Selamat Beristirehat Ayahanda!

12:58 PTG

Beliau seorang insan yang sangat kami kagumi. Beliau tidak banyak bersuara apalagi mencela  orang. Sikapnya yang sentiasa merendah diri, ringan tulang dan banyak terlibat dengan kerja kebajikan dalam masyarakat kampung sentiasa menjadi sebutan dan rasa keharuan dalam kalangan ahli keluarga kami dan juga masyarakat setempat. Tidak pernah kami mendengar sebarang rungutan, penat atau lelah ketika penduduk kampung meminta sebarang pertolongan terutama dalam hal ehwal keagamaan, kenduri-kendara, mengurus jenazah, atau mengurus pernikahan. Itulah ayahanda mentua Amie, bekas Imam Qariah Kampung Cocos, seorang jurunikah dan bekas kakitangan Majlis Ugama Islam Lahad Datu. Ayahanda kesayangan kami..... Bintang Kinabalu (BK) yang telah kembali ke rahmatullah pada pukul 8 malam, pada tarikh 2 Februari 2012, dalam usia 78 tahun, selepas waktu Isya' menjelang malam Jumaat, 5 hari lepas. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di hadapan seluruh keluarga di Hospital Lahad Datu.


Gambar ayahanda tercinta, Tuan Imam Haji Rilay Bin Abip, sempat Amie rakam kali terakhir pada tahun 2011. 

Oleh kerana kebiasaannya ayahanda mengetuai bacaan tahlil setiap hari Khamis malam Jumaat di rumahnya, jadi kesempatan itu tetap ayahanda lakukan walaupun sedang menghadapi masalah sesak nafas di hospital. Ayahanda sempat mengangkat tangan berdoa, sementara Encik Suami mengampu tubuhnya yang agak lemah. Selesai berdoa, Encik Suami terasa ayahanda seakan menjatuhkan tubuhnya di atas ribanya dan menarik nafas sebanyak dua kali. Walaupun pada ketika itu Encik Suami menyedari ayahanda sudah tiada tetapi dia mengharapkan akan berlaku keajaiban. Sesungguhnya ajal dan maut itu di tangan Allah, tidak terlewat atau tercepat walau sesaat. Bantuan pernafasan diberi tetapi ayahanda sudah kembali kepada-Nya! 

Jenazah ayahanda dikebumikan tepat bersebelahan dengan pusara Allahyarhamah bonda mentua pada pagi Jumaat 3 Februari 2012. Memang rasa sangat terharu kerana 5 tahun yang lalu, ayahanda membaca talkin di atas pusara Allahyarhamah bonda mentua! Pagi Jumaat yang mulia itu, dengan rasa sayu dan pilu, kami tinggalkan pusara ayahanda dan bonda! Moga mereka bertemu di sana! Al-Fatihah!

35 comments

  1. Salam takziah dari saya sekeluarga. Patut la agak lama juga tak ada entry...

    BalasPadam
  2. takziah daripada kami. Alfatihah buat arwah ayah. Semuga dia aman bersemadi di sana...

    BalasPadam
  3. al-fatihah...salam takziah dari saya juga. moga2 kak amie sekeluarga redha dengan pemergiannya..

    BalasPadam
  4. Salam Takziah buat keluarga Amie & suami... sesungguhnya setiap yg hidup pasti akan mati.. itu janji Allah S.W.T. bak kata Amie tidak terlambat atau tercepat walau sesaat pun... sayu rasa hati membaca bait2 kenangan ketika arwah masih ada.. semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan para anbia.. Al-Fatihah...

    BalasPadam
  5. innalillah....salam takziah dr kami utk seluruh keluarga Amie...bersabar yer, semoga roh arwah tenang disana...aminnn

    BalasPadam
  6. Takziah buat Amie skeluarga...moga aruah ditempatkan dikalangan orang beriman...Amiiin.

    Alfatihah buat aruah..

    BalasPadam
  7. Amie,Takziah dari kami sekeluarga..
    Allahuakbar..perginya dalam keadaan menadah doa kepada Allah SWT,saat2 akhir yang sangat baik. Semoga rohnya ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman. Al Fatihah

    BalasPadam
  8. Patutla lama x dgr citer Akak di blog, semoga rohnya dicucuri rahmat dan tenang di sana, takziah untuk Akak sekeluarga

    BalasPadam
  9. Assalam Amie, Takziah buat keluarga Amie atas pemergian bapa mertua tercinta, semoga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan org2 yg beriman. Patut la lama Amie menyepi

    BalasPadam
  10. Salam takziah dari Rahel...al-fatihah buat arwah ayah mentua Amie..

    BalasPadam
  11. tahziah unk amie sekeluarga..semoga roh ayahanda mertua amie tenang di sana.

    BalasPadam
  12. As'salam Amie

    Salam takziah dari ct untuk keluarga Amie dan juga keluarga mertua jua. Setiap yang ada dibumi Allah ini akan tetap menemuinya cepat atau lambat itu adalah ketentuan dariNYA.

    Berbanyak bersabar dan berdoa setiap waktu semoga arwah ayahanda mertua Amie sentiasa tenang disana bersama orang-orang yang bertakwa...Aminnnn

    Al-Fatihah buat Haji Rilay Bin Abip...

    BalasPadam
  13. Hey kak Amie.. Melly sekeluarga turut berduka cita yah atas berpulang nya ayahanda mertua kak Amie. semoga amal dan ibadah beliau di terima sisi Nya.
    Yang sabar yah kak.. *hugs

    BalasPadam
  14. salam takziah, dan al fatihah...

    hugs buat buat kak amie...

    BalasPadam
  15. Innalillahiwainnailahirojiun...Salam Takziah buat Kak Amie sekeluarga...Semoga Ayahanda Kak Amie ditempatkan disisi mereka yang beriman..Al Fatihah

    BalasPadam
  16. As- Salam K.amie....
    Terubat rindu dkt akak....ni entry lappy baru ke...

    Takziah utk akak sekeluarga...alhamdulillah akak n en suami diberi peluang oleh ALlah melihat hembusan terakhir arwah .....

    Al Fatihah utk Arwah Tn Hj Rilay B Abip..semoga rohnya bersama2 dengan orang2 yang beriman...

    BalasPadam
  17. Salam takziah untuk akak sekeluarga..moga arwah tenang disana.AL-FATIHAH.

    BalasPadam
  18. Salam takziah dari Kaz utk Amie sekeluarga. InsyaAllah,tempat terbaik jualah utk insan sebaik arwah. Smg yg ditinggalkan terus tabah melalui kehidupan.

    BalasPadam
  19. kak Amie cayanggggg i miss youuuuuu rinduuuuu...mieza nak ucapkan takziah kpd kak amie dan keluarga atas pemergian ayahanda...alfatihah semoga arwah sentiasa dicucuri rahmat Ilahi..sedihnyer kak..ayah mieza pun dah 13 tahun perginya..tp ternampak2 wajah ayah..insyaAllah doa anak yg soleh akan menjadi peneman ayah..insyaAllah

    BalasPadam
  20. Takziah buat Amie & keluarga. Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.

    BalasPadam
  21. maaf lambat sampai.Takziah dan semuga rohnya dicucuri rahmat.

    BalasPadam
  22. salam takziah utk amie sekeluaga.. smga rohnya dicucuri rahmat dan berada dlm kalangan org2 beriman.. amin.. smga krga amie tabah menghadapinya..

    BalasPadam
  23. Al-Fatihah.....salam takziah buatt amie sekeluarga....

    BalasPadam
  24. Salam takziah untuk Kak Amie sekeluarga..

    BalasPadam
  25. Salam takziah buat amie sekeluarga. Al fatihah buat arwah.

    BalasPadam
  26. Al fatihah
    semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 beriman Amin

    BalasPadam
  27. salam takziah dari maklong buat amie sekeluarga.. kita sama2 kehilangan rupanya..

    BalasPadam
  28. salam takziah buat kak amie sekeluarga...patut la senyap je akak beberapa hari ni....Alfatihah..moga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..amin

    BalasPadam
  29. Al-fatiah buat ayah mertua Amie semoga arwah ditempatkan bersama orang2 yang beriman.

    BalasPadam
  30. salam takziah utk kak amie sekeluarga...
    Al-Fatihah utk arwah....semoga rohnya dicucuri rahmat...

    BalasPadam
  31. Salam Amie,

    Al fatihah buat arwah ayah mertua Amie...dah takziah dari ka Ros sekeluarga...semoga rohnya di terima disisi Allah SWT....dan di tempatkan dalam golongan orang2 yang soleh dan yang beriman....

    BalasPadam
  32. Salam takziah dr kami sekeluarga..redhakan pemergiannya..
    Al-Fatihah buat Haji Rilay Bin Abip...

    BalasPadam
  33. salam takziah dr mama..semuga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..amin..

    BalasPadam
  34. takziah n alfatihah buat ayah mertua amie..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe