Cerita Ceria Dari Kampung

6:49 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Malam tadi layan sembang Bonda sampai pukul dua pagi! Kita ada janji dengan Wak Aton untuk jalan-jalan. Syukurlah kita tidak terlewat bangun. Sempat sediakan sarapan untuk Bonda. Kelmarin tengah hari Wak Kanang dengan anak-anak, Adik Wi, Adik Chah dan anak-anak buah datang ke rumah Bonda. Abang Farid, Aseeyah dan Hamzah pun ada sama. Seronok sungguh dapat bertemu, melayan Hamzah dan cucu cicit Bonda yang lain.

Pagi tadi tidaklah masak sarapan berat. Goreng masala vadai dan karipap yang Wak Kanang bawa petang kelmarinnya. Kemudian Amie goreng bihun sedikit dan hidangkan untuk Bonda bersama teh panas kurang manis.

Ada 10 biji masala vadai, 10 biji karipap inti sardin dan 10 biji karipap inti kentang. Kesemuanya Amie goreng tapi hanya lima biji setiap jenis.

Masala Vadai


Masala Vadai sejuk beku ini diperbuat daripada kacang dal, dan berbentuk kasar seperti cakram. Dalam bahasa Tamil masala vadai ini juga dikenali dengan nama aamai vadai kerana menyerupai seekor kura-kura.

Karipap Inti Kentang

Ini karipap ini kentang. Kulitnya agak tebal tetapi agak rangup. Wak Niah kata mungkin tuan punya karipap ini belum berapa mahir mengelim tepi karipap... ahaks!

Karipap Inti Sardin

Ini pula karipap inti sardin. Apabila digoreng, terkeluar sedikit intinya. Sama seperti karipap inti kentang, kulit karipap inti sardin ini agak tebal tetapi masih rangup.


Bihun goreng ini terputus-putus sebab Amie gunakan lebihan bihun celur  (kelmarin petang) untuk makan dengan sup ayam. 

Teh Lemon Panas

Tepat pukul lapan pagi, Wak Aton sampai ke rumah Bonda. Maka berjalanlah kami berdua ke Kuala Lumpur. Lama sungguh tidak melihat suasana Kuala Lumpur. Harapnya sempenan cuti perayaan Deepavali, tidaklah sesak jalan ke sana.


Pukul lapan pagi, ketika kami meninggalkan rumah Bonda, cicit-cicit Bonda sudah bermain-main di hujung halaman rumah Bonda! Ada tujuh orang  di dalam gambar di atas. Rasanya cicit Bonda ada12 orang kesemuanya.

Pukul 2:20 petang, kami sampai semula ke kampung. Ada anak-anak buah sedang sembang dengan Bonda. Kita dengar Bonda hendak makan sayur pucuk ubi masak lemak dengan tempe tambah ikan masin. Kita pun arahkan anak-anak buah petik pucuk ubi.

Bonda kata, perut masih kenyang makan bihun goreng. Kuih masala vadai dan karipap yang kita goreng pagi tadi sudah habis dimakan bersama anak-anak buah. 

Sayur pucuk ubi masak lemak dengan tempe dan ikan masin.

Bonda suruh kita masak lebih supaya boleh diberikan sedikit untuk anak buah dan Adik Chah. Kita masak lemak putih sahaja dan bubuh cili padi sebiji-sebiji sebab Bonda tidak tahan makan pedas.

Kita goreng ikan gelama salewang. Selepas digoreng, kena biarkan dahulu supaya rasanya lebih gurih! Tambah sedap kalau goreng pagi makan sebelah petang. Atau goreng hari ini, makan keesokan harinya.

Ikan Gelama Salewang Goreng


Oleh kerana ketika kita masak di dapur, datang Adik Chah bersama suami dan anak-anak serta ada anak-anak buah yang lain, kita gorengkan baki masala vadai, karipap inti sardin dan karipap inti kentang. Sambil sembang dengan Bonda, bolehlah makan-makan apa yang ada.


Adik Chah bawa rendang daging, hasil air tangannya dengan ketupat palas segera.

Keropok Amplang Sotong

Ini keropok amplang perasa sotong yang kita bawa dari LD. Setiap kali adik-beradik dan anak-anak buah datang, inilah yang hadap! Dan di bawah ini keropok amplang perasa ikan.

Keropok Ampplang Ikan

Red Snow Pear & South Africa Navel Orange

Wak aton ajak beli buah di Setia Alam Mall. Bawa pulang Red Snow Pear dan South Africa Navel Orange. Kita terpandang nanas siap dipotong. Terus rasa kecur! Ambillah satu bekas harga RM11.00.

Nanas Rompin Pahang 

Ketulan Nanas Segar


Tak sabar hendak makan! Masuk kereta terus buka penutupnya. Manis-manis masam. Sedap dimakan begitu saja. Ikutkan hati memang hendak telan semua, tapi takut pula perut kembung!

Duku Langsat

Tengah hari tadi Wak Niah beli duku langsat. Sama-samalah kami menghabiskannya! Manis isinya dan kurang bijinya.



Terpandang buah kelapa di depan rumah. Sedapnya kalau dapat minum air kelapa. Adik ipar kata, itu kelapa tua. Tak kisahlah kelapa tua atau muda. Yang penting dapat minum air kelapa. Maka adik ipar pun kaitkan, dan turunkan beberapa biji kelapa. memang tidak muda, tapi air manis!

Buah kelapa tak berapa muda tapi manis airnya!


3 comments

  1. Alhamdulillah.. Seronok dapat pulang ke kampung...

    BalasPadam
  2. Seronoknya Kak... Dalam satu hari pelbagai aktiviti yg dapat dibuat. Paling best aktiviti makan² hehe

    BalasPadam
  3. Padat jadual kat kampung tu. Sempat lagi masak balik dari KL. Kalau masak lemak pucuk ubi letak cili sebiji2 camtu menarik juga. Tak perlu buat sambal belacan. Kalau nak pedas makan cili tu je.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe