Rendang Ayam (Ala Minang)
12:12 PTGSelamat berhujung minggu buat semua.
Jarang-jarang dah Amie masuk dapurr maya untuk kongsi resepi.
In shaa Allah, ada kesempatan dan masa terluang, Amie akan cuba rajinkan diri kemas kini dapur maya ini seperti dulu.
Bukan apa, sebenarnya masih melayan rasa kecewa dan sakit hati apabila mendapati hasil perkongsian resepi asyik kena curi. Walaupun telah diambil tindakan oleh pihak Google ke atas pencuri tersebut, tapi muncul pula pencuri lain. Bertahun-tahun makan hati! Semakin hari para pencuri semakin bijak menggunakan cara mereka untuk menjana pendapatan melalui hasil kerja blogger masakan!
Bahan A:
1 kg daging ayam - potong 10 bahagian
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
25 tangkai cili kering - kisar halus
3 helai daun limau purut - buang urat
1 cawan kerisik
garam / gula / perasa pilihan secukupnya
Bahan B : Kisar
5 batang serai
3 helai daun kunyit
25 biji bawang merah
7 ulas bawang putih
5 cm halia
Cara memasak:
1. Masukkan kesemua Bahan A dan Bahan B ke dalam kuali, dan jerang di atas dapur.
2. Kacau perlahan-lahan sehingga masak, dan taburkan garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
3. Apabila kuah mulai pekat, sentiasa dikacau supaya tidak berkerak.
4. Padamkan api dapur.
Amie suka rendang asli begini, tanpa menggunakan rempah 5 sekawan! Kalau rajin boleh klik resepi asal yang Amie gunakan di sini: MASAKAN MINANG : RENDANG OPAH.
10 comments
bukan resipi you sahaja kena curi ..yang saya punya pun kena curi juga banyak sangat lah tak tahu nak buat macam lagi.
BalasPadamNak tanya, tak perlu di tumis dulu ker bahan rempah nya?
BalasPadamRempah 5 sekawan tu rempah apa...maaf tanya. Nampak sedap dan mudah.
BalasPadamDaun Kari,
BalasPadamMacam-macam cara digunakan untuk mencuri. Bukan setakat entri masakan, entri jalan-jalan pun dihangkut sekalu!
Roslin,
BalasPadamTak perlu.
Notie,
BalasPadam4 sekawan sebenarnya, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih.
nak buat macam mana, dorang tak ingat hasil yang di ambil tak berkat. bertabahlah.
BalasPadamPuan Amie bila nak update blog..terasa sunyi tak baca blog puan.
BalasPadamSalam Puan Amie, apa khabar? Mudah-mudahan sihat. Lama dah tak update blog masakan.
BalasPadamKak Ina,
BalasPadambetul tu... memang kena tabah untuk teruskan, kalau tidak, sepilah dunia masakan tanpa kemeriakan pelbagai resepi.
Rencah Kehidupanku,
in shaa Allah, ada kesempatan saya akan update blog, terima kasih banyak.
Roslin,
saya sihat walafiat, in shaa Allah akan terus update blog dari masa ke semasa.