Betik Hawaii Saiz Kecil Tapi Manis!
11:53 PGBismillahirrahmanirrahim.
Encik Suami selalu ingatkan supaya tengok-tengok dahulu di tempat lain apa yang hendak dibeli. Kita kalau nampak saja yang berkenan di hati memang terus beli. Misalnya sayur dan buah. Akibatnya apabila sudah beli, nampak di gerai lain sayur lebih segar, rasa menyesal pula beli yang hampir layu. Tidak terus dibeli takut tidak ada di gerai lain. Nanti patah balik hendak beli, sudah dibeli orang pula!
Selalu nampak longgokan buah betik Hawaii tapi tidak tertarik sebab saiznya kecil-kecil. Pagi ini kami singgah beli. Murah pula harganya hanya RM3.00 sekilogram. Kami beli dua kilogram dapat lima biji. Isinya manis.
Terung Hijau Panjang |
Selalunya kami beli limau begini di gerai sebelah betik Hawaii dengan harga RM10.00 sekilogram. Kali ini kami beli di gerai jual betik Hawaii. Terkejutlah dengar hanrganya hanya RM5.00 sekilogram. OMG! Sekali ganda lebih murah berbanding gerai sebelahnya!
Nampaknya kenalah jadi pembeli @ pengguna yang bijak dengan cara bandingkan harga terlebih dahulu.
Rasa limau RM5.00 sekilogram sama dengan limau RM10.00 sekilogram. Manis dan sedikit saja rasa masamnya. |
Umbut Kelapa Sawit |
Tak jumpa umbut kelapa, dapat umbut kelapa sawit pun jadilah. Bolehlah dibuat masak lemak!
Selepas jalan-jalan di Pasar Tani LD, kami berjalan kaki ke tempat letak kereta di di belakang Pasar Ikan Kering. Kita ajak Encik Suami ke Pasar Ikan pula dengan berjalan kaki melintasi Pasar Rakyat LD. Sempatlah ambil gambar kapal di jeti.
Untuk sampai ke Pasar Ikan LD, kami melintasi jalan di belakang Pasar Rakyat bersebelahan Tandas Awam LD, dan nampaklah papan tanda di bawah ini.
Papan tanda ini sudah lama ada di sini. Lahad Datu memang terkenal dengan buaya. Banyak cerita keganasan buaya yang memakan mangsa samada di sungai atau di laut! Di laut pun ada buaya tau terutamanya di kawasan muara sungai.
12 comments
Umbut kelapa sawit pun sedap.
BalasPadamUmbut kelapa nyok dah payah nak dapat.
Apa nak buat. Pokok kelapa ditebang, ganti tanaman kelapa sawit.
PadamMurahnya limau & betik Haiwaiii tu cikgu...Kat pasaraya dekat rumah saya ni dia tak jual ikut kg tapi jual ikut pcs( tapi dia tinbang jugak la sblm tu)🤭
BalasPadamSebiji kecik tu memang cecah R5/RM6..dah la berat bijinsebab bijinya memang penuh...hmm betuk kampung jual ikut kilo RM7++ /kg
Alahai... Mama Cella duduk kawasan bandar, manalah sama harga dengan kawasan pedalaman di tempat kami hihihiii. Kebetulan pula hari ini jumpa buah betik dan limau harga murah. Biasanya beli harga kayangan juga kalau cari di pasaraya.
PadamPepaya California ini memang sedap. Di sini pun banyak kak. Tapi harga lebih mahal dibanding pepaya biasa. Hanya saja sesekali saya beli kalo sedang promo atau teringin.
BalasPadamUmbut kelapa nih saya blm pernah coba. Penasaran jadinya 🤭
Umbut kelapa sedap dimasak lemak. Dibikin kerabu pun sedap. Dulu kami gunakan umbut kelapa, tapi sekarang guna umbut kelapa sawit pula sebab kekurangan pokok kelapa di negara kami.
PadamComel² betik Hawai. Sedapnya umbut masak lemak.
BalasPadamComel sangat betik tu, makan sebiji pun tak cukup.
PadamTak sabar nak masak lemak umbut kelapa sawit tu.
Murahnya betik. Umbut, lamanya tak makan lauk umbut.
BalasPadamMurahnya betik hawaii tu kak..kalau Pak Zain nampak ni sure dia suruh beli
BalasPadamBetik? Ah rupanya itu pepaya kalau disini. Bentuknya agak bulat begitu ya Mbak. Biasanya pepaya bentuknya lonjong.
BalasPadamCantik juga foto pemandangan lautnya Mbak.
Salam,
huiiii mengancam sungguh laa limau tu kakkkk
BalasPadam