Mendengar Deru Air Terjun di Jaglot Kala Senja
12:39 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Mumtaz Khan berhentikan van di Jaglot, sebuah bandar kecil di wilayah Gilgit-Baltistan Pakistan. Selain tujuan qadha hajat, kami ambil kesempatan melihat air terjun yang terletak bersebelahan dengan Gloria Night Restaurant. Rasa sejuk mata dan tubuh badan melihat kejernihan air terjun di sini. Bersih tak tercemar!
Jaglot sangat istimewa kerana mempunyai kedudukan yang unik sebagai tempat pertemuan banjaran gunung Himalaya, Karakoram dan Hindu Kush. Jaglot turut menghubungkan Gilgit dengan Lebuhraya Karakoram, memudahkan ekspedisi ke beberapa destinasi pergunungan yang paling menakjubkan di dunia.
Bersihnya air terjun!
Kongsi gambar rakan Trip Pakistan menikmati minuman petang sambil menikmati deru air terjun. |
13 comments
Subhanallah cantiknya alam di sana. Best lah baca trip Kak Amie ni. Ralit tengok semua foto.
BalasPadamBanyak tempat cantik di Pakistan ni Mulan.
PadamSubhanallah....kak Amie bawa kita cuci mata tengok air terjun pulak..lawanya...puas hati cuci mata kali nie....ya Allah
BalasPadamMemang banyak air terjun di sini Linda. Kalau kami lalu lereng gunung memang jelas kelihatan air terjun dari celah-celah batu gunung.
Padamcantik view air terjun tu
BalasPadamBersih juga kan Mama Tisya.
PadamTerbayang ya kak, deras airnya, tp jernih dan bersih. Beruntung sungguh Orang2 yang tinggal di sana bisa melihat view seperti ini setiap hari
BalasPadamYa, alam sekitarnya masih terjaga, jauh dari pencemaran.
PadamBersihnya... terasa sejuk pula.
BalasPadamKalau kat Malaysia dah penuh dengan orang mandi-manda.
Memang ketika ini saya terbayang air terjun di tempat kita penuh sesak dengan pengunjung.
PadamCantiknya, dah lama sy tak ke air terjun.
BalasPadamSaya pun tercari-cari kawasan air terjun mana hendak saya kunjungi di tempat kita.
PadamSuka ikut Kak Amie jalan- jalan, mesti sejuk kat area air terjun ni...
BalasPadam