Subang - Kota Kinabalu - Lahad Datu : FireFly - MASWings
10:11 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah. Syukur seribu syukur kepada Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Perjalanan pergi dan balik dipermudahkan walaupun hanya dapat bersama keluarga dalam masa yang singkat.
Dapatlah merasa naik pesawat FireFly dan mengimbau kenangan di Subang Airport yang tidak dijejak sejak 23 tahun yang lalu.
FireFly - MASWings - Google |
Kita mengharapkan sangat dapat beli salted peanut dalam penerbangan pulang dari Subang ke Kota Kinabalu. Terbayang-bayang betapa seronoknya anak-anak murid dapat bungkusan kecil dari udara!
Salted Peanuts |
Cookies Famous Amos |
Pramugari mengedarkan kudapan berupa cookies dan sebungkus kecil kacang masin.
Kacang Masin |
Nasi Lemak Pandan |
Nasi Lemak Pandan ini kita bawa turun di Kota Kinabalu untuk Fairuz.
Kita masih tertunggu-tunggu pramugari menyorong troli jualan tetapi sehingga pengumuman pesawat akan mendarat, tidak ada jualan oleh-oleh!
Adeehhhh!
Memang keluar pesawat dengan tangan kosonglah nanti!
Apa boleh buatlah.
Mari kita alihkan rasa kecewa dengan melihat pemandangan senja dari tingkap Firefly.
Dalam hati berkata: Lain kali belilah banyak-banyak kacang masin itu. Kadang-kadang rezeki tak sampai alamat. Biar menyesal beli, jangan menyesal tak beli...uhuk...uhuk!
Apa boleh buatlah.
Mari kita alihkan rasa kecewa dengan melihat pemandangan senja dari tingkap Firefly.
Dalam hati berkata: Lain kali belilah banyak-banyak kacang masin itu. Kadang-kadang rezeki tak sampai alamat. Biar menyesal beli, jangan menyesal tak beli...uhuk...uhuk!
Keesokan paginya pula, berkali-kali kita telefon Fairuz tetapi tidak diangkat. Selepas solat subuh kita sudah hendak ke lapangan terbang. Hantar mesej dan telefon Encik Suami tetapi tidak dibaca dan tidak diangkat HP. Ke mena pula Encik suami pergi? Tidur semulakah selepas solat subuh? (Rupanya ketika ini Encik Suami sudah keluar rumah, brisk walk di Taman Bandar Lahad Datu dan telefonnya ditinggalkan dalam kereta). Akhirnya kita pun naik ke tingkat tiga, bilik tidur Fairuz. Rumah Abang Aznan tiga tingkat dan tingkat tiga agak tinggi, banyak anak tangga.
Kita telefon dan ketuk-ketuk pintu bilik Fairuz. Ketuk perlahan-lahan sahaja takut anak-anak Abang Aznan terganggu tidur (di tingkat dua). Fairuz buka pintu. Aduhai....! Katanya pukul 4:30 sudah bangun, tapi Mommy tak telefon!
Tong penuh berisi ikan di belakang Hilux Single Cap. |
Kali ini Fairuz hantar kita ke lapangan terbang dengan menaiki kereta ikan. Selepas hantar kita, Fairuz akan terus hantar ikan ke pasar raya. Dalam seminggu Fairuz buat dua kerja. Isnin sehingga Jumaat bekerja di bengkel kereta. Sabtu dan Ahad hantar bekalan ikan.
Semoga sihat-sihat selalu. |
Selepas daftar masuk bagasi, sarapan dulu dengan anak bujang ini. Pukul 6:45, kami berpisah di pintu masuk pelepasan. Setelah peluk cium, dan boarding pass diperiksa oleh petugas, rupanya kita salah masuk! Kita tersalah tuju ke penerbangan antarabangsa. Fairuz yang masih berada di situ ketawa terbahak-bahak. Macamana boleh tersalah pintu. Kemudian kami sama-sama turun ke tingkat bawah, ke pintu pelepasan dalam negeri.
Cuaca cerah ketika MASWings meninggalkan Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Dari jauh terlihat puncak Gunung Kinabalu yang sudah kehilangan tanduknya akibat gempa bumi 10 tahun lalu. Langit biru terang dan awan putih cemerlang. Indah!
Kudapan diedarkan oleh pramugari MASWings.
Kita pilih minuman apple juice.
Gunung Kinabalu semakin sayup ditinggalkan.
MASWings meluncur laju menuju destinasi. Kali ini tiada kedengaran sendi-sendi berkeriut. Cantik saja gaya terbangnya.
Selamat mendarat di Lahad Datu Airport.
Alhamdulillah.
Segala puji hanya bagi-Mu yang Allah.
12 comments
Lama tak terbang.. Bila lah nak merasa terbang lagi ni.. Hihi.
BalasPadamTak lama lagi tu terbanglah hehehee.
PadamKak Amie keseringan melancong ke luar negara, jadi tersalah masuk entrance 🤣🤣.
BalasPadamOhh JD dulu gunung Kinabalu ada semacam tanduknya ya kak? JD tertarik nak tahu kejadian gempa yg buat hilang bentuk Kinabalu. Coba saya browsing lah
Haaa... Itulah, tak perasan masuk ruangan antarabangsa padahal mata memang sudah baca dan nampak tulisan pintu masuk antarabangsa. Tapi kaki tetap juga melangkah ke situ....ahaks!
PadamYa, Gempa bumi menyebabkan bentuk puncak Gunung Kinabalu berubah.
Selalu sangat fly overseas Kak Amie, itu yg tersilap pintu tu ahahaha
BalasPadamCantiknya Gunung Kinabalu...
Hihihiii...kaki tu gatal jew nak melangkah ke oversea.
PadamCantik gunung tu di waktu pagi ketika matahari bersinar dan tidak diselimut awan tebal.
Hahahha.. kita boleh bayang Fairuz ketawakan mommy, mesti turun naik perut dia tu, hihi. Fairuz macam dah kurus sikit la, agaknya kerja kuat ya, Fairuz.
BalasPadamTajam mata hati SK.
PadamMemang turun naik perutnya ketawakan kita. Dalam hatinya berkata, kenapa Mommy masuk pintu antarabangsa? Ikut sajalah hantar ke situ.
Ya SK, nampak kurus sikit. Penat kot buat dua kerja.
Cantiknya Kinabalu walau sudah tiada tanduknya.
BalasPadamMemang cantik walau kelihatan nun sayup-sayup mata memandang.
PadamPernah juga naik Firefly yang berkipas macam tu. Tak silap nak pergi Langkawi kot tapi flight kami masa tu agak panas pulak. Aircond tak sejuk. Tapi lama dah......lepas tu tak pernah naik flight yang macam tu lagi....
BalasPadamOooo....tak bestlah kalau panas dalam pesawat
PadamAlhamdulillah, pengalaman pertama dan kedua naik FireFly, semuanya ok.