Makan Tengah Hari Sebelum ke Subang Airport
6:47 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Kelmarin, hari Sabtu kita akan terbang dari Airport Subang pada pukul 4:10 petang. Bonda suruh masak awal supaya boleh makan tengah hari sebelum gerak ke lapangan terbang. Abang Farid datang dari Gombak untuk hantar kita.
Jadinya kalau ada Abang Farid memang kenalah ada ayam goreng! Bonda pula suruh kita masak sayur bening pucuk kacang campur daun soh dan kita tambahkan pucuk kangkung. Memang ada bezalah aroma sayuran segar sewaktu kita masak. Wangi!
Hidangan Tengah Hari |
Sup Betik & Ayam |
Kita pula tidak sabar hendak hirup sup betik campur ayam. Lauk lain belum masak, tapi Bonda pula yang hendak cepat-cepat hirup sup betik. Tambahkan bawang goreng dengan daun sup, pesan Bonda!
Rasa sup betik yang baru dipetik dari pokok memang ada beza dengan betik yang sudah lama dipetik. Terasa manis semula jadi dalam kuahnya dan aromanya harum ketika direnih!
Sayur bening campuran pucuk kacang, daun soh dan kangkung. |
Udang Rotan @ Bemban Tumis Pedas |
Amie masak tumis pedas udang rotan @ bemban. Jadi, tak perlulah buat sambal belacan. Ada sambal tomato dan kicap lada juga.
Ikan gelama goreng garam kunyit. |
Tidak ketinggalan goreng ikan gelama jenis kepala batu. Nampaknya pulang kali ini setiap hari ada ikan goreng terutamanya ikan gelama. Ikan jenis inilah yang termampu Ayahanda dan Bonda sediakan untuk kami sewaktu kecil. Dapat ikan goreng gelama memang sudah terasa berada di pintu syurga. Maklumlah, rakyat marhaen sebagai penoreh getah zaman itu hanya mampu makan ikan masin sahaja.
Ayam Goreng Celup Tepung |
Bismillah. |
Adik ipar datang bawa pisang empat puluh hari. Katanya nanti bolehlah Abang Farid bawakan untuk mentuanya di Gombak. Selebihnya, bolehlah dibahagi-bahagikan kepada jirannya. Rezeki Abang Farid, Wak Niah pun bekalkan buah naga dengan buah mangga.
Pukul 12:40 tengah hari kami berangkat ke Airport Subang.
8 comments
Yg saya suka juga tiap kali mudik ke kampung Sibolga. Lauk seafood melimpah, murah dan segar. Itu enaknya kalo tinggal daerah pesisir pantai. Seafood selaku ada dan segar. Murah pula. Tak macam jakarta . Yg kebanyakan beku.
BalasPadamBuah dan sayur pun tinggal petik ya kak Amie ❤️
Rezeki tu gagal di kampung. Ikan pun murah, apalagi buah dan sayur ada di kebun. Memang tinggal petik saja untuk dibuat sayur.
PadamNampak menyelerakan lauk pauk kampung yang pastinya kena dengan tekak anak kampung macam kita😍
BalasPadamOrang kata belut pulang ke lumpur. Begitulah anak kampung. Sejauh mana merantau, lauk-pauk kampung juga yang dicari.
PadamCantik kejadian sayur bening kangkung & daun soh tu. Simple tapi menyelerakan dgn sedikit taburan cili padi merah yg comel2 menjadikan menu ini nampak hidup & tidak hambar.
BalasPadamKalau hendak pedas, picit-picit saja cili padi tu hihihiii
PadamSuka tengok warna-warni makanan setiap kali Kak Amie balik Tanah Malaya.
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamMasak seadanya SK.