Jus Terong Peros @ Terung Belanda
10:18 PTG
Seperti malam sebelumnya, Pak Herman membawa kami ke sebuah rumah makan berhampiran tempat penginapan kami di Bukit Tinggi. Dan seperti malam sebelumnya juga, Pak Herman memberikan kebebasan untuk kami memilih sejenis makanan kegemaran dan juga segelas jus buah.
Di sinilah tempat kami menjamu selera. Sebenarnya perut masih kenyang setelah melicinkan 23 piring lauk di tengah sawah! Amie memesan sup ekor (sup bontot), Zana pun pesan menu yang sama. Maklumlah, hari sudah lewat malam (bagi kami - disebabkan masih terikut waktu Malaysia) dan kepala pun sudah mula membayangkan bantal! Kamsiah pula memesan sup ayam. Yang lain, kalau tak silap ada yang memesan nasi goreng, nasi berlauk ikan bakar dan juga ayam bakar.
Antara jus buah yang dipesan, satu persatu tiba di meja makan. Yang dihujung sekali, tak ingat jus apa. Yang di tengah jus avokado dan yang di hadapan kalau tak silap jus sirsak campur mangga.
Yang ini, tak tahu jus apa. Mungkin jus tembikai.
Manalah jus buah yang Amie pesan. Bukan Amie yang terananti-nanti, kawan yang lain pun tertunggu-tunggu ketibaan jus buah Amie!
Sekarang semua jus buah sudah tiba di meja, hanya menanti pesanan makanan masing-masing. Sementara itu kami makan keropok. Keropok apa? Tak sempat nak tanya. Penat dah asyik bertanya itu ini dari pagi sampai ke petang, jadi waktu malam diam-diam sajalah...hihihiiii! (Sebenarnya tak penat bertanya, cuma kena sedar diri yang menjawab tu yang penat...ngeeee!)
Ini sup ekor pesanan Amie, didatangkan bersama sepinggan nasi putih. Amie berminat menghirup supnya yang panas!
Ini sup ayam pesanan Kamsiah.
Dan ini, ikan keli goreng kot! Entah siapa punya. Agaknya Jusna yang pesan.
Apalah pulak kaitan entri kali ini dengan tajuk Jus Terong Peros @ Terung Belanda itu? Huurrmmm...sebenarnya Amie pun tak tahu nak mula dari mana. Tak sangka pula pesanan jus terung itu menjadi bahan tawa sehingga ke hari ini. Sampai sakit perut, sakit mulut dan berderai air mata menahan tawa bila kami berkumpul dan mengenang kembali kisah Jus Terong Peros di Rumah Makan Mekar Sari ini!
Ceritanya begini:
Sewaktu pelayan rumah makan mengambil pesanan minuman, masing-masing memesan jus buah kegemaran. Ada yang memesan sejenis buah, dan ada pula yang memesan buah campur seperti buah sirsak dengan buah mangga. Amie terpandang Jus Sirsak & Terong (jus buah durian Belanda dengan terung). Pada ketika itu, Amie teringat rancangan masakan kegemaran iaitu Iron Chef America melalui channel Food Network. Terbayang bagaimana Bobby Flay, Masaharu Morimoto, Michael Symon dan lain-lain bertungkus-lumus selama 1 jam untuk mempersembahkan pelbagai hidangan dari bahan misteri! Pernah suatu ketika, bahan misteri yang digunakan ialah terung! Dari terung itulah mereka berkreativiti dan berinovasi merekacipta masakan termasuk minuman, dessert, sup dan sebagainya (lebih kurang 5 - 7 jenis masakan berasaskan terung!
"Saya mahu jus sirsak campur terung," ujar Amie selamba.
"Tidak gatalkah nanti kamu minum jus terung?" tanya Warite yang ketika itu duduk di hujung meja.
"Betulkah terung?" tanya Warite kepada pelayan rumah makan.
"Ya, terung peros (telinga Amie menangkap bunyi feruz / firuz - dan terbayang terung panjang berwarna ungu!)
"Terung Taiwankah?" Amie ingikan kepastian.
"Ya," jawab pelayan rumah makan.
"Ok. Saya mahu itu satu." Amie memberi kata putus.
Beginilah terung firuz / ungu yang Amie bayangkan, sejenis terung Taiwan yang isinya putih dan rasa manis bila diolah menjadi masakan. Pada fikiran Amie, kalau terung rasa gatal tentulah terung pipit (terung rimbang atau cepokak) yang kami makan di rumah makan Padang yang dicampur daun ubi masak lemak! Tapi sewaktu melalui pintu masuk, tidak nampak pula terung Taiwan di antara buah-buah yang tersusun di dalam almari kaca!
Kemudian kami pun berselisih pandangan tentang terung yang dimaksudkan! Pelayan rumah makan pergi ke bahagian hadapan rumah makan (tempat buah-buahan) dan kembali semula membawa sesuatu di tangannya.
"Ini terongnya," katanya sambil menghulurkan sebiji buah kecil warna jingga dan Amie menyambutnya.
"Oh! Ini rupanya!" Serta-merta Amie teringat buah cinta (pandai-pandai saja bagi nama sebab tak tahu namanya) dari Kundasang yang pernah Amie beli penghujung 2016 sewaktu pulang dari melawat Fuad di Labuan.
Buat pertama kalinya rakan-rakan yang lain dapat melihat sejenis buah ganjil yang dipanggil terong! Mereka pun ternanti-nanti bagaimana rupa hasil jus terung @ terong itu!
Sebelum itu, Amie kongsikan buah terong peros atau nama lainnya terung Belanda yang Amie pernah beli di Kundasang itu! Puas Amie mencari dalam blog tetapi tidak Amie temui, dan rupanya Amie hanya simpan gambar buah tersebut di dalam folder!
Beginilah rupa isi terong peros @ terung Belanda itu! Sayangnya pada waktu itu Amie tidak tahu kegunaan terung ini. Apabila Amie cuba makan, rasanya agak masam dan kemudian terbiar begitu sahaja. Rupa-rupanya boleh dijadikan jus yang lazat!
Lain kali kalau Amie terjumpa lagi buah terung Belanda ini, Amie tidak teragak-agak untuk membelinya untuk dijadikan jus buah.
Wokey...sudah bersedia untuk melihat jus sirsak campur buah terong peros?
Taraaaaaaa.... ini dia! Kena main silap mata hihiiii! Gambar sudah ada di atas!
Di bahagian bawahnya jus sirsak atau durian Belanda, dan di bahagian atasnya jus terung Belanda. Sedap tau! Ada rasamasam sikit. Kalau tak sedap atau gatal, masakan dijual di rumah makan! Ha ha haaaa..... Warite oh! Warite!
Kisah memesan jus terung belanda tidak habis di rumah makan. Di dalam bilik hotel, kami bergelak ketawa bila Warite membuka semula cerita terung belanda itu!
"Dalam hatiku berkata : Biar betul Si Blogger Masakan ini. Maunya dicuba benda yang pelik-pelik sampai terung pun mahu diminumnya! Selamba saja dia memesan jus terung."
Kebetulan kami bertiga dalam bilik termasuk Kamsiah. Sudahnya, kami yang sudah tarik selimut bingkas bangun mengulangkenang peristiwa memesan jus terung!
"Dalam hatiku lagi berkata: Nah, apa rasanya jus terung itu bila diminum. Bukankah bikin tekakmu gatal?" Sambung Warite lagi.
Biarpun sekadar segelas jus terung Belanda, tapi kenangannya terasa indah sekali. Benarlah kata Jusna, tiada hari sepanjang berada di Bukit Tinggi yang tidak membuatkan kami bergelak ketawa!
Ada kalanya, ketika berada di dalam van apabila Warite membuka cerita tentang jus terung Belanda, pecah berderailah tawa kami memenuhi van yang dipandu oleh Pak Herman. Kami tidak tahulah sama ada Pak Herman faham atau tidak bahasa yang kami gunakan!
Untuk entri kali ini, biarpun hanya anekdot atau cerita kecil yang menjadi bahan tawa, namun ia begitu bermakna bagi kami bertujuh. Entri jus terung ini sedang dinanti-nantikan oleh rakan-rakan, dan nampaknya hanya dengan cara begini sahajalah Amie mampu menyampaikan kisah tersebut menjadi satu kenangan manis.
Info: Terong peros juga dipanggil sebagai terung Belanda kerana dibawa oleh orang Belanda di Indonesia. Walaupun diperkenalkan oleh Belanda tetapi buah ini sebenarnya berasal dari daratan Amazon di benua Amerika. Untuk info lanjut tentang manfaat terung Belanda, bolehlah klik di sini : 11 Manfaat Terong Belanda untuk Kesehatan.
Bahasa Melayu : Terung
Bahasa Indonesia : Terong
Bahasa Melayu : Terung
Bahasa Indonesia : Terong
Sesiapa yang berhasrat untuk bercuti ke Bukit Tinggi bolehlah menghubungi Pak Herman melalui FB beliau di sini : HERMANN HOLLANDE.
Pak Herman juga boleh dihubungi melalui telefon : 62 812-6784-9399, dan WhatsApp : 62 812-6784-9399Sila klik entri di bawah berkaitan PERCUTIAN KE BUKIT TINGGI - PADANG - SUMATERA BARAT:
1. Bercuti ke Bukit Tinggi, Padang : Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - Sumatera Barat
2. Sarapan Pagi di Warung Soto Angkasa
3. Air Terjun Lembah Anai
4. Memakai Pakaian Adat di Museum Minang Village
5. Makan Tengahari di Rumah Makan Aie Badarun
6. Makan Malam di Rumah Makan Wong Semarang
7. Bermalam di Hotel Primadini
8. Shopping Kain Sulam di Bukit Tinggi
9. Cerita Secangkir Kopi Kawa Daun & Kue-Kue Jagung Manis
10. Lembah Harau & Kelok Sambilan (9)
11. Makan Tengahari di Tengah Sawah
12. Istano Basa Pagaruyung
13. Jus Terong Peros @ Terung Belanda
14. Menghayati Keindahan Panorama Sungai Landia Sambil Menikmati Secawan Teh Halia Panas!
15. Kelok 44 - Museum Rumah Kelahiran Buya HAMKA
16. Danau Maninjau Yang Indah Mempesona
17. Makan Tengahari di Rumah Makan Eni
18. Silver Work Koto Gadang
19. Minum Petang di Rumah Pohon Ngarai Sianok
20. Lobang Jepang
21. Jam Gadang Mercu Tanda Kota Bukit Tinggi
22. Tembok Besar China ala Bukit Tinggi
23. Oleh-Oleh Sanjai Ummi Aufa Hakim Bukit Tinggi
24. Bika Talago Bukit Tinggi Yang Tak Dapat Dilupakan!
25. Makan Tengahari di Lamun Ombak & Segelas Jus Pinang Muda
26. Sepetang di Kota Padang
27. Sate Padang KMS Saribu Baniah
28. Berakhirnya Percutian di Bukit Tinggi : Padang - Kuala Lumpur - Tawau
4 comments
Saya suka makan terung tapi tak sangka pula ada jenis terung yang boleh di buat jus. Apa rasanya? Sedap tak bila di campur dengan jus durian belanda. Wah gandingan yang serasi gitu....durian belanda dengan terung belanda walaupun orang indon bagi nama lain.
BalasPadamLagu Ayam den lopeh tu bila di dengar banyak kali memang sedap apa lagi kalau di nyanyikan oleh orang Minang.
Memori indah semasa travel akan menjadi kenangan yang tidak akan di lupakan bila sesekali mengimbau kenangan.
sedapnyer...
BalasPadamowh... rupanya buah cinta yang di gelar kak amie rupanya spesis terung.. nani pun baru tau ni ada jenis terung ni.. mekasih atas informasi.
BalasPadamNotie,
BalasPadamrasanya ada sedikit masam, macam terung asam kot he he heee...
Adda,
ye, memang sedap.
Nani,
sama-sama kasih nani.