Laksa Sarawak
8:53 PTG
Jumpa lagi!
Kali ini Amie kongsikan resepi Laksa Sarawak pula. Sebelum ini Amie pernah cuba resepi dari pelbagai sumber termasuk buku resepi dan majalah. Dan pernah makan di beberapa buah restoran serta hotel.
Kesimpulannya, kalau nak lebih puas hati nampak gayanya kenalah masak sendiri.....hiks! Nak lebih rasa udang (air rebusan udang), nak kuah lebih pekat atau lebih cair, memang di tangan sendiri. Menyiapkan bahan untuk resepi ini memang agak remeh, memerlukan masa dan kesabaran, tapi hasilnya memang boleh angkat jempol! Walaupun pernah gunakan pes yang sudah sedia dalam paket, tapi tetap juga nak buat sendiri...ikut suka kamulah Amie!
Bahan-bahan untuk
pes:
10 tangkai cili
kering
3 ulas bawang putih
2 labu bawang besar
2 cm halia
2 cm lengkuas
3 batang serai –
dihiris
1 cm belacan
1 sudu besar serbuk
jintan manis
1 sudu besar serbuk
ketumbar
½ cawan kacang
tanah goreng – kisar kering dan asingkan
1 sudu besar bijan
sangan –kisar kering dan asingkan
3 sudu besar minyak
Cara memasak:
1. Kisar kesemua bahan kecuali minyak.
Kacang tanah dan bijan dikisar berasingan.
2. Panaskan minyak dan tumis kesemua
bahan termasuk kacang tanah dan bijan.
3. Tumis dengan api sederhana panas
sehingga terbit minyak.
Bahan-bahan untuk
kuah laksa:
1 cawan pes laksa
2 cawan santan
pekat
6 cawan air rebusan
ayam
6 cawan air rebusan
udang
Garam dan gula
secukup rasa
Bahan laksa:
1 bungkus mee hoon
– rendam dengan air panas hingga lembut - toskan
500 gram isi ayam –
celur hingga masak
500 gram isi udang
segar – celur hingga masak
1 bungkus mee hoon
– celur dan toskan
1 cawan taugeh
1 cawan hirisan
daun ketumbar
4 biji telur
-didadar nipis dan dihiris
limau kasturi
sambal belacan
Cara memasak:
1. Campurkan air
rebusan ayam dan air rebusan udang di dalam periuk.
2. Masukkan pes
laksa ke dalamnya dan renih selama 1 jam.
3. Tuangkan santan
dan apabila kuah mula mendidih, tambahkan garam dan gula. Padamkan api dapur.
4. Untuk
menghidangkannya, masukkan mee hoon, taugeh, hirisan telur dadar, udang dan
ayam.
5. Tuangkan
kuah, bubuh sambal belacan, dan taburkan hirisan daun ketumbar.
6. Enak dinikmati
bersama perahan limau kasturi.
2 comments
Assalam kak amie..
BalasPadamSedapnya lahai Laksa S'wak..nak buat tu banyak benda..tp bila mangkuk boleh ulang² sampai abes.
Saya x pernah buat sndri..tp tolong² adik buat guna pes laksa hj manan kalau x silap.
Amie, bestnya resipi Sarawak Laksa! Amie punya macam ringkas dan mudah sebab yang PH tengok kat buku resipi, sampai pening dibuatnya! Nanti bila senang, PH nak cuba. Thanks for sharing!
BalasPadam