Makan Nasi Lemak Asam Pedas Tomyam Sotong di Bungkus Kaw Kaw Subang Airport
9:38 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Sabtu, 02 November 2024. Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.
Selesai urusan daftar masuk bagasi, layan Hamzah yang nampak suka sangat melihat suasana di ruang pelepasan. Melihat arah food court, teringin pula hendak duduk di salah sebuah tempat makan. Kerusi meja pun banyak kosong. Sementara menunggu untuk masuk ke sempadan pintu pelepasan, eloklah isi perut dahulu. Sebenarnya sewaktu di rumah, kita tidak makan nasi, hanya makan ayam goreng, udang serta buah sahaja.
Kami memilih untuk menjamu selera di Bungkus Kawa Kaw!
Jom kita lihat apa yang kaw kaw itu.
Nasi Lemak Asam Pedas Tomyam Sotong |
Cantik betul dekorasi Bungkus Kaw Kaw!
Pertama kali melihat Bungkus Kaw Kaw, terus pahatkan di hati akan ajak Encik Suami datang ke sini apabila balik bercuti tahun depan. Walaupun tidak turun atau naik pesawat di sini, tapi saja jew hendak jalan-jalan cari makan. Mungkin tidak ke Bungkus Kaw Kaw tapi boleh ke gerai lain yang memang nampak menunya sangat menyelerakan!
Nampak unik sungguh susunan koleh di bahagian atas. Berwarna-warni dan menarik pandangan mata. Di bahagian bawah pula tersusun bungkusan nasi lemak pelbagai jenis lauk.
Di rak paling bawah ada beberapa bungkusan kuih tradisional.
Sekali pandang, memang harga kayangan tingkat ketujuh! dua gulungan kuih ketayap sahaja sudah berharga RM4.70 sen. Sedang kita terfikir-fikir mungkin rasanya pun macam kuih dari syurga, tiba-tiba dua orang pelancong kulit putih mengutip satu persatu kuih yang ada!
Kita hanya sempat ambil gambar sahaja... ahaks!
Tak apalah, lain kali boleh datang lagi. Barangkali minah saleh tadi teruja melihat kuih-muih yang comel-comel itu.
Nasi lemaknya pun banyak jenis lauk yang boleh dipilih.
Pada mulanya kita sangka koleh-koleh ini hanya hiasan semata-mata.
Rupa-rupanya dijadikan tempat letak minuman ikat tepi.
Cantik sungguh. Memang nampak kreatif.
Kami memesan:
- Nasi Lemak Asam Pedas Tomyam Sotong
- Nasi Lemak Sambal Udang
- Bihun Siam
- Chrysanthemum Tea (Warm) - 25% sugar
- Longan - 25% sugar
- Barley (Warm)
- Barley Limau (Hot) - 25% sugar
Longan Ais |
Nasi Lemak Asam Pedas Tomyam Sotong & Nasi Lemak Sambal Udang |
Abang Farid - Nasi Lemak Sambal Udang RM9.60
Nasi Lemak Sambal Udang - tak kedekut udang - ditutup sambal. |
Amie - Nasi Lemak Asam Pedas Tomyam Sotong RM11.90 |
Kita pun teruja hendak tahu apa rasa Nasi Lemak Asam Pedas Sambal Sotong. Ada rasa lebih masam berbanding sambal nasi lemak biasa, sesuai dengan namanya Asam Pedas Tomyam Sotong. Pandai pencipta resipi sesuaikan rasa dengan nasi lemak. Juga tak kedekut sotong. Banyak sotong di bawah sambal.
Cantik bihunnya. Ada sebiji limau kasturi di bawah telur rebus dan hirisan ayam. |
Harapnya, tidaklah terlupa untuk datang ke sini lagi pada masa akan datang untuk jalan-jalan cari makan.
20 comments
Unlce pun pernah try kat bungkus kaw kaw ni....
BalasPadamSaya baru cuba sekali. Itupun sebab nampak depan mata di Subang Airport.
PadamKot tersinggah Setia City Mall, kat situ ada Bungkus Kaw Kaw juga.
BalasPadamAda singgah di Setia City Mall dengan Wak Aton tapi tidaklah meronda di tempat makan
PadamMinggu lepas & dua minggu lepas ke KLIA 2 nampak la Bungkus Kaw Kaw ni tapi tak rasa nak makan.Ni dah baca review cikgu rasa nak makan pulak..hihihi
BalasPadamSinggah sebab tertarik dengan dekorasi dan cara pengajiannya yang simple tapi menggamit selera.
PadamAda lalu few cafe ni tapi tak masuk2, boleh try next time, nampak sedap.
BalasPadamYa, memang sedap makanannya dan banyak pilihan minumannya.
PadamUnik ni nasi lemak regu dgn asam pedas...
BalasPadamBerkenan la jugak dgn koleh tu :)
First time jumpa nasi lemak lauk begini. Ok juga rasanya, sambal lebih masam ke arah rasa asam pedas dan tomyam.
PadamLawa-lawa kolehnya kan PH.
Makan belum cuba lagi.. Tapi, air nya dah pernah cuba... Teringin cuba haritu sebab tengok packaging nya yang menarik.. Rupanya, terpakai kalau dine in saja... Kalau bungkus, pakai cup je..
BalasPadamBestkan kalau boleh tu boleh kita bawa keluar hihihiii.
Padamkita tak pernah sampai lagi kedai ni....
BalasPadamKita sampai sini sebab kebetulan naik pesawat dari Subang.
PadamMemang kaw-kaw sungguh menu-menunya, Kak Amie.
BalasPadamMenunya simple tapi kaw kaw jugalah hehehee.
PadamPernah pergi bungkus kaw kaw ni cumaa harga dia agak mahal sikit..hihihi..
BalasPadamsesekali tu teringin boleh la..hehehe
Ya, yang saya tengok kuih tu memang harga kayangan.
PadamSaya sukaaaa sangat bungkus kaw kaw ini kak Amie. Sempat coba di KLCC. Semua yg kami pesan sedaap. Teh tarik, Milo, nasi lemak, bihun sampai kue2. Padahal kuenya pun ada juga di Indonesia, tp memang menarik mata cara mereka sajikan. Warna pun cantik.
BalasPadamNanti kalo ke KL lagi nak kesitu lagi. Dec saya ke KL tapi hanya transit KLIA. Tak tahulah di KLIA ada atau tak. Berharap juga ada.
Tak sempat saya hendak merasa kuihnya. Nanti lain kali boleh datang lagi.
PadamDengarnya di KLIA ada juga Bungkus Kaw Kaw tapi tak tahulah bandara mana satu, KLIA1 atau KLIA2.