Selamat Beristirehat Ayahanda!
12:58 PTGBeliau seorang insan yang sangat kami kagumi. Beliau tidak banyak bersuara apalagi mencela orang. Sikapnya yang sentiasa merendah diri, ringan tulang dan banyak terlibat dengan kerja kebajikan dalam masyarakat kampung sentiasa menjadi sebutan dan rasa keharuan dalam kalangan ahli keluarga kami dan juga masyarakat setempat. Tidak pernah kami mendengar sebarang rungutan, penat atau lelah ketika penduduk kampung meminta sebarang pertolongan terutama dalam hal ehwal keagamaan, kenduri-kendara, mengurus jenazah, atau mengurus pernikahan. Itulah ayahanda mentua Amie, bekas Imam Qariah Kampung Cocos, seorang jurunikah dan bekas kakitangan Majlis Ugama Islam Lahad Datu. Ayahanda kesayangan kami..... Bintang Kinabalu (BK) yang telah kembali ke rahmatullah pada pukul 8 malam, pada tarikh 2 Februari 2012, dalam usia 78 tahun, selepas waktu Isya' menjelang malam Jumaat, 5 hari lepas. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di hadapan seluruh keluarga di Hospital Lahad Datu.
Gambar ayahanda tercinta, Tuan Imam Haji Rilay Bin Abip, sempat Amie rakam kali terakhir pada tahun 2011.
Oleh kerana kebiasaannya ayahanda mengetuai bacaan tahlil setiap hari Khamis malam Jumaat di rumahnya, jadi kesempatan itu tetap ayahanda lakukan walaupun sedang menghadapi masalah sesak nafas di hospital. Ayahanda sempat mengangkat tangan berdoa, sementara Encik Suami mengampu tubuhnya yang agak lemah. Selesai berdoa, Encik Suami terasa ayahanda seakan menjatuhkan tubuhnya di atas ribanya dan menarik nafas sebanyak dua kali. Walaupun pada ketika itu Encik Suami menyedari ayahanda sudah tiada tetapi dia mengharapkan akan berlaku keajaiban. Sesungguhnya ajal dan maut itu di tangan Allah, tidak terlewat atau tercepat walau sesaat. Bantuan pernafasan diberi tetapi ayahanda sudah kembali kepada-Nya!
Jenazah ayahanda dikebumikan tepat bersebelahan dengan pusara Allahyarhamah bonda mentua pada pagi Jumaat 3 Februari 2012. Memang rasa sangat terharu kerana 5 tahun yang lalu, ayahanda membaca talkin di atas pusara Allahyarhamah bonda mentua! Pagi Jumaat yang mulia itu, dengan rasa sayu dan pilu, kami tinggalkan pusara ayahanda dan bonda! Moga mereka bertemu di sana! Al-Fatihah!
35 comments
Salam takziah dari saya sekeluarga. Patut la agak lama juga tak ada entry...
BalasPadamtakziah daripada kami. Alfatihah buat arwah ayah. Semuga dia aman bersemadi di sana...
BalasPadamal-fatihah...salam takziah dari saya juga. moga2 kak amie sekeluarga redha dengan pemergiannya..
BalasPadamSalam Takziah buat keluarga Amie & suami... sesungguhnya setiap yg hidup pasti akan mati.. itu janji Allah S.W.T. bak kata Amie tidak terlambat atau tercepat walau sesaat pun... sayu rasa hati membaca bait2 kenangan ketika arwah masih ada.. semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan para anbia.. Al-Fatihah...
BalasPadaminnalillah....salam takziah dr kami utk seluruh keluarga Amie...bersabar yer, semoga roh arwah tenang disana...aminnn
BalasPadamTakziah buat Amie skeluarga...moga aruah ditempatkan dikalangan orang beriman...Amiiin.
BalasPadamAlfatihah buat aruah..
Amie,Takziah dari kami sekeluarga..
BalasPadamAllahuakbar..perginya dalam keadaan menadah doa kepada Allah SWT,saat2 akhir yang sangat baik. Semoga rohnya ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman. Al Fatihah
Patutla lama x dgr citer Akak di blog, semoga rohnya dicucuri rahmat dan tenang di sana, takziah untuk Akak sekeluarga
BalasPadamAssalam Amie, Takziah buat keluarga Amie atas pemergian bapa mertua tercinta, semoga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan org2 yg beriman. Patut la lama Amie menyepi
BalasPadamSalam takziah dari Rahel...al-fatihah buat arwah ayah mentua Amie..
BalasPadamtahziah unk amie sekeluarga..semoga roh ayahanda mertua amie tenang di sana.
BalasPadamAs'salam Amie
BalasPadamSalam takziah dari ct untuk keluarga Amie dan juga keluarga mertua jua. Setiap yang ada dibumi Allah ini akan tetap menemuinya cepat atau lambat itu adalah ketentuan dariNYA.
Berbanyak bersabar dan berdoa setiap waktu semoga arwah ayahanda mertua Amie sentiasa tenang disana bersama orang-orang yang bertakwa...Aminnnn
Al-Fatihah buat Haji Rilay Bin Abip...
Hey kak Amie.. Melly sekeluarga turut berduka cita yah atas berpulang nya ayahanda mertua kak Amie. semoga amal dan ibadah beliau di terima sisi Nya.
BalasPadamYang sabar yah kak.. *hugs
salam takziah, dan al fatihah...
BalasPadamhugs buat buat kak amie...
Innalillahiwainnailahirojiun...Salam Takziah buat Kak Amie sekeluarga...Semoga Ayahanda Kak Amie ditempatkan disisi mereka yang beriman..Al Fatihah
BalasPadamAs- Salam K.amie....
BalasPadamTerubat rindu dkt akak....ni entry lappy baru ke...
Takziah utk akak sekeluarga...alhamdulillah akak n en suami diberi peluang oleh ALlah melihat hembusan terakhir arwah .....
Al Fatihah utk Arwah Tn Hj Rilay B Abip..semoga rohnya bersama2 dengan orang2 yang beriman...
Salam takziah untuk akak sekeluarga..moga arwah tenang disana.AL-FATIHAH.
BalasPadamSalam takziah dari Kaz utk Amie sekeluarga. InsyaAllah,tempat terbaik jualah utk insan sebaik arwah. Smg yg ditinggalkan terus tabah melalui kehidupan.
BalasPadamkak Amie cayanggggg i miss youuuuuu rinduuuuu...mieza nak ucapkan takziah kpd kak amie dan keluarga atas pemergian ayahanda...alfatihah semoga arwah sentiasa dicucuri rahmat Ilahi..sedihnyer kak..ayah mieza pun dah 13 tahun perginya..tp ternampak2 wajah ayah..insyaAllah doa anak yg soleh akan menjadi peneman ayah..insyaAllah
BalasPadamTakziah buat Amie & keluarga. Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.
BalasPadammaaf lambat sampai.Takziah dan semuga rohnya dicucuri rahmat.
BalasPadamsalam takziah utk amie sekeluaga.. smga rohnya dicucuri rahmat dan berada dlm kalangan org2 beriman.. amin.. smga krga amie tabah menghadapinya..
BalasPadamAl-Fatihah.....salam takziah buatt amie sekeluarga....
BalasPadamSalam takziah untuk Kak Amie sekeluarga..
BalasPadamSalam takziah buat amie sekeluarga. Al fatihah buat arwah.
BalasPadamAl fatihah
BalasPadamsemoga arwah ditempatkan dikalangan org2 beriman Amin
salam takziah dari maklong buat amie sekeluarga.. kita sama2 kehilangan rupanya..
BalasPadamsalam takziah buat kak amie sekeluarga...patut la senyap je akak beberapa hari ni....Alfatihah..moga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..amin
BalasPadamAl-fatiah buat ayah mertua Amie semoga arwah ditempatkan bersama orang2 yang beriman.
BalasPadamsalam takziah utk kak amie sekeluarga...
BalasPadamAl-Fatihah utk arwah....semoga rohnya dicucuri rahmat...
Salam Amie,
BalasPadamAl fatihah buat arwah ayah mertua Amie...dah takziah dari ka Ros sekeluarga...semoga rohnya di terima disisi Allah SWT....dan di tempatkan dalam golongan orang2 yang soleh dan yang beriman....
Salam takziah dr kami sekeluarga..redhakan pemergiannya..
BalasPadamAl-Fatihah buat Haji Rilay Bin Abip...
salam takziah dr mama..semuga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..amin..
BalasPadamTakziah..alfatehah...
BalasPadamtakziah n alfatihah buat ayah mertua amie..
BalasPadam