Meriahnya Sarapan di Crown Plaza Hotel, Islamabad
9:16 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah. Hari ini hari Jumaat 20 September 2024 dan merupakan hari terakhir kami berada di Pakistan. Walaupun rasa seronok dengan setiap pengalaman baharu di Pakistan tetapi rasa rindu hendak balik ke tanah air tetap menguasai jiwa!
Pukul tujuh pagi, kami sudah berada di dewan makan. Aneka menu disediakan, menyambut kedatangan kami untuk menjamu perut. Selain pelbagai jenis pastri dan kek, hidangan yang lain termasuklah:
- Khageena - Pakistani Spicy Scambled Egg
- Chicken Nihari
- Channy
- Halwa Puri
- Nan / Paratha
- Poridge
- Telur
- French Toast
- Beef Sausages
- Dan lain-lain
Sepanjang berada di Pakistan walaupun dalam masa yang agak singkat, dapatlah juga kita berkenalan dengan menu yang dihidangkan. Kali ini kita jumpa menu khageena dan chicken nihari.
Chicken Nihari ialah rebusan ayam berasaskan tepung berempah yang dibuat dengan bawang goreng, yogurt, halia, bawang putih, dan tepung gandum. Aroma nihari ayam terhasil daripada adunan unik rempah India yang terdiri daripada biji adas, jintan manis, ketumbar, buah pelaga, cili merah dan rempah ratus biasa yang lain
Amie terlupa ambil gambar Chicken Nahari sebab sibuk rakam video! Bolehlah tengok rupa Chicken Nahari dalam video kedua yang dikongsikan di bawah nanti.
Hendak ucapkan Selamat Tinggal Pakistan, masih ada masa lagi untuk jalan-jalan sebab penerbangan kami dijadualkan pada sebelah malamnya. Jadi bak kata Shades: Jangan Diucap Selamat Tinggal!
Cuma kita tinggalkan beg masing-masing di depan pintu untuk dibawa turun ke lobi oleh pekerja hotel.
Mari kita sarapan dulu.
Jom tengok menu sarapan.
Chicken Nihari ada di sini.
Mango Juice & Sweet Lassi |
Ada mango juice dan sweet lassi. Ini kali pertama kami jumpa lassi sepanjang berada di Pakistan. Lassi merupakan minuman tradisional berasal dari India dan Pakistan dan popular di Sri Lanka dan Bangladesh. Lassi diperbuat dari campuran yogurt dan susu. Ada juga yang suka menikmati lassi dengan campuran rempah dan buah.
Sweet Lassi pula diperbuat dari yogurt yang dicampur dengan susu, gula dan sirap air mawar. Ada yang meanmbahkan jus lemon atau jus buah bahkan ada yang menambahkan kunyit.
Bismillah. |
Kejutkan perut dengan jus mangga.
Kalau tidak ingat perut dan perjalanan jauh, memang hendak minum bergelas-gelas!
Selalu jumpa perkataan 'Channa' tetapi kali ini perkataan 'Channy' pula pada label hidangan. Sama la tu kot maksudnya kan, kari kacang kuda. Inilah salah satu menu yang pasti dirindui. Kenalah cari di kedai makan Pakistan.
Kek Pisang & Honeydew. |
Bubur & Sosej |
Cuba makan bubur, ambil sedikit tetapi tidak ambil aksesori yang disediakan kerana sangat berbeza dengan bubur yang dihidangkan di hotel di tempat kita. Memang teringin hendak cuba makan bubur sejak bermalam di Lahore. Melihat bahan lauk bubur terdiri daripada hirisan limau nipis, halia segar dan cili hijau, rasanya belum boleh terima untuk kunyah hirisan halia! Kali ini cuba jugalah, mana tahu balik LD nanti teringat-ingat pula. Amie tidak ambil lauk-pauk yang disediakan tetapi Amie ganti dengan sosej dan hirisan daun sup sahaja. Buburnya pula rasa seperti oat.
Honeydew yang sangat manis. |
Oleh kerana honeydew sangat manis, ambil lagi dan makan lagi. Di Pakistan, honeydew dan tembikai memang manis! Sangat manis!
Gee & Amie |
Selepas bersarapan kami akan bertolak ke Lahore.
Sempat bergambar dengan Gee. Gee dulu bertugas di ladang yang sama di LD. Sekarang Gee bertugas di negeri kelahirannya, Terengganu. Kalau tak silap Gee pindah dari LD pada tahun 2012. Bermakna sudah 12 tahun kami tidak jumpa.
Adinda berbaju biru yang kita pegang lengannya itu pun pernah bertugas di LD tapi lain ladang. Jadi di Pakistanlah kami berkenalan.
Perjalanan ke Lahore melalui Punjab dan kami disuguhi pemandangan hijau saujana mata memandang. Di hati berharap, andainya ada rezeki bertandang lagi ke sini, mudah-mudahan ada peluang untuk turun ke sawah melihat pokok padi bashmati dan bergambar dengan kerbau!
0 comments