Menjamu Selera di Houseboat Dal Lake

8:39 PTG

Sepanjang berada di Chicago Deluxe of Houseboat, memang tidak dapat dinafikan kami menikmati hidangan yang sungguh menyelerakan! Bermula pada hari pertama di Srinagar, sewaktu makan tengahari, transit di houseboat sebelum meneruskan perjalanan ke Pahalgam, perut sudah tertawan dengan keenakan sajian yang dihidangkan! Barangkali sudah menjadi tradisi hidangan di Kashmir, masakan daging bebiri (lamb) merupakan menu wajib dalam setiap sajian!

Ulang tayang gambar lamb (curry?) sewaktu makan tengahari. Dan pada malam pertama kami menginap di sini, kami dihidangkan pula dengan ikan! Gorengan isi ikan sahaja, tanpa tulang! Amie pernah merasa seakan-akan isi ikan yang sama sewaktu makan tengahari di tepi Sungai Buna, Bosnia & Herzegovina!Amie pun bertanya kepada Caca, adakah ini isi ikan trout? Menurut Caca, ia spesies yang sama dengan trout.
Amie bertanya kepada pak google, dan jawapannya ialah : Beberapa jenis ikan trout menghuni wilayah  Lembah Sind di Pergunungan Himalaya yang merupakan bahagian dariada Lembah Kashmir , dan juga Lembah Lidder di beberapa sungai kecil yang bersumber dari lelehan gletser dan menjadi anak sungai dari Sungai Lidder. Ikan trout sebenarnya hanya boleh hidup di kawasan aliran sungai yang bersih berpunca dari gunung! Pada siang harinya, kami telah menghabiskan masa meredah pergunungan Pahalgam dengan menaiki kuda sambil melewati Sungai Lidder! Pada sebelah malamnya pula kami dihidangkan dengan ikan trout yang sungguh lazat!

Hidangan ikan trout dalam gambar di atas ini mempunyai rasa yang sungguh istimewa! Tak tahulah apa bahan pemerap atau perencah yang digunakan, tapi kami memang menikmatinya bersungguh-sungguh! Malam itu Amie tidak tambah nasi, sebaliknya menambah berketul-ketul ikan trout! Tolak nasi ke tepi, sebab bukan selalu dapat jumpa ikan trout! Jadi, makcik nan tamak seorang ini penuhkan perut dengan ikan trout....kihkihkihhhhh! Maklumlah, ikan trout selain mempunyai khasiat yang sama dengan ikan salmon, ikan trout lebih kenyal berbanding ikan salmon yang lebih lembut!

Tidak ketinggalan, kuah dal turut disediakan. Tapi dek kerana tamak dengan ikan trout, senduk sikit jew kuah dal!

Setiap kali makan malam atau makan tengahari, menu yang dihidangkan sebagai lauk utama tidak melebihi 3 jenis, tetapi dihidangkan dalam kuantiti yang agak banyak. Sudahlah sedap, asyik menambah sajalah kerja kami!

 Pembuka dan pencuci mulut biasanya terdiri daripada buah mangga, limau dan pisang.

Memandangkan asyik menyantap hidangan berlemak seperti lamb, memang sesuailah kami dihidangkan dengan mangga dan limau yang agak masam!

 Tengok tu....seperiuk penuh isi ikan trout goreng! Di mana lagi nak jumpa ikan trout selepas ini?

Adeeehhhh.... pandai sungguh tukang masak mengolah lauk-pauk untuk hidangan malam kami! Nampak tak tiga ketul ikan trout goreng dalam pinggan tu? Lepas tu tambah lagi seketul, tambah lagi 2 ketul he he heeee.... tak pandai habis pula ikan trout itu dalam periuk!

Setelah selesai makan malam, kami ingin berehat di beranda houseboat melihat suasana malam di Tasik Dal, tetapi hasrat tersebut terbantut disebabkan kunjungan tetamu! Peniaga barangan cenderamata mula berdatangan. Amie akan ceritakan dalam entri yang berikutnya. Pada ketika ini, Caca menghidangkan dua jenis minuman iaitu kopi dan teh.

Sambil menjamu mata melihat barang-barang jualan, Amie menikmati secawan teh masala. Sepanjang berada di houseboat ini Amie hanya memilih teh masala, dan tidak terfikir pula untuk mencuba air kopi yang dihidangkan. Mungkin kopi masala juga kot?

Ketika Amie menjenguk ke ruang makan pada keesokan paginya, peralatan untuk hidangan sarapan pagi sudah tersedia. Nampak tak warna kuning di belakang sudu garpu itu? Inilah yang membuatkan Amie berasa insaf! Sebelum meratah ikan trout malam tadi, Amie kupas mangga, tetapi rasanya agak masam. Amie makan sedikit dan biarkan di atas meja. Kemudian Amie ambil sebiji limau dan makan seulas, juga rasanya agak masam. Amie pun tinggalkan kedua-dua buah tersebut bersama pisau di atas meja. Tidak sangka pula keesokan paginya, buah yang tidak Amie habiskan itu diletak dengan baik di dalam piring bersama pisaunya sekali!

Tidak tahulah siapa di antara dua orang pekerja houseboat yang meletakkan buah-buah tersebut di atas meja. Adakah Caca atau seorang lagi yang dalam gambar di atas (lupa namanya). Pada masa itu Amie tersedar betapa mereka sangat menghargai makanan, dan tidak melakukan pembaziran! Dalam hati Amie berjanji, selepas ini tidak akan meninggalkan lebihan buah di atas meja makan di houseboat! Malu pula rasanya....

 Pagi pertama di houseboat, kami dihidangkan sarapan berupa ommelete dan juga roti panggang.



Seronok tengok kawan-kawan meratah ommelete dengan bersungguh-sungguh! Semuanya rasa sedap! Adakah disebabkan suhu sejuk, atau perut lapar....tapi pagi-pagi tidaklah rasa lapar!

Sekali lagi, secawan teh masala!
Kemudian kami tinggalkan houseboat dan menuju ke Gulmarg untuk beraktiviti di kawasan pergunungan yang diselimuti salji! Pada sebelah malamnya pula, kami dikejutkan dengan aroma masakan yang sungguh menggoda!

Rupanya Caca bersama seorang lagi rakannya telah menyediakan hidangan malam yang sungguh istimewa! Daging kambing panggang dengan kentang  bersama hirisan tomato!

Kambing panggang yang dihidangkan sudah cukup rasa! Tak perlu mencari pencecah! Walaaaa.... Bismillah!

 Ini telur dalam kuah dal.

 Ini daging ayam.

Malam itu Amie tidak menyentuh sebutir nasi! Amie hanya meratah lamb panggang dan juga kentang!

Wahai kambing panggang! Wahai kentang dan tomato...kenapalah engkau sedap sangat! Hmmm.. sekali lagi Amie tuliskan di sini, yang tak pernah makan kambing pun terlupa dia makan kambing!

Kemudian Amie pun kupas sebiji limau yang agak masak isinya itu, makan seulas demi seulas sehingga habis!
Seperti biasa sewaktu kami sedang makan, Caca dan rakannya, serta Mr. Ajaz akan datang silih berganti bertanya kepada kami kalau ada apa-apa yang kami perlukan, dan jika ada kekurangan yang perlu ditambah. Macamanalah kami nak kata ada kekurangan sebab semuanya sempurna! Apalagi bila ditanya begitu, bertambah-tambahlah rasa berterima kasih di atas layanan yang diberikan sepanjang menjadi tetamu di houseboat!
Mr. Ajaz muncul dengan membawa kotak-kotak saiz kecil berwarna merah. Beliau memberitahu kami, di dalam kotak tersebut mengandungi biskut yang baru dibakar pada sebelah petangnya. Kotak-kotak berisi biskut itu diberikan kepada setiap orang. Wah! Seronoknya dapat oleh-oleh dari tuan punya houseboat!

Ada dua jenis biskut di dalam kotak ini. Kami bawa pulang oleh-oleh istimewa ini dan akan dinikmati bersama keluarga masing-masing.

Seperti biasa, selepas makan malam pada malam kedua itu, Caca menyediakan minuman panas untuk kami dan juga biskut. Biskut tersebut merupakan biskut yang sama yang diberikan oleh Mr. Ajaz kepada kami.

Cerita tentang biskut: Menurut versi yang diceritakan oleh Atie, pada mulanya Maria (salah seorang ahli rombongan) bertanya, di manakah boleh dia dapatkan biskut tersebut? Kedua-dua biskut tersebut dihidangkan setiap kali kami minum petang dan juga malam. Maria ingin membawa pulang kerana terpikat dengan keenakannya. Lebih kurang begitulah ceritanya ye Maria...hehehheee. Yang membuatkan kami terkejut ialah, bukan Maria seorang yang dapat biskut tersebut, tetapi semua ahli rombongan diberikan sekotak setiap orang!
Dalam hal ini, dipendekkan cerita terima kasih kepada Maria kerana mencetuskan peristiwa ini, dan terima kasih daun keladi gajah buat Mr. Ajaz. Moga rezeki semakin bertambah! 
Sedih pula nak tinggalkan houseboat keesokan harinya!
Jadi, ambillah sebanyak-banyaknya gambar walaupun sudah tak tahu nak posing gaya mana lahi!

 Sebelum sarapan pagi, duduk-duduk dulu di ruang tamu berhampiran pendiangan.

 Menikmati teh masalah Kashmir buat kali terakhir.

 Caca masih menjalankan tugasnya dengan sabar.

Seronoknya rasa! 
Pagi itu kami dihidangkan dengan nasi goreng!
Caca pesan: Makanlah banyak-banyak. Nanti kamu akan lapar kalau tidak isi perut sebab perjalanan kamu akan memakan masa yang lama untuk sampai ke Malaysia!

 Sekali lagi ada hidangan ommelete. Suka benar Dayah makan ommelete ni tau!
 Kata Caca, ini ialah bebola ayam, tapi Atie kata rasa kambing! Ha ha haaa....

Kami bergambar dahulu dengan Caca sebelum bersarapan. Sungguh rasa terharu di atas segala layanan baik beliau, rakannya serta Mr. Ajaz.



Kami pun bersarapan dengan bersungguh-sungguh! Seperti ikan trout yang Amie ratah, bebola ayam rasa kambing ini pun Amie pulun berketul-ketul!

 Tu diaaaa.... pinggan Dayah penuh dengan ommelete!

 Sempat bergambar di beranda houseboat sebelah!


 Ni beranda houseboat Atie dan kawan-kawan yang lain.

 Bergambar dengan Kamsiah sebelum berangkat meninggalkan houseboat.

 Ada jodoh kita ketemu lagi!

4 comments

  1. sedap2 hidangannya ya Amie... houseboat tu pun nampak sgt mewah...

    BalasPadam
  2. Madiha,
    syukur Alhamdulillah, hidangannya boleh diterima sangat oleh orang kita heheheee...
    saya pun tak sangka begitu suasanya dalam houseboat.

    BalasPadam
  3. Sedapnya semua makanan yang di hidangkan. Buat kecur je tenguk. Nampak sedap sungguh kambingnya.

    Cuaca sejuk dan nyaman buat perut sentiasa lapor je. hehehehe apa lagi kalau sedap dan masih panas-panas. Yummy

    BalasPadam
  4. Notie,
    kali pertama makan memang tak sedar diri sampai tiga kali tambah nasi, hari kedua ambik sikit jew nasi, hari ketiga meratah sajalag kambing he heheheee.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe