Sarapan Mi Kari Sotong
12:15 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Pagi ini sejuk, hujan sepanjang malam. Jadi, tarik selimut.
Sunyi dan sepi.
Pukul 7:30 turun ke bawah. Panggil-panggil nama Encik Suami. Rupanya ada di belakang rumah, memeriksa buah anggur, buah mangga udang dan buah nanas. Katanya lagi, waktu kita masih tidur, dia pergi Taman Bandar LD untuk joging. Dapat empat pusingan, tapak kasutnya tertanggal. Baliklah ke rumah.
Kita ajak Encik Suami sarapan di Warung Al Amin. Hendak masak sarapan takut tak sempat siap sebelum Firdaus pergi tuisyen. Encik Suami setuju dengan syarat kitalah yang keluar belanja sebab kita yang ajak keluar. Wokey! No problem.
Amie - Mi Kari Sotong |
Kita sarapan Mi Kari Sotong. Banyak aksesorinya termasuk fisg cake, telur rebus, taugeh, sayur sawi, dan tahu keras.
Dua minuman coklat susu dan satu nescafe susu. |
Encik Suami - Bihun Goreng |
Firdaus - Nasi Kuning & Ayam Goreng |
Tambahan - Tauhu Berlauk RM1.00 seketul.
Minta bantuan Encik Suami untuk habiskan Mi Kari Sotong sebab kita nak fokus makan Tauhu Berlauk. Waktu kita hendak keluarkan duit, Encik Suami kata tak payah bayar. Biar dia yang bayar. Alhamdulillah. Kalau begini lain kali buat-buat malas masak sarapan. Boleh selalu cari sarapan di luar.
Jumlah keseluruhan RM27.50 sen.
Firdaus sempat ambil gambar kucing yang datang di bawah kakinya. Katanya, rupa kucing ini sama dengan salah seekor kucing peliharaannya yang hilang!
19 comments
mee sampai xnampak ya kak. hahaha sotong lagi menyerlah xD
BalasPadamYa, penuh dengan aksesori.
PadamAik? Uncle pun ambik gambar oyen hari ni... Sama la fikiran dengan Daus!
BalasPadamWah, di sini oyen, di sana pun oyen. Oyen di mana-mana.
PadamMeriah menu semuanya. Musim sejuk ni hujan je.
BalasPadamAlhamdulillah. Rezeki Allah.
PadamSedapnya mee kari
BalasPadamSedap Rabia. Jemput.
PadamSedap² semuanya... Harga pun tak mahal mana, mmg boleh buat² malas masak selalu ahahaha 😆
BalasPadamHahaaa....malas-malas manja gitu kan PH.
PadamFuh.. Menyelerakan betul mi kari sotong tu. Jarang nampak.
BalasPadamYa, biasa nampak mi kari 🍤🍤🍤 saja kan.
PadamNampak pekat elok kuah mee tu .Ok saya teka air tu walaupun tak diminta..2 coklat tu Daun & mommy..nescafe tu baba punya..🤭
BalasPadamYa, betul. 👏👏👏 Pandai Mama Cella teka.
PadamMemang senang macam ni, sarapan di luar sahaja walaupun kita yang kena belanja. Tapi, memnag hujung2nya nanti, orang tu jugaklah yg bayar, hahaha. Tak pernah jumpa mee kari ada sotong seekor macam tu, nampak menarik dan sedap.
BalasPadamItulah, sekali terpandang 🐙 sekor tenggek tak fikir dua kali nak makan.
PadamHahahahha awal2 saja minta traktir, tp terakhir tetap mentraktir istri ya kak 😄.
BalasPadamSaya nih masih belum rasa mee kari yg sedap. Yg saya coba di jakarta, rasanya belum sesuai selera, Krn too much oil.
Yg di Malaysia blm coba. Nantilah nak cari
Yg di Medan ada yg sedap katanya. Tp tuhlah, tak halal. Makanya masih penasaran
Saya selalu jumpa mi kari sedap tapi kalau mahu yang tersedap kena masak sendiri. Kawan saya tukang masak pernah ajar saya masak kuah mi kari tanpa santan.
PadamNampak sedap mee kari tu kak...
BalasPadam