Berkongsi Itu Mengasihi : Yang Mengasihi Sanggup Berkongsi
9:33 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Gambar sudah lama tersimpan, tetapi kenangan tetap segar dalam ingatan. Cerita sudah berlalu pada 06 Mei - 08 Mei 2024 lalu ketika Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah. Tahun-tahun sebelumnya Amie bertugas sebagai hakim acara padang. Kali ini beralih peranan sebagai AJK Makanan pula.
Kami memesan makanan untuk ahli ladang melalui kantin sekolah. Selama tiga hari bertungkus-lumus di padang, kami agihkan sarapan pagi berupa bihun goreng pada hari pertama, nasi kuning pada hari kedua dan nasi lemak pada hari ketiga. Minumannya pula teh O sahaja.
Pada hari pertama, kita bawa kuih raya. Kebetulan waktu itu penghujung Hari Raya Aidil Fitri. Masih ada saki baki kuih raya.
Kuih Raya Aidil Fitri 2024 |
Biasanya begitulah.
Kena ada yang memulakan.
Hari kedua, barulah nampak meriah.
Beberapa orang rakan sumbangkan kuih-muih.
Ada yang membawa minuman panas berupa nescafe susu dan teh susu.
Terima kasih kepada rakan-rakan yang bermurah hati, berkongsi makanan dan minuman.
Karipap. |
Lumpia. |
Karipap lagi. |
Nona Manis Jagung. |
Donut. |
Popia Sira. |
Kuih Kacang |
Jeruk Madu Pak Ali. |
Hari ketiga kita bawa Jeruk Madu Pak Ali. Fuad yang bawa dari Pulau Pinang. Bawa juga saki baki kuih raya yang ada seperti di bawah ini.
Kuih Raya. |
Kuih Nona Manis. |
Rakan-rakan lain bawa kuih-muih.
Karipap. |
Kuih Cempiang. |
Karipap. |
Kuih Kasturi & Onde-Onde |
Bingka Labu. |
Pulut Pedas. |
Lumpia. |
Berkongsi itu mengasihi.
Yang mengasihi sanggup berkongsi.
Semoga semakin tambah rezeki.
Amin.
3 comments
Seronok erk jadi cikgu
BalasPadam1st time dgr lumpia..yg lain2 tu biasa dgr
BalasPadamLumpia tu saya tak pernah dengar dan makan. Banyaknya kuih muih.
BalasPadam