Sembang Adik-Beradik di Dapur Sambil Makan Kacang Pool
8:30 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Masih lagi cerita di kampung laman.
Sewaktu kita pulang ke kampung, semua adik-beradik dan anak-anak buah datang berziarah di rumah Bonda. Adik Wi datang bawa tiffin tiga tingkat berisi kacang pool yang sudah direbus. Meratahlah kami bersama Wak Niah, Wak Kanang, dan Adik Chah di dapur.
Pada masa yang sama, Abang Farid datang bersama Aseeyah dan Hamzah. Seronok sangatlah cucunda kita ditimang-timang bertukar tangan dari nenda ke nendanya! Buyut pun nampak ceria bermain dengan cicitnya.
Kacang Pool Rebus - ada isi merah dan ada isi kuning. |
Adik Wi bawa juga peria. Kelmarin kita hendak masak, tapi tak sempat!
Dan dibawanya juga buah betik yang sudah masak ranum. Sebahagiannya Wak Niah buat jus. Kalau bubuh yogurt dan susu segar, jadilah smoothie. Teringat waktu kita alahan mengandung Abang Farid, hanya smoothie sahaja yang beoleh masuk perut! Jenuhlah Encik suami beli smoothie , segala jenis buah dari epal sehinggalah ke smoothie betik!
Sup Ekor |
Sambil makan kacang pool, sambil makan nasi. Makanlah dengan baki lauk-pauk yang ada. Ikan goreng pun banyak. Ada telur dadar dan sambal belacan.
Sup Kerang |
Masak Rebus Ikan Kembung |
Makan pula keropok amplang.
Menjelang petang, goreng kuih masala vadai dan karipap inti sardin dan inti kentang yang Wak Kanang bawa.
8 comments
Kacang pool tu ada kulit ke macam kacang tanah rebus?
BalasPadamYa, ada kulit.
PadamRasanya lebih lemak berbanding kacang tanah rebus.
Kami panggil kacang poi...
BalasPadambetul pun kami sebut betoi...hihihi
Ralit makan kacang ni sebab kebanyakan isinya sebiji sebiji kan..jarang yang ada dua biji
Betoi tu Mana Cella.
PadamIsinya hanya sebiji. Sesekali jumpa dua ketoi....🤭😂
Masa jalan ke pasar di Penang hari tu ada jumpa kacang poi ni, Pak Inche kata, nilah kacang yg buat kacang pool tu, tapi rasa ralat pulak tak beli. Tak beli tu sebab kata PI takut busuk simpan lama2.
BalasPadamMungkin jenis kacang yang tak boleh simpan lama. Adik Wi suka beli kacang ni kalau balik Kedah.
PadamOh ini yg rebus ya kak Amie. Biasa saya lihat kacang pool yg nampak macam ada kuah, telur 😄. Saya penasaran sangat soalnya pengin rasa.
BalasPadamKalo ngobrol, sambil makan amplang, beuughhh lupa nanti, tau2 dah habis stoples 🤣🤣. Suka betuuul saya dengan amplang ini .
Ya, inilah kacang pool yang biasa diolah dan dimakan bersama roti dan telur.
PadamMemang tak sedar habis setoples amplang sambil sembang-sembang.