Shopping Oleh-Oleh & Minyak Wangi di Freemantle

2:12 PTG

Mengikut tour itinerary yang dibekalkan, kami sepatutnya dijadualkan shopping di Fremantle iaitu di E Shed Market. Sayangnya, tempat ini hanya dibuka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad tapi dalam jadual, ditetapkan pada hari Selasa pula. Maka, berderailah segala harapan dan impian untuk cuci mata dan cuci poket di E Shed Market. Selama ini asyik baca dalam blog, dan sudah tentulah rasa sangat teruja sebab sudah membayangkan keseronokan yang bakal dirasai ketika berada di tempat tersebut.
Untuk memenuhi hasrat kami mencari pinggan mangkuk Corelle, Chah bersetuju dengan memberi arahan kepada pemandu kami supaya singgah di Big W. Malangnya walaupun harga di situ memang murah, tidak banyak pilihan pinggan mangkuk di situ, dan menurut pemandu kami memang reka bentuk yang ada hanya itu sahaja dan tidak menarik. Ha ha haaa...petang itu, kalau boleh berguling-guling memang Salawati akan berguling di Big W sebab tak dapat cari apa yang dihajati! Maklumlah, dari tahun lepas lagi (2016) memasang angan-angan untuk membeli Corelle di Perth. Duit yang dibawa pun memang semata-mata sebahagian besarnya untuk memborong Corelle. Ada rezeki di lain waktu, nanti kita usahakan cari Corelle ye Salawati. Aktiviti shopping begini, eloklah kalau datang sendiri tanpa ikut rombongan....hiks! Jadi tercapailah segala hasrat di hati nak shopping apa pun.

Jadinya, petang itu walaupun E Shed Market tutup, kami dibawa juga untuk membeli oleh-oleh kenangan di Fremantle. Katanya, mereka sudah menghubungi tuan kedai di Freo Souvenirs, dan tuan kedai bersetuju melewatkan waktu menutup kedai. Kedai tersebut beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 5 petang, 7 hari seminggu. Jadi, di sinilah tempatnya untuk mengubat 'kecewa' kepada sesiapa yang tidak berpeluang mengunjungi E Shed Market.

 Freo Souvenirs letaknya di 41, Market St - Fremantle.

Ruang kedainya kecil dan agak sempit, kerana penuh sesak dengan pelbagai barangan cenderamata. Mula-mula masuk memang Amie tak dapat tangkap gambar sebab penuh dengan pengunjung....siapa lagi kalau bukan kami segerombolan menyerbu...hiks! Tiap kali ambil gambar, asyik tertangkap kepala orang saja ..hahahaaaa, tak dapat nak tunjukkan barangan yang dijual di kedai ini.


Tak sempat berkenalan dengan tuan punya kedai yang tak menang tangan melayani pelanggan! Orangnya sangat peramah, dari Indonesia dan dengan senang hatinya memberikan kami potongan harga yang sememangnya sudah sedia murah di situ! Dengan kesibukannya ini... sampai tak sempat nak angkat muka untuk kita tangkap gambarnya....ahaks!




 Kali ini hanya belikan t-shirt untuk Firdaus sahaja.


 Segala bentuk souvenir ini sudah semestinya ada kaitan dengan sejarah dan budaya benua Australia.




 Berbelah bahagi, nak belikan Firdaus kanggaroo atau tidak? Beli atau tidak? Hihihiiii....










 He he heee... antara hasil rembatan pada petang itu!



Asyik belek-belek Australian Tea Towel, akhirnya terlepas beli...huhuuuu sampai rumah, rupanya lupa nak ambil! Uwaaaaa... menangis tak berlagu!


Comel-comelkan? Memang sangat murah...hanya $1.99 tapi tukar duit kita dekat RM7 juga... he he hee! Pada masa itu kami saling mengingatkan : Kalau nak beli, beli saja. Jangan ingat matawang kita, nanti kita terpaksa fikir 27 kali pulak!

Seperti biasa, sementara menunggu rakan lain menjelaskan bayaran di kaunter, Amie ambil kesempatan  menembak beberapa pemandangan di sekitar Freo Souvenirs.


 Sepi jew....
Pemandangan yang sama di seberang jalan, arah depan dan belakang.



Tangkap gambar di kedai sebelah. Kalau banyak masa memang nak masuk satu persatu kedai-kedai yang menjual banyak barangan menarik di sini!



Rasanya bas (gambar di atas) yang dikatakan berbayar, dan bas (gambar di bawah) naik percuma.... kalau Amie tak silap dengar.


Dan pada petang itu, kami akhiri perjalanan kami menuju ke Chemist Warehouse. Kami sepakat batalkan kunjungan ke Cottesloe Beach kerana nak sambung shopping minyaki wangi!

Petang kelmarin, setelah Salawati tak jadi guling-guling dengan Corelle di BigW, kami shopping minyak wangi di Chemist Warehouse Cannington. Punyalah terkejut sebab harga minyak wangi yang kami perolehi jauh berbeza dengan harga yang kita beli di tempat sendiri! Apalagi, bila terjumpa minyak wangi kegemaran masing-masing kami pun tak lepas peluang untuk membelinya! Rata-rata kami setia dengan minyak wangi yang biasa kami pakai. Amie misalnya sukakan wangian Alizabeth Arden. Jadi, rembat sajalah Sunflower, Splendor, 5th Avenue, Beauty dan sebagainya. Bayangkan harga untuk 5th Avenue 125ml setelah tolak harga asal $49.99, hanya $19.99! Splendor pula dari harga asal $29.99 dapat $12.99 sahaja untuk 125ml! Di Chemist Warehouse Cannington ini Amie tidak lepaskan peluang beli 9 botol minyak wangi termasuk untuk Encik Suami iaitu Issey Miyake dengan harga $69.99 dari harga asal $140.00. Amie hanya membayar sebanyak $243.90 dan dapat selamatkan $331.08!
Cuma... terkilan sedikit sebab Alizabeht Arden Pretty habis tak tinggal walau sebotol! Huhuhuuu... padahal minyak wangi itulah yang Amie sering gunakan!
Malam tadi, bila berkumpul di homestay, masing-masing ingin menghidu minyak wangi yang dibeli. Nampaknya semua tertarik dengan Alizabeth Arden yang Amie beli terutamanya Splendor dan Beauty! Murah sungguh... hanya $12.99! Jadi, kami cadang akan membeli lagi pada petang ini. Jadi...Cottesloe Beach tolak k tepi...hiks!

Kali ini pemandu kami bawa kami ke Chemist Warehouse Fremantle pula.  Dari semalam lagi Amie fikirkan, eloklah belikan Farid, Fuad dan Fairuz minyak wangi juga. Asyik beli t-shirt sahaja, sesekali tukar seleralah pula. Rupanya di sini, banyak lagi minyak wanginya! Minyak wangi pertama Amie tanya sudah tentulah Alizabeth Arden Pretty. Alhamdulillah... dapatlah Amie rembat 3 botol! Harga asal Pretty ialah $115 untuk 100ml dan Amie dapat harga diskaun $29.99. Biasanya Amie beli Pretty di Airport Kota Kinabalu dengan harga RM245.00 bagi setiap 100ml. Kawan-kawan yang lain pun bukan main gembira dapat beli Elizabeth Arden Splendor berbotol-botol! Untuk anak-anak, Amie belikan David Beckham dengan harga $12.99 sebotol dari harga asal sebanyak $49.99 untuk 75ml.
Nampaknya, petang ini Amie hanya belanjakan $167.90 setelah mendapat potongan harga sebanyak $415.05!

 Sumber : Haila Amie
Intai minyak wangi rakan sebelah bilik...hiks!
Memang semuanya rasa seronok tak terkira dapat shopping minyak wangi murah!
Nampaknya, kunjungan ke Perth sangat berbaloi! Belum pun pakai semua minyak wangi yang dibeli, kami sudah berangan untuk shopping lagi minyak wangi di sini pada masa yang lain! Sesungguhnya cerita-cerita dan pengalaman orang yang shopping minyak wangi murah di sini bukanlah satu dongeng!
Lupakan Corelle dulu ye Salawati...kita mandi minyak wangi! 

 Sumber : Izah Ismail

 Muka-muka happy dengan hasil rembatan masing-masing!

0 comments

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe