Kerabu Pucuk Paku Bersantan

4:55 PTG

Selamat Hari Ibu buat semua pengunjung yang bergelar ibu...., sebenarnya pagi ini ada perkara yang sangat mengharukan sehingga menitis airmata, tapi tak apalah... semuanya ok. Rasa sedih sebab berjauhan dengan keluarga, terutama bila terkenang bonda. Mudah-mudahan bonda sentiasa sihat dan khabarnya ahli keluarga berkumpul bersama di rumah bonda, cuma Amie seorang yang jauh.... Apa pun, perut perlu dilayan, asyik termenung nanti perut masuk angin pulak ye. Amie teringat kerabu berkuah santan yang pernah Amie makan entah berapa tahun yang lalu.... makan di surau sekolah selepas sembahyang terawih... ni cerita pasal moreh ni... antara banyak menu yang dihidang, terpikat pula dengan menu yang satu tu, kerabu ada santan pulak. Amie makan tapi tak puas sebab faham-faham sajalah, segan pulak nak ambil banyak2. Tak pasti pula mana satu kawan yang membuat dan membawanya. Kalau dah teringin makan, siapa lagilah boleh diharap menyediakannya selain diri sendiri. Tapi Amie ubahsuai sedikit resepinya ikut kepala dan cita rasa sendiri tau...


Ratah sepinggan tak cukup....


Bahan asasnya pucuk paku, tapi Amie tambah taugeh.



Amie sediakan bahan lain termasuk isi ikan kembung, hirisan serai, bawang besar dan bawang merah, lada merah dan cili padi. Amie tumbuk kelapa parut bersama bawang merah, cili padi, sedikit belacan, lada hitam, garam dan gula serta sedikit asam jawa.



Kerabu di atas ni kira dah boleh dimakan tapi Amie masukkan sedikit santan pekat seperti di bawah...



Dah siap pun kerabu bersantan Amie. Minta maaflah sebab tak tahu siapa sebenarnya empunya resepi. Minta maaf lagi sebab pandai2 Amie ubah suai ikut kepala Amie. Kepada yang berminat untuk mencuba resepi ini, dipersilakan....

Bahan-bahan:
15 batang pucuk paku tanjung (celur)
2 cawan taugeh (celur)
2 ekor ikan kembung (rebus dan ambil isinya- hancurkan tapi jangan sampai lumat)
1 cawan santan pekat
2 batang serai
2 biji lada merah (hiris)
7 biji cili padi (hiris)
7 biji bawang merah (hiris)
1/2 labu bawang besar (mayang)
2 biji limau kasturi (perah airnya)
garam & gula

Bahan campuran ditumbuk bersama kelapa:
1  1/2  cawan kelapa parut
7 biji cili padi
1 batang serai (hiris)
2 biji bawang merah
1/2 sudu kecil pati asam jawa
1.5cm belacan
1 sudu kecil lada hitam
secubit garam

Cara:
1. Masukkan pucuk paku dan taugeh ke dalam sebuah bekas.
2. Masukkan semua bahan di atas termasuk kelapa tumbuk kecuali santan.
3. Gaul rata dan rasa masam, manis dan masinnya.
4. Tuangkan santan dan gaul sekali lagi.
5. Sedia untuk dihidangkan.

0 comments

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe