Masuk Bilik di Hispar Hotel Skardu Pukul 01:12 Pagi
8:48 PGBismillahirrahmanirrahim.
Hispar Hotel hanya dua tingkat sahaja.
Kebetulan kami ditempatkan di aras bawah dan hanya berlenggang masuk ke bilik kerana beg-beg kami dibawa hingga ke hadapan pintu bilik oleh pekerja hotel.
Hispar Hotel |
Sebaik sahaja buka pintu bilik, jam sudah menunjukkan hampir 1:12 minit pagi.
Kali ini HP tak berapa nak diberi makan. Keletihan, mengantuk dan ingin cepat-cepat bersihkan diri serta solat jamak hendak didahulukan.
Dapatlah juga tangkap gambar suasana bilik seadanya saja, asalkan ada untuk simpanan.
Tak sabar hendak masuk bilik air. Hendak cuci muka. Hendak berus gigi. Hendak berwudhu'.
Bangun pagi, terus menyiapkan diri untuk turun ke lobi.
Sempat naik ke tingkat atas, ke bilik Nano dan Jusna sebab hendak sterika tudung.
Jusna bawa sterika, jadi selalu pinjam-pinjam!
Tak tanya pula, adakah hotel sediakan sterika.
Pemandangan aras bawah dari bilik Jusna.
Tingkat bawah dan atas.
Pakistan dengan pemandangan gunung berpisah tiada!
Suasana pagi di sekitar Hispar Hotel.
Hispar Hotel dari pandangan sisi depan.
Panjat tangga nak naik atas van tapi tak berani naik bumbung!
Seorang peserta Trip Pakistan sudah meronda sekitar Hispar Hotel di awal pagi. Katanya ada pemandangan cantik! Sayangnya kami tak sempat hendak melihat-lihat kawasan tersebut. Katanya lagi ada motosikal boleh disewa!
Tudiaaa.... bergaya dengan motosikal Pakistan!
Kredit - Gambar Trip Pakistan |
Pinjam gambar kawan-kawan yang cantik beraksi di atas van.
12 comments
Rajinnya Jusna bawa seterika jauh² tu.
BalasPadamSeterika khas untuk travel. Kecik jew beberapa ratus gram.
Padamnasibaik dpt bilik tingkat bwh..tkde la nk memanjat tgga naik atas kan ngan luggage...hah posing ngan motosikal pakistan
BalasPadamBeg memang dibawa hingga ke hadapan pintu bilik oleh pekerja hotel.
PadamHahaaa ...motosikal 🏍️ Pakistan memang rare.
Seronok, memang seybaca trip Kak Amie ni. Subhanallah cantik semuanya.
BalasPadamTerima kasih Mulan.
PadamCantik kan Pakistan.
Ya allah bestnya panjat posing atas van tu. hehehehe naik boleh tapi nak turun gayat.....hehehehe
BalasPadamHahaaa... itulah, naik separuh tangga jew. Turun balik.
Padampemandangan cantik.... hotelnya walaupun cuma 2 tingkat tapi tetap nampak cantik dan selesa
BalasPadamSaya bayangkan, masuk kamar jam 1 lewat, bangun pagi utk subuh, lalu langsung bersiap nak berangkat lagi. Letih sangat lah kak Amie 😅. Mata saya kalo kurang tidur, dah macam zombie 🤣
BalasPadamMenarik binaan hotel tu di tengah-tengah kosong jadi boleh lihat terus pemandangan luar.
BalasPadamLantai kayu dalam bilik pasti selesa dan hangat bila cuaca sejuk.
sy suka suasana macam ni...
BalasPadamdikelilingi alam semula jadi
bukan hutan batu bila selak tingkap bilik hotel