Tiga Anak Soleh
4:07 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Singgah sebentar sapu sawang di dapur maya.
Semoga sahabat maya semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat.
Coretan di hari minggu ini, hanyalah berkisar tentang keadaan Encik Suami di HUKM. Hari ini sudah masuk hari ke 10 beliau di sana. Sudah dua malam Abang Farid menemani Fairuz menjaga Encik Suami di wad. Hari ini Fuad datang dari Johor dan ambil cuti satu hari, esok hari Isnin untuk berurusan dengan doktor yang merawat Encik Suami. Perjumpaan dengan doktor diadakan hanya pada hari bekerja.
Ketiga-tiga beradik ini bergilir-gilir menemani Encik Suami, dan pada masa yang sama mereka menyewa bilik hotel. Bolehlah Fairuz luruskan pinggang dan berehat seketika, Maklumlah setiap malam tidur di lantai walaupun beralas tikar dan toto, tidaklah sama seperti tidur di atas katil.
Fuad pesan dengan Abang Farid dan Fairuz, jangan beritahu Encik Suami tentang kedatangannya pada hari ini. Sebelum itu Fuad maklumkan akan datang ke HUKM pada pagi Isnin. Aduhai.... anak! Dalam keadaan begini pun masih juga hendak buat kejutan.... ahaks!
Mudah-mudahan kalian menjadi anak soleh yang sentiasa berbakti kepada orang tua.
![]() |
| Takut roboh pula apabila tiga-tiga anak jantan ini duduk atas katil! |
Tengah hari tadi Abang Farid bawa Fairuz makan di Chicken Rice Shop. Kata Abang Farid hari ini ada promo ayam quater RM1.80.
![]() |
| Firdaus : Nasi Ayam Gepuk Kobis Goreng |
Rasanya hampir setiap hari Amie memesan makanan, untuk makan berdua dengan Firdaus. Tengah hari tadi Abang Foodpanda hantar Nasi Ayam Gepuk dan Nasi Ikan Bolu Gepuk.
Alhamdulillah. Dua hari lepas anak-anak kirimkan khabar baik dari HUKM. In syaa Allah, esok 19 Oktober Encik Suami akan menjalani proses angiogram untuk mengesan masalah jantungnya dan rawatan susulan. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar.





8 comments
Masyaallah... bertuahnya Amie, ada anak-anak yang memahami serta berkorban masa untuk menjaga ayah mereka. Moga anak-anak kita semua jadi anak yang soleh dan solehah, juga berjaya dunia dan akhirat.
BalasPadamMudah-mudahan anak-anak kita faham tanggungjawab dan memainkan peranan dalam keadaan begini.
PadamAlhamdulillah, anak-anak soleh. Semoga beroleh ganjaran pahala yang besar atas asbab berbakti kepada orang tua yang sedang sakit
BalasPadamAamiin... Aamiin ya Allah.
PadamAlhamdulillah... orang tua yang baik dapat anak2 yang baik semua
BalasPadamAlhamdulillah. Seribu syukur kepada-Nya.
Padameh tiba-tiba sebak pulak ammi membaca. Alhamdulillah Allah kurniakan anak-anak soleh buat kak Amie dan suami. Semoga prosedur angiogram berjalan lancar. Tp nak pulak ye HUKM buat rawatan jantung. Masa ammi dulu dia tolak ammi ke Serdang sebab katanya disitu tiada peralatan secanggih Hospital Serdang.
BalasPadamYa, saya dengar pun di Hospital Serdang, tapi di HUKM mungkin sudah cukup persediaan dan peralatan untuk rawatan jantung.
Padam