Makan Tengah Hari di Bangunan Antik dengan Lukisan Zaman Mughal di Restoran Haveli, Lahore, Pakistan.
6:25 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Pukul 13:45 kami jejak kami ke Haveli Restaurat di Lahore.
Suhu sangat tinggi ketika itu. Sebelum sampai ke Lahore, van berhenti di RnR dan Amie sempat melihat bacaan suhu di HP setinggi 40'.
Haveli Restaurant |
Menurut ceritanya, Restoran Haveli di Lahore, Pakistan ini merupakan sebuah restoran yang telah diubah suai dan dipulihkan oleh saudara Habib Khan dan Tariq Khan.
I LOVE LAHORE
Pintu masuk ke Haveli Restaurant. Ada replika singa dan dawai kawat di atas tembok.
Kami melintasi beberapa tempat makan untuk sampai ke Haveli Restaurant.
Nun di hadapan sana, bangunan berwarna kuning itulah Haveli Restaurant.
Kedudukan Haveli Restaurant di Haveli Khalil Khan merupakan mercu tanda seni bina Jalan Makanan Fort Road di Lahore. Restoran Haveli menawarkan pemandangan yang luar biasa iaitu Masjid Badshahi yang terkenal dibina oleh Maharaja Moghul Aurangzeb pada 1673 dan kekal sebagai masjid terbesar di dunia selama lebih 300 tahun.
Restoran ini terletak di dalam bangunan antik dengan lukisan zaman Mughal. Ada yang mengatakan restoran itu menyajikan masakan Pakistan terbaik di bandar ini.
Jom melangkah masuk ke Haveli Restaurant.
Kami tidak berlama-lama di tingkat bawah ini, hanya melaluinya saja untuk ke restoran yang berada di tingkat atas.
Tangan tetap gatal hendak ambil gambar. Jadi tangkap sajalah mana yang sempat. Takut pula tertinggal di belakang, hilang pula kawan-kawan dari pandangan!
Kalau sudah namanya muzium sudah tentulah tempat letak barang-barang lama dan antik yang mempunyai kesan sejarah.
Kalau tak silap hanya empat atau lima orang sahaja yang boleh masuk lift untuk ke tingkat atas. Kecil sahaja ruangannya.
Terserlah kehebatan hasil kreativiti ahli seni bina zaman dahulu.
Cantik sungguh lukisan pada dinding bata.
Ruang makan restoran sangat luas.
Pelanggan pun ramai, tapi kita tak mahu ambil gambar mereka...hiks!
Seperti yang berlaku di restoran pizza kelmarin, nampaknya hari ini perkara yang sama akan berulang kembali. Sudah lebih setengah jam, makanan belum sampai-sampai! Barangkali memang benarlah, mereka tunggu pelanggan sampai baru makanan dimasak. Tidak seperti kembara di negara lain, tour guide akan atur lebih awal seperti menelefon restoran atau kedai makan dan beritahu bas yang membawa pelancong akan sampai pada waku sekian-sekian. Jadi apabila sampai, makanan sudah tersedia!
Mari kita alih pandang ke luar melalui tingkap kaca. Tingkap restoran ditutup dengan bidai untuk menghalang panas terik matahari yang menembus masuk ke ruang makan. Jadi, kami tidak nampak pemandangan di luar. Rupanya kami duduk betul-betul berhadapan dengan Masjid Badshahi yang terkenal dibina oleh Maharaja Moghul Aurangzeb pada 1673 dan kekal sebagai masjid terbesar di dunia selama lebih 300 tahun.
Tengok muka kawan sebelah menyebelah nampak tidak ceria!
Gurauan pun nadanya tawar sahaja. Tak lucu kot bergurau tentang meja kaca yang nampak kasut kami semua... ahaks!
Kalau ambil gambar mesti senyum, kena pura-pura bahagia!
Semalam Jusna tidak dapat tidur lena, muntah-muntah sampai pagi kerana perut masuk angin gara-gara lewat makan. Maklumlah dari Skardu ke Islamabad, lepas solat maghrib baru dapat jamah pizza!
Kita pun terjangkit sama, sudah tunjuk muka hendak cari bantal saja!
Eh, tak seronok pula melihat keadaan begini. Baiklah bangun dari kerusi tengok-tengok keliling restoran. Mana tahu ada yang menarik untuk dirakam dalam HP.
Pukul 14:17 kita kembali ke meja makan.
Makanan belum juga sampai.
Makanan belum juga sampai.
Sabar sajalah!
Malam ini kita terbang balik.
7 comments
Singa dia nampak sedih la pulak...
BalasPadamSinga sedih nampak kami datang hihihii.
PadamInterior restoran haveli ini bernuansa vintage sekali Mbak.
BalasPadamKenapa Mbak dan teman-teman seperti tak bersemangat ketika duduk di restoran? Mungkin kecapaian atau ingin segera pulang ke Malaysia ya?
Salam,
Sudah lebih 40 minit menunggu makanan tidak sampai-sampai. Perut sangat lapar. Itu yang nampak tidak bersemangat.
PadamKenapa ya mereka tak bisa masak lebih dulu kalo dah dapat konfirmasi dari guide. JD memang Tak akan buang waktu. Atau Krn makanan belum dibayar guide Krn itu tak nak utk masak dulu? Tak habis pikir saya dengan cara masak saat customer datang. Terlalu lama memang.
BalasPadamPdhl tempat ini cantiiik. Saya suka bangunannya, warna kuning pula cat di luar. Eye catching sangat
Hiasan dalamannya cantik pun tak dapat mengubat perut yg sedang lapar, Kak Amie.
BalasPadamLaluan masuk agak suram cahayanya.. hati-hati nanti tertinggal sorang-sorang kat belakang huhu..
BalasPadam40 minit menunggu tu lama, harap makanan yang dihidangkan berbaloi dengan penantiannya.