Memborong Pakaian & Kacang Pistachio di Islamabad
9:31 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Malam terakhir di Pakistan, tour guide akan membawa kami ke mall tetapi kami menolak. Kami mahu ke bazaar sahaja. Seronok sangatlah sebab tak cukup mata melihat pelbagai jenis pakaian, pashmina dan macam-macam lagi.
Masing-masing membawa hasil untuk dibawa pulang. Semuanya tidak lepaskan peluang beli baju Pakistani salwar kameez yang sudah siap. Balik ke tanah air hanya tinggal pakai sahaja. Alhamdulillah, ada juga saiz yang sepadan dengan kita.
Oleh kerana masa yang diberi sangat singkat, jadi kami tidak boleh berlama-lama di sini. Asal berkenan di mata, terus sambar dan bayar saja.
Kami jalan-jalan lagi melintasi pasar sayur. Eh, ada lembu dan ayam! Kemudian kami berhenti melepas lelah (sebab jalan laju0laju dan agak jauh pula tempatnya dari van) dengan memesan minum jus buah. Kami minum jus buah mangga.
Sambil sedut jus mangga, kami singgah di kedai kekacang. Oleh kerana sudah tersuka dengan kacang pistachio dari Iran, jadi Amie tidak pandang kacang lain, beli kacang pistachio itulah sahaja untuk oleh-oleh.
Kacang Walnut |
Kacang Pistachio Iran |
Amie beli kacang pistachio Iran. Ada beza rasa kacang pistachio Iran dengan kacang pistachio Pakistan. Kacang dari Iran ada rasa masin sedikit dan kulitnya lebih keras sampai kuku ibu jari kita ikut terkopek sewaktu membukanya! Amie beli di Gilgit dan beli di Islamabad. Semuanya tujuh kilogram. Sepanjang perjalanan dari Gilgit sehinggalah ke KLIA1, habis satu kilogram makan bersama kawan-kawan.
Mixed Dried Fruit |
Amie beli juga kacang campur-campur sebanyak dua kilogram. Ada kacang walnut, kacang pistachio, kacang badan, kacang tanah, kacang gajus dan aprikot.
Kesemuanya Amie masukkan dalam beg sandang.
Sewaktu solat di Lahore Airport, Nano jaga beg kita dan angkat letak di atas kerusi. Kata Nano, beratnya beg macam bawa batu!
1 comments
wahh balik Malaysia boleh la pakai salwar kameez sambil kunyah pistachio kan Amie..
BalasPadam