Bosnia and Herzegovina (15) : Makan Malam di Nanina Kuhinja
10:03 PTG
Nampaknya sepanjang September ini hidangan di dapur ini asyik cerita tentang Bosnia! Nak buat cemana, dapur kita masih lagi dalam proses baik pulih. Lebih dua minggu tak pegang periuk! Rasa jemu pun ada sebab asyik makan di luar setiap hari. Untuk tidak nampak kosong dapur maya ini, eloklah Amie kongsikan lagi pengalaman makan di Bosnia. Kalau sudi bacalah, kalau tak sudi pun tak apa...ahaks! Saja suka-suka tulis untuk kenang-kenangan.
Kami sempat mengunjungi salah sebuah restoran yang menyediakan pelbagai jenis masakan tradisional iaitu Nanina Kuhinja yang terletak di Kundurdziluk. Kata Feda, Nanina berasal dari perkataan 'nana' yang bermaksud grandma, manakala nanina pula membawa maksud grandma's. Kuhinja bermakna kitchen. Jadinya Nanina Kuhinja bererti Grandma's Kitchen.
Di waktu petang, kami menikmati hidangan yang kami anggap sebagai makan malam. Maklumlah, bila matahari terbenam, kaki dah tak larat nak melangkah lagi. Eloklah melangkah masuk bilik penginapan, dan cari tenaga untuk meronda keesokan harinya. Kali pertama kami singgah di Nanina Kuhinja, dengan bantuan pelayan yang berpakaian kemas, memperkenalkan makanan yang sedap dan biasa dipesan oleh pelanggan, kami teruja mencuba masakan tradisional Bosnia.
Pemandangan di luar restoran Naniha Kuhinja di kala petang.
Sebaik sahaja menjejak kaki ke bahagian dalam, nampak benar suasana santai dengan hiasan dalaman yang menarik.Rasa nak duduk lama-lama di sini. Memang pada mulanya rasa santai, tetapi tidak lama kemudian banyaklah pulak pelanggan masuk! Tak jadilah nak berlama-lama.... sebaik sahaja selesai makan, bayar bil, kami pun cabut!
Jom kita lihat apa hidangan yang disajikan di Nanina Kuhinja.
Lucinda memilih Buranija sa teletinom, iaitu beef stew dengan kacang.
Amie pulak pesan Bosanski Lonac, masakan tradisional Bosnia, rendidih bersama daging lembu dan anak lembu... he heee dah ada beef, tambah veal lagi!
Nak minum yang harum pulak... Amie pesan ruza atau rose petal juice manakala Lucinda tetap setia dengan limunada!
Sementara menanti hidangan tiba, kerling-kerling persekitaran... ruangan nampak agak sempit, tapi dengan kreativiti mereka, macam-macamlah boleh diletak di sana sini tetapi nampak teratur!
Selepas minuman tiba di meja kami, hidangan pertama pun sampai. Sebakul kecil roti! Oh! Tioba-tiba teringat roti pita berisi sosej atau cevapcici yang tak pernah habis setiap kali menikmatinya! Bukan apa, saiznya besar!
Kemudian datanglah Bosnian pot... atau Bosnian stew.
...yang berisi daging lembu, anak lembu, kentang dan juga lobak merah. Masakan secara rendidih ini memang sedap,.. kalau boleh biji lada hitam yang bulat-bulat tu pun nak ditelan sekali....ha ha haaa..
Ini dia buranija sa teletinom pesanan Lucinda. Ada pun Bosanski Lonac berharga 12.90Km dan buranija sa teletinom pun 12.90KM juga. Bayar sajalah kan... dah tak larat nak kira RM daaaa.....
Ingatkan inilah kali pertama dan terakhir makan di Nanina Kuhinja.
Rupanya jodoh pertemuan di sini masih berpanjangan. Petang terakhir kami singgah lagi di sini. Untuk makan malam lagi kononnya.
Kita pesan minuman elder flower juice atau zova, dan seperti biasa Lucinda sudah semestinya memesan limunada!
Elder flower juice.
Setakat ini setiap kali memesan minuman berjus, memang tidak pernah disertakan sekali dengan ketulan ais! Tapi minuman yang disajikan dalam keadaan sejuk.
Toleh kiri-kanan seketika, melihat-lihat hiasan dalaman yang agak menarik... pelbagai poskad dijadikan koleksi! Bila Amie baca lebih dekat, nampaknya poskad kiriman keluarga dari negara lain, tapi usia poskad tersebut .... barangkali abad lepas!
Datanglah sebakul roti!
Roti Oh! Roti...
Kali ini Lucinda ingin mencuba Bosnian stew pula!
Sedapkan Lucy!
Lembut sangat dagingnya! Kuahnya pun enak sekali!
Amie nak cuba masakan lain. Sebelum ini sempat sembang-sembang dengan Feda tentang japrak sarma, sogan dolma dan macam-macam lagilah. Jadi bila mata terpandang menu Sarajevski Sahan, Amie pun tak lepas peluang nak cuba!
Dalam hidangan ini pelbagai bungkusan dicampur tetapi isinya seakan sama iaitu daging cincang. Yang bergulung hijau tu daun anggur, yang bulat kecil sedikit itu bawang berisi daging cincang. Begitu juga dengan lada kembung dan daun kubis. Semuanya berisi daging cincang.
Yang macam cili kembung berisi daging cincang tu nama dia punjene paprika dan yang dua ketul di depannya tu kentang lenyek. Harganya sama sahaja, setiap satu menu 12.90KM atau RM29.67 sen.
Jangan lupa singgah sini kalau sampai Sarajevo tau.
Lucinda.... dah makan itu ini, mata kita tak berubah warna hijau biru kan?
Haaaa..ha hahaaa....
Entri berkaitan:
Bosnia and Herzegovina (1) : Lahad Datu - Kota Kinabalu - Kuala Lumpur - Abu Dhabi - Belgrade - Sarajevo
Bosnia and Herzegovina (2) : M'Ali Rooms, Prote Bakovica 2, Sarajevo City Center, Sarajevo, Bosnia Herzegovina 71000
Bosnia and Herzegovina (3) : Menyusuri Sungai Miljacka
Bosnia and Herzegovina (4) : Jatuh Cinta di Caffe Slastičarna Saraj!
Bosnia and Herzegovina (5) : Sepetang di Baščaršija (Sarajevo Old Town)
Bosnia and Herzegovina (6) : Minum Kopi Bosnia (Bosanska Kahva)
Bosnia and Herzegovina (7) : Konjička Stara Ćuprija (Jambatan Konjic)
Bosnia and Herzegovina (8) : Jablanica Most
Bosnia and Herzegovina (9) : Mostar ( Stari Most)
Bosnia and Herzegovina (10) : Blagaj - Buna - Makan Tengahari di Tepi Sungai Buna
Bosnia and Herzegovina (11) : Singgah Makan di Kolobara Han, Saraci
Bosnia and Herzegovina (12) : Jalan-Jalan Cari Makan Ćevapi ( ćevapčići ) / Bosnian Kebab
Bosnia and Herzegovina (13) : Negeri Yang Pernah Terkoyak!
Bosnia and Herzegovina (14) : Jom Makan Nasi dan Minum Teh Parsi di Sarajevo!
Bosnia and Herzegovina (15) : Makan Malam di Nanina Kuhinja
Bosnia and Herzegovina (16) : Suatu Pagi di Baščaršija
Bosnia and Herzegovina (17) : Oleh-Oleh Bosnia
Bosnia and Herzegovina (18) : Masjid & Kenangan Mencuit Hati
Bosnia and Herzegovina (19) : Selamat Tinggal Negara Bosnia Yang Cantik!

3 comments
suka baca catatan perjalanan Kak Amie ni..teringin nak menjejakkan kaki ke sana satu hari nanti..seronok tengok tempat orang, merasai budaya orang Bosnia...part best bila Kak Amie bercerita pasal makanan Bosnia..terliur pulak tengok...
BalasPadamSeronoknya Amie dpt jejakkan kaki ke Bosnia... tentu jadi satu pengalaman yang sukar dilupakan. Jarang nampak org kita melancong ke sana kan. Terima kasih berkongsi gambar & cerita yang menarik.. makanan pun nampak sedap2 semua..
BalasPadamMaria,
BalasPadamAlhamdulillah... dapat juga kami menjejaki saudara seagama yang pernah mengalami derita akibat pembantaian etnik 1992-1995.
Madiha,
Tidak pernah terfikir untuk menjejak kaki ke bumi Bosnia, yang pernah Amie dengar hanya kisah ngeri perang Bosnia 1992-95. Bosnia sangat indah.