Resipi Coleslow Yang Sedap : Buat di Dapur Sendiri
8:41 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Kita hendak kongsikan resipi coleslow yang kita rasa cukup rasa keenakannya ketika menikmatinya sewaktu berkelah di Hutan Rekreasi Taliwas hari Ahad lepas. Kita pernah paparkan resipinya dalam entri di sini:
Biasanya kita hanya sediakan coleslow untuk keluarga sendiri dan untuk rumah terbuka atau majlis makan-makan bersama sanak keluarga. Paling banyak pun hanya guna dua hinga tiga kilogram kobis sahaja. Kali ini kita sediakan dalam kuantiti yang agak banyak. Kita gunakan lima kilogram kobis. Boleh tahan jugalah lenguhnya tangan menyagat dan mencincang kobis. Orang kata kalah membeli menang memakai. Dalam hal menyediakan coleslow ini memang penat menyiapkannya tetapi berbaloi apabila sedap rasanya!
Coleslow. |
Coleslow berada di dalam tupperware hijau besar di bahagian bawah. Tupperware atas berisi sayap ayam perap dan tupperware hijau di sebelahnya lagi berisi salad. |
Kobis |
Lain orang lain resipi coleslownya. Ini resipi yang kita cuba berkali-kali dan memang tidak pernah mengecewakan.
Bahan-bahan:
- 5 kg kobis putih - sagat / cincang
- 1 batang lobak merah - sagat / cincang
- 1 liter yogurt asli
- 1.1 liter mayonis
- 3 biji bawang besar - sagat / cincang -
- 3 biji lemon - ambil jusnya
- garam secukup rasa - anggaran satu sudu besar
- gula pasir secukup rasa - anggaran 2 cawan
Jus lemon, garam dan gula boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa. Ada yang suka coleslow sedikit masam, ada yang suka rasa manis. Pandai-pandailah ikut sukatan sendiri mengikut selera.
Cara penyediaan:
- Gaul rata semua bahan hingga sebati.
- Simpan semalaman di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
Mayonis |
Yogurt Asli |
Lobak Merah |
Lemon |
Bawang Besar - boleh gunakan bawang merah besar atau bawang Holland. |
Coleslow sudah sedia untuk dinikmati. |
Seronoknya berkelah bersama keluarga penoreh dari ladang getah!
Makan coleslow dengan kambing dan sayap ayam panggang.
11 comments
Ok nak coba buat. Tinggal beli yoghurt dan lemon dulu. Coleslaw ini kdg saya suka, kadang tak. Tergantung seller yg buat. Pernah ketemu yg sedap, tp pernah juga yg tak sesuai selera.
BalasPadamColeslow hasil air tangan sendiri memang sedap dan memenuhi citarasa.
PadamBetul tu Fanny. Beza tempat memang kadang-kadang ada beza rasa juga.
Saya tertarik juga dengan koleksi Tupperware tu 😊
BalasPadamHeheeee.... kita ni tak habis-habis dengan koleksi tupperware kan Faizah.
PadamSedapnya coleslow, sy suka!
BalasPadamJemput SK.
Padamada ayam goreng ni.... perrghhhh mmg 👍👍👍👍
BalasPadamAduiii Anies.
PadamNostalgia zaman dulu makan ayam goreng dengan coleslow ni....
sedapnya layan dengan kentang putar. yum yum yum
BalasPadamSemuanya macam nostalgia lalu... ayam goreng, coleslow, kentang putar!
PadamSelalunya SA makan coleslaw yang jenama kena boikot tu...tapi buat sendiri x pernah lagi...
BalasPadam