Sarapan Apa di Pagi Minggu?
10:04 PGBismillahirrahmanirrahim.
Seawal pukul enam pagi tadi Firdaus sudah ke padang permainan untuk bermain futsal bersama rakan-rakannya. Tinggallah kami berdua berpandang-pandangan di antara satu sama lain. Marilah cari sarapan! Kita ke Pasar Tani LD pula. Ketika sampai di simpang, Encik Suami halakan kereta ke Warung Al Amin.
Eh, kita hendak ke mana ni?
Bukan sarapan di sinikah?
Kita ke Pasar Tani LD!
Oh, ingatkan hendak sarapan di sini.
Tak tahulah Encik Suami sengaja hendak singgah sarapan di Warung Al Amin atau memang tidak ambil perhatian apa yang kita katakan. Kita kata: Jom cari sarapan di Pasar Tani LD.
Sebelum pukul lapan pagi, kami sudah sampai ke rumah. Firdaus belum pulang dari bermain futsal. Pukul 9:30 nanti Encik Suami akan hantar Firdaus bersama Khalid ke pusat tuisyen.
Alas perut kami yang dibeli di Pasar Tani LD:
- Ubi Rebus & Kelapa Parut
- Laksa Asam
- Gado-Gado
- Sate Ayam & Daging
Ubi Rebus & Kelapa Parut & Ikan Kembung Pelaling Goreng |
Seco'et saja kelapa parut atas ubi rebus! Ada beberapa ekor ikan kembung pelaling goreng lebihan lauk makan malam, Amie bubuh dalam pinggan ubi rebus. habis tiga ekor ikan koita ratah bersama ubi rebus. Sedap sungguh rasa ikan goreng yang sudah 'mengibap' semalaman. Aromanya mengingatkan kenangan zaman kanak-kanak yang penuh nostalgia terutamanya ketika sarapan ubi rebus dengan ikan goreng! Aduhai.... sedapnya ikan kerisi, ikan gelama kepala batu dan ikan belanak goreng!
Ubi Rebus & Kelapa Parut & Gula Pasir |
Gado-Gado |
Encik Suami sarapan gado-gado. Banyak keropok berbanding sayurannya.
Laksa Asam |
Laksa Asam ini kita tambahkan hirisan daun salad dan bawang serta cili padi.
Sate Ayam & Daging |
Kami belikan sate ayam dan daging untuk Firdaus. Rupanya Firdaus sudah makan nasi lemak di padang permainan. Katanya sudah kenyang makan dua bungkus. Jadi, kita pun suruh Firdaus bersihkan diri, mandi dan bersiap untuk ke pusat tuisyen. Balik nanti boleh makan sate. Tengah hari ini kita tak masak. Nampaknya gantung periuk sahajalah sebab kami akan menghadiri majlis kahwin di Seri Perdana.
Kawan-kawan sudah sarapan ke belum?
15 comments
Wah Amie. macam2 ada tu. sure tengahri mkn pun lewat nnt.
BalasPadamTak makan tengah hari di rumah. Kami pergi majlis kahwin.
Padammenu pertama sedap tu kak.. sesuai dengan musim tengkujuh di pantai timur sekarang.
BalasPadamMusim tengkujuh perut asyik lapar Lady hihihii.
PadamWak sarapan nasi lemak sambal telur puyuh air tangan pnis3.
BalasPadamKebetulan anak cucu pun ada kat rumah.
Alhamdulillah.
PadamRezeki sungguh tu Wak, tambah ada anak cucuk pula.
Saya sarapan ungkep ubi...tapi terhangus dek leka mentelaah handphone🤣
BalasPadamSedapnya ungkep ubi. Berpuluh tahun rasanya saya makan tu Mama Cella.
PadamSaya pun kalo makan gado2 lebih banyak kerupuk kak 🤣🤣. Itulah yg buat nikmati ada suara keriuk2 kerupuk udang hahahaha.
BalasPadamGado-gado dengan keropok berpisah tiada. Bukan gado-gado namanya tanpa keropok kan Fanny.
PadamBanyak keropok dalam gado² berbanding sayur itu nampaknya mengelat ke atau dia mmg bagi extra keropok, hihi.
BalasPadamDulu-dulu beli gado-gado memang banyak sayur. Sekarang gado-gado hanya timun, kacang panjang dan sedikit tauhu goreng. Tidak ada kangkung seperti selalu. Keropok pula yang banyak!
PadamKalau dulu ubi rebus dengan kelapa dan ikan kembung / ikan masin.....mertua sarapan sebelum buat kerja bendang.
BalasPadamSuka tengok ubi rebus tapi tu la..x bleh makan plak...
BalasPadamkat sana sate, nasi impit, timun bawang tu dia jual asing ek kak?
BalasPadam