Terbang Bersama PIA (Pakistan International Airlines) dari Skardu ke Islamabad

5:29 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Ini merupakan kali pertama kami menaiki pesawat PIA-Pakistan International Airlines jenis Boeing (tidak pasti samada 777 atau 737), dari Skardu ke Islamabad. Sudah tentulah kami merasai pengalaman yang berbeza berbanding menaiki mana-mana pesawat lain.

Google - PIA (Pakistan International Airlines)


Di sini, Mumtaz Khan dan Encik Mudassir menamatkan khidmatnya bersama kami. Sepanjang kembara, kami diberi layanan yang sangat memuaskan hati. Encik Mudassir menjaga kebajikan kami sebaik mungkin, sehingga untuk qadha hajat, beliau akan mencarikan kami tempat yang bersih dan selesa. Mumtaz Khan pula tidak pernah terlihat letih dan mengantuk. Beliau menjalankan tugasnya sebagai pemandu dengan penuh hemah dan berhati-hati dalam pemanduannya. Tidak pernahlah Mumtaz Khan memandu dengan kasar, melanggar lopak dan lubang di jalanan.


Sepanjang tiga hari tiga malam bersama-sama, pada hari terakhir di lapangan terbang inilah kami melihat Mumtaz Khan tersenyum! Semoga kedua-duanya selamat sampai ke destinasi dan meneruskan tugas mereka sebagai pemandu pelancong dan pemandu van.


Urusan daftar masuk penerbangan berjalan lancar. Apa yang membezakan sewaktu pemeriksaan imigresen dengan lapangan terbang lain ialah penumpang wanita diperiksa di dalam bilik. Keadaannya sama seperti pemeriksaan imigresen di Lapangan Terbang Riyadh dan Jeddah (ikut pengalaman Amie sewaktu di Arab Saudi). Apa yang tidak dapat dilupakan ialah petugas wanita di sini melayan kami dengan ramah dan  lemah lembut, memberi salam terlebih dahulu disertai dengan bertanya khabar dan nama dalam Bahasa Inggeris.

Apa yang memeranjatkan kami sewaktu menunggu masa untuk berlepas ialah bekalan elektrik terputus sebanyak tiga kali! Ini kali kedua kami lalui pengalaman yang sama selepas kali pertama di Lapangan Terbang Katmandhu, Nepal pada 2019.

Harapnya kali ini memang terbang pukul 02:00 petanglah. Bukan apa, tak seronoklah asyik tu da-tunda penerbangan dari jam 10:00 pagi ke 12:00 tengah hari. Tunda lagi ke pukul 02:00 petang!

Sabar menanti waktu untuk terbang.


Akhirnya tibalah masa kami menaiki bas menuju ke pesawat. Rasa panas di dalam bas kerana tiada pendingin udara. Ketika ini baru perasan, lapangan terbang dikelilingi oleh gunung-ganang! Dan hanya ada sebuah pesawat sahaja di lapangan iaitu PIA yang akan kami naiki nanti.


Sempat ambil gambar kapal terbang sebelum turun dari perut bas.


Dan sempat juga rakam serba sedikit suasana di sekitar lapangan terbang. Hanya ada sedikit tumbuhan hijau dan gunung berbatu. Pada batu gunung tersebut tertulis perkataan:

PAKISTAN
AIR FORCE
WELCOMES
YOU
AT SKARDU


Lapangan Terbang Antarabangsa Skardu ialah sebuah lapangan terbang awam antarabangsa di Skardu, Gilgit-Baltistan, Pakistan. Ia dihubungkan dengan ibu negara Pakistan, Islamabad dan Skardu, Bandar Terbesar Gilgit-Baltistan di Pakistan melalui penerbangan biasa Pakistan International Airlines. Lapangan terbang ini juga menghubungkan Skardu dengan Lahore, Multan, Faisalabad, Sial, dan Karachi dan  berfungsi sebagai pangkalan operasi hadapan Tentera Udara Pakistan. Lapangan Terbang Skardu mempunyai dua landasan asfalt, satu 8,740 kaki (2,664 m) panjang dan satu lagi 11,944 kaki (3,641 m) panjang. Lapangan terbang beroperasi dari subuh hingga senja.


Nampak berbeza pemandangan di sekitar lapangan terbang di sini bukan?


Rakaman video naik kapal terbang PIA.



Memang rasa seronok sangat sebab di pintu masuk disambut oleh pilot dan pramugara. Pilot bertanya kami dari negara mana, dan bertanya khabar. Mereka mengucapkan selamat datang ke Pakistan.
Kerana gembira sangat dialu-alukan oleh pilot PIA, kami terlupa keadaan panas dalam pesawat. Pendingin hawa tidak dibuka sehinggalah pesawat hendak terbang! Namun, tiada sebarang rungutan dari para penumpang.

Pramugara mengedarkan kotak makanan.

Pesawat PIA meninggalkan landasan pada pukul 14:27 petang. Penerbangan hanya memakan masa selama 45 minit. Namun begitu, pramugara bertugas sangat cekap dan pantas mengedarkan kotak makanan kepada para penumpang yang memenuhi tempat duduk. Selepas kotak makanan diedarkan, pramugara menyorong troli membawa minuman pula. Eh, sempat pula mereka melayan permintaan pelbagai jenis minuman, tetapi bukan minuman panas. Amie hanya minta air mineral sahaja.

Seingat Amie, kalau naik Royal Brunei dari Kota Kinabalu ke Bandar Seri Begawan yang hanya mengambil masa 25 minit penerbangan, sebaik sahaja kami masuk pesawat kami terus diberikan minuman kotak dan makanan.

Makanan & minuman PIA.




Kami dapat roti saiz besar. Intinya kepingan ayam yang disalut sos mayonis (mungkin).


Kuih yang ini tak tahu nama apa.


Antara pemandangan yang dapat dilihat dalam penerbangan dari Skardu ke Islamabad.




PIA mendarat di Lapangan Terbang Islamad pada pukul 15:12 petang. Sewaktu keluar dari pesawat, mata terpandang pula pesawat AIRSIAL. Aduhai, terkejut pula ada nama begitu dihujungnya. Apabila rujuk Pak Google, memang ada nama AIRSIAL. AIRSIAL ialah syarikat penerbangan persendirian Pakistan yang berpangkalan di Karachi, dirasmikan pada 9 Disember 2020. AIRSIAL mempunyai penerbangan domestik pertamanya pada 25 Disember 2020. AIRSIAL mula terbang ke peringkat antarabangsa, dengan Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, Jeddah sebagai destinasi pertamanya, pada 29 Mac 2023. Operasi antarabangsa dilanjutkan ke Muscat di Oman mulai Jun 2023.

Pesawat AIRSIAL



Suasana di balai ketibaan Lapangan Terbang Islamabad.


Selamat datang ke Islamabad.



11 comments

  1. Hahahahaha namanya tak mungkin terpasang di maskapai Malaysia dan Indonesia ya kak. Takut sial pula kejadian 😁😅😅.

    Saya jujur seram kalo melihat bandara yg dikelilingi gunung. Langsung banyak berdoa, Krn kuatir kan jika tak pas landing dan takeoff, takut menabrak gunung pula. Tapi tak membuat saya utk ragu ke Pakistan lah. Ini tetap negara yg akan masuk bucket list saya ❤️❤️

    BalasPadam
  2. 🤭🤭🤭 Namanya tu nak ketawa takut berdosa...

    Berbeza sungguh suasana lapangan terbangnya kan...
    Memang dorang takda pramugari yer ?
    Kalau ada teringin nak tengok uniform pramugari sana bagaimana rupanya

    BalasPadam
  3. Wahhh.. dah sampai Islamabad. Dulu selalu dgr nama Islamabad dibacakan dalam warta berita. Skrg dah jarang tengok berita.

    BalasPadam
  4. First time jugak tengok nama airline ni. Cantiknya sungguh foto di bumi Pakistan, juga foto awan2 di langit biru.

    BalasPadam
  5. Foto Skardu tu unik betul. Airport disajikan latarbelakang gunung-ganang. Kalau kat Malaysia nampak rumah-rumah orang.

    BalasPadam
  6. Pengalaman berjalan di negara orang kan kak, seronok kalau baca cerita jalan-jalan akak.

    BalasPadam
  7. Simple je design body pesawat dia kan?

    BalasPadam
  8. Wah..Islamabad plak....entry sebelum2 ni pun SA belum terjah habis lagi...

    BalasPadam
  9. 1st time dgr pesawat AIRSIAL ..view dr tingkat dpt tgk awan kepul2 best btul

    BalasPadam
  10. terus tergelak bila sy nampak perkataan AIRSIAL
    hahahahahahhaa

    BalasPadam
  11. Unik pemandangan.lapangan terbang berlatar belakangkan gunung ganang.
    Walaupun masa penerbangan hanya 45 minit masih ada complimentary makanan dan minuman.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe