Beli Tomato Kampung & Daun Kemangi di Pasar Tani
10:33 PGBismillahirrahmanirrahim.
Orang kata lain padang lain belalang. Lain pasar lain jualan.
Di Pasar Tani LD susah sangat hendak jumpa ulam-ulaman kampung (pelbagai jenis) seperti di pasar tani atau pasar pagi di tempat kita. Maklumlah, lain tempat lainlah sumber makanannya. Ada juga sayuran kampung seperti pucuk ubi, pucuk paku, batang keladi, rebung buluh, dan juga pelbagai jenis buah-buahan seperti pisang, jambu, nangka dan seumpamanya. Paling banyak dijual sudah tentulah lokan, siput dan tiram.
Pagi ini kita beli:
- Tomato Kampung
- Daun Kemangi
- Terung Pipit
- Bunga & Pucuk Betik
Tomato Kampung & Daun Kemangi |
Tomato Kampung |
Terung Pipit |
Bunga & Pucuk Betik |
Sediakan bahan-bahan untuk buat sambal kemangi. |
Jom buat Sambal Kemangi! Sambal ini sedap dengan aroma kemangi. Enak digandingkan dengan sayur bening daun bayam campur jagung atau labu dan jangan lupa hidangkan bersama ikan basung / sardin / selayang goreng!
3 comments
Macam terbau bau aroma sambal kemangi di LD...
BalasPadamTerliurnya bunga kates tu cikgu
Bestnya Kak Amie...SA nak cari terung pipit tu la nak buat sambal berlada..
BalasPadamSukalah tomato kampung tu sebab teksturnya lebih padat.
BalasPadam