Bawa Firdaus Cari Sarapan di Pasar Tani
10:05 PGBismillahirrahmanirrahim.
Awal pagi tadi kami ke Pasar Tani LD. Cuaca cerah. Langit biru dan matahari memancar menyebarkan kehangatannya di tepi laut. Encik Suami letak kereta berhampiran Pasar Ikan Kering dan kami berjalan kaki lebih kurang 200 meter ke pasar tani. Pasar Ikan, Pasar Ikan Kering, Pasar kain dan Pasar Rakyat Lahad Datu semuanya terletak di tepi laut.
Menghirup udara laut LD di pagi hari. |
Jom cari apa yang patut untuk alas perut di Pasar Tani Lahad Datu. Banyak gerai jualan makanan di sini. Pilih sahajalah mana yang berkenan di mata dan selera.
Kita beli pulut kuning rendang kerang - RM15.00.
Firdaus memilih tauhu inti ayam kegemarannta - RM7.00.
Beli juga nasi khao mok - RM10.00.
Kuih Rangin Pandan |
Kuih-muih zaman sekarang bentuknya comel-comel. Pendek kata saiznya kecil dan sbab itu nampak comel. Seketul kuih hanya perlu dua kali gigitan sahaja. kalau mulut luas sikit, bolehlah masuk seketul sekali ke dalam mulut!
Pemandangan di laut LD (Teluk Darvel) pada pukul 6:45 pagi. |
Muka senyum orang belum mandi! |
Pukul 7:30 pagi kami sudah sampai rumah. Firdaus tukang buka pagar. Nampaklah mukanya yang kusut masai dengan rambut keringnya! Pukul10:00 pagi nanti Firdaus akan menghadiri kelas tuisyen. Kenalah sarapan dulu.
2 comments
Meriahnya sarapan Daus...
BalasPadamTak mandi pun handsome & senyum manis..
Kuih rangin tu saya paling suka..
Putu beras tu belum pernah jumpa sbb kat sini putu beras warna putih jumpa time raya ja..hihihi
Seronok ye Firdaus ikut Mommy pi Pasar Tani..kalau SA mmg leka la kat Pasar Tani kak..memang cari makanan yg jarang jumpa
BalasPadam