjalur kuning terang di bawah. Ikan selar kuning di bawah ini, menurut penjual ikan lebih sedap jika dipanggang. Harganya juga sedikit berbeza, dan ikan selar di atas yang dikatakan lebih sedap berharga lebih mahal sedikit (lebih RM1 berbanding harga ikan selar kuning) di bawah ini. Wallahua'lam.
Setakat ini Amie sudah menambah info tentang perbezaan rasa keluarga ikan selar dan juga ikan basung @ selayang. Di gerai ini juga Amie dapat info tentang rasa keluarga selayang. Lain kali kalau ada gambar keluarga selayang, Amie kongsikan infonya ye.
Ikan selar, selain dikenali sebagai ikan tulai ada juga yang memanggilnya dengan nama ikan lolong dan juga ikan pelata. Maafkan Amie kalau ada info yang kurang tepat ye. Segala teguran terlebih dahulu diucapkan terima kasih!
Di gerai yang lain pula sudah menanti seekor ikan cermin yang besar, tergantung di tepi tiang. Nampak insangnya yang masih segar!
Ikan segar begini, masak apa pun sedap!
Encik Suami seakan terpikat dengan ikan nyok-nyok!
Ikan merah turut mengusik perasaan... ahaks!
Sang kerapu sedia menanti untuk dibeli.
Ikan-ikan ini juga dijual pada harga yang sama, dan pembeli boleh memilih ikan yang digemari.
Ikan sulig @ ikan jepun @ ikan taufu cantik bergantungan! Sedap sungguh ni kalau dibuat serunding atau kepedel!
Mari kita tinggalkan gerai ini. Nampaknya Encik Suami sudah membeli beberapa jenis ikan untuk bekalan beberapa hari. Kenderaan lain pun sudah bersusun di situ, singgah untuk tujuan yang sama, membeli ikan.
Dah tahu sangat kalau Encik Suami beli ikan kerapu saiz begini! Tak lain tak bukan, teringin nak makan sambal ikan kerapu seperti yang selalu MIL buat.
Wokey!
Jumpa lagi.
2 comments
banyaknya Amie mengail ni ??
BalasPadammacam2 ada tu
Kak Noor,
BalasPadamprojek makan ikan kak hahaaaa.