Bosnia and Herzegovina (7) : Konjička Stara Ćuprija (Jambatan Konjic)
9:44 PTG
Pagi kedua di Sarajevo, Selasa 13 September 2016.
Rasanya malam mata hanya dapat lelap seketika saja akibat meneguk kopi Bosnia yang pekat pada petangnya! Bagaimanapun bila mengenangkan pagi itu kami akan keluar melawat beberapa destinasi luar dari Sarajevo, cepat-cepat kami bergegas bersiap. Seperti dijanjikan, tepat pukul 7.30 kami turun keluar dari tempat penginapan, Feda sudah menanti bersama keretanya.
Kami memilih untuk ke Mostar, ingin melihat sebuah jambatan yang dikatakan antara yang tercantik di Bosnia and Herzegovina.
Bentuk muka bumi yang bergunung-ganang, banyak melalui terowong pendek dan terowong panjang, serta air Sungai Neretva yang kelihatan biru kehijauan sangat memukau pandangan! Rugi rasanya kalau mata terlelap walau seketika! Akan terlepaslah dari menikmati keindahan air sungai yang nampak berkilau seperti perak apabila terkena pancaran matahari!
Terlebih dahulu Feda membawa kami ke Konjic yang terletak di sebelah utara Herzegovina dan lebih kurang 50 kilometer barat daya Sarajevo. Konjic merupakan sebuah bandar tertua di Bosnia dan menjadi bandar penting sekitar abad ke-14. Konjic terletak di kawasan hutan pergunungan yang ketinggian kira-kira 879 kaki dari aras laut.
Suka sangat tengok latar belakangnya tu... rumah-rumah tersusun cantik! Nyamannya duduk di tepi sungai ini!
Konjička Stara Ćuprija ( Stara Ćuprija dalam Bahasa Inggeris bermaksud Old Bridge) dibina antara tahun 1682 dan 1683 oleh Ali- aga Hasečić. Jambatan lama ini dibina dengan enam gerbang batu. Jambatan Ottoman ini pernah dimusnahkan oleh tentera Jerman semasa perang dan dibina semula oleh Kerajaan Turki dalam bentuk asal pada tahun 2003 dan 2009.
Nampaknya hari masih pagi. Jam di sanuuunn... menunjukkan pukul 8.50 pagi! Maknanya ketika itu masa di tempat kita lebih kurang pukul 3.50 petang.
Kami meneruskan perjalanan dan singgah sebentar di tepi sungai di sebuah perkampungan. Lucinda ingin menunaikan permintaan anak buahnya untuk mengambil sedikit pasir. Katanya anak buahnya yang masih menuntut di salah sebuah institusi pengajian tinggi di negara kita, meminta membawanya pulang untuk dibuat kajian.
Feda macam tahu-tahu saja kami ni belum bersarapan!
Katanya, dia ingin memperkenalkan kepada kami sejenis roti yang biasa dimakan oleh penduduk Bosnia sebagai sarapan pagi yang mengenyangkan. Feda singgah di sebuah kedai roti dan membawa kembali bersamanya 3 bungkusan roti untuk dirinya, Amie dan Lucinda. Nampaknya, Feda asyik kena 'dera' sepanjang perjalanan! Apa tidaknya, tidak habis-habis kami bertanya itu dan ini tentang pelbagai perkara mengenai sejarah dan budaya negaranya.
Sementara Feda beratur di kedai untuk membeli roti, Amie turun dari kereta sebab tertarik melihat buah-buahan dan tomato yang berwarna-warni di sebuah kedai. Bila Amie tanya berapa harga untuk 1 kg buah (entah buah apa namanya yang kecil comel warna kuning tu), pekedai di situ hanya tersenyum. Amie pun sengih-sengih sama. Sekali lagi Amie tanya, dia jawab dalam bahasa tempatan. Amie angguk-angguk, dia pun angguk-angguk. Lepas tu Amie pun masuk balik dalam kereta. Kali ini penggunaan bahasa ayam dan itik tak menjadi! Nak guna bahasa isyarat tapi tak pandai. Kena berguru dengan Lucinda dulu nih!
Kami meneruskan perjalanan sambil mengunyah roti. Kata Feda, ini little tiny bread, roti berinti cream cheese atau dalam bahasanya dipanggil pogacica sa sirom. Sekeping pogacica sa sirom ini berharga 2.5 KM.
Feda juga membekalkan kami dengan minuman dalam botol yang diberikan kepada kami sebaik sahaja memulakan perjalanan dari Sarajevo. Jadi, sambil mengunyak pogacica sa sirom, kami minum air tersebut.
Feda sentiasa berusaha untuk menjawab setiap pertanyaan kami. Kadang-kadang kami tertawa sesama sendiri kerana kesilapan dalam sebutan. Misalnya huruf 'c' di sana tetap juga disebut sebagai 'chh' dan bukannya 'k'. Contohnya Bascarsija tidak disebut sebagai 'baskarsija' tetapi berbunyi ' bascarsyiya', huruf 'ja' pula disebut sebagai 'y'.
Ketika Amie bertanya tentang pelbagai masakan tradisional Bosnia, tiba-tiba Fida kata dia tahu sejenis makanan popular di negara kita. Sambil menunjukkan gambar melalui telefon bimbitnya, Feda menyebut makanan tersebut sebagai 'roti kanai'. Waka ka kaaaa.... kami ketawa gelihati sambil membetulkan sebutannya, coti canai!
Dan sekiranya Feda tidak dapat menjelaskan sesuatu yang ingin disampaikan, dia akan berulangkali berkata... how could i say...how could I say...oh! I know... I know!
Perjalanan sejauh 120 km dari Sarajevo tidak terasa begitu lama walaupun Feda hanya memandu 80 per/km. Selain berbual-bual kami terus merasa kagum dengan pemandangan kiri kanan jalan raya, terutamanya gunung-ganang pelbagai bentuk batuan, melalui terowong yang tidak terkira jumlahnya dan Sungai Neretva yang cantik serta mendamaikan.
Terima kasih Feda kerana belanja kami dengan sebotol air dan pogacica sa sirom yang amat mengenyangkan!
Entri berkaitan:
Bosnia and Herzegovina (1) : Lahad Datu - Kota Kinabalu - Kuala Lumpur - Abu Dhabi - Belgrade - Sarajevo
Bosnia and Herzegovina (2) : M'Ali Rooms, Prote Bakovica 2, Sarajevo City Center, Sarajevo, Bosnia Herzegovina 71000
Bosnia and Herzegovina (3) : Menyusuri Sungai Miljacka
Bosnia and Herzegovina (4) : Jatuh Cinta di Caffe Slastičarna Saraj!
Bosnia and Herzegovina (5) : Sepetang di Baščaršija (Sarajevo Old Town)
Bosnia and Herzegovina (6) : Minum Kopi Bosnia (Bosanska Kahva)
Bosnia and Herzegovina (7) : Konjička Stara Ćuprija (Jambatan Konjic)
Bosnia and Herzegovina (8) : Jablanica Most
Bosnia and Herzegovina (9) : Mostar ( Stari Most)
Bosnia and Herzegovina (10) : Blagaj - Buna - Makan Tengahari di Tepi Sungai Buna
Bosnia and Herzegovina (11) : Singgah Makan di Kolobara Han, Saraci
Bosnia and Herzegovina (12) : Jalan-Jalan Cari Makan Ćevapi ( ćevapčići ) / Bosnian Kebab
Bosnia and Herzegovina (13) : Negeri Yang Pernah Terkoyak!
Bosnia and Herzegovina (14) : Jom Makan Nasi dan Minum Teh Parsi di Sarajevo!
Bosnia and Herzegovina (15) : Makan Malam di Nanina Kuhinja
Bosnia and Herzegovina (16) : Suatu Pagi di Baščaršija
Bosnia and Herzegovina (17) : Oleh-Oleh Bosnia
Bosnia and Herzegovina (18) : Masjid & Kenangan Mencuit Hati
Bosnia and Herzegovina (19) : Selamat Tinggal Negara Bosnia Yang Cantik!

Air sungai Neretva mengalir tenang melewati Konjička Stara Ćuprija!
Nampaknya hari masih pagi. Jam di sanuuunn... menunjukkan pukul 8.50 pagi! Maknanya ketika itu masa di tempat kita lebih kurang pukul 3.50 petang.
Kami meneruskan perjalanan dan singgah sebentar di tepi sungai di sebuah perkampungan. Lucinda ingin menunaikan permintaan anak buahnya untuk mengambil sedikit pasir. Katanya anak buahnya yang masih menuntut di salah sebuah institusi pengajian tinggi di negara kita, meminta membawanya pulang untuk dibuat kajian.
Cantik!
Nak posing jugak di sini!
Wokeh... Lucinda sudah menepati janjinya!
Segelas pasir sungai sudah dalam genggaman!

0 comments