Gang Nasi Sejuk Sarapan Apa Minggu Ini?

10:55 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Gang Nasi Sejuk kadang-kadang tidak dapat makan serentak. Ada yang tiba-tiba ada tugas, dan ada yang dapat terus ke kantin. Ada yang menunggu dan ada yang makan dahulu kerana selepas itu ada tugas yang sedang menanti. Jadinya, ketika makan tetapi ada yang belum datang, maka tertoleh-tolehlah kami kalau-kalau yang ditunggu munculkan diri.

Hari ini Yus datang dengan membawa sesikat pisang berangan. Nampaknya di pagi Jumaat nan mulia ini, banyak mula yang manis-manis untuk dijamah. Alhamdulillah, rezeki Allah. Semoga kenangan sarapan bersama Gang Nasi Sejuk bertambahlah kemanisannya!

Pisang Berangan


Nano bawa dua bekas tembikai. Sebekas lagi di letakkan di bilik penoreh.


Kita seperti biasa, balik-balik bawa betik!


Yang bawa nasi sejuk, memesan telur dadar.
Walaupun telur dadar kosong tapi tetap menggamit selera.


Nano makan nasi sejuk dengan ayam goreng dari kantin dan telur dadar.

Bekas berisi pengat pisang.

Kita bawa pengat pisang. 
Gunakan pisang sanggar, tambah jagung krim dan sagu biji. Santannya pula yang segar dari kelapa parut. Rasa sedaplah pula pengat pisang yang kita buat kali ini... ahaks! Masuk bakul berlubang ni.

Pengat Pisang

Nasi Lemak Sambal Paru & Sotong Goreng Celup Tepung.

Oleh kerana minggu ini kita bawa bekalan dari dapur, jadi hari Jumaat penghulu segala hari kenalah Encik Suami belanja sarapan. Singgahlah kami di Warung Al Amin beli nasi lemak lauk sambal paru dan sotong goreng salut tepung.

Kek Lapis Masam Manis Sarawak.

Oleh kerana di rumah tidak ada sesiapa yang hendak makan kek lapis Sarawak, jadi kita bawa sajalah ke ladang.

Kelmarin hari Khamis, kita bawa bekal cucur jagung campur udang. Seronok tengok kawan-kawan jamah seketul demi seketul. Nano kata cucur paling sedap di dunia.

Cucur Jagung Campur Udang.


Julik bawa lauk Ayam Palekko'.


Yus bawa roti inti telur.

Buah Betik

Kita bawa buah betik.
Sudah bawa buah betik, bawa pula baki sayur bunga dan pucuk daun petik masakan semalamnya.

Sayur Tumis Bunga dan Pucuk Daun Betik.

Ikan Kekek Goreng

Bawa juga tiga ekor ikan kekek goreng baki makan malam. Orang Sabah panggil ikan sap-sap @ ikan cermin. Colek ikan kekek dengan sambal kemangi memang sedap!

Sambal Kemangi


Hari Rabu, Julik bawa nasi sejuk dengan ikan goreng.

Nasi Sejuk & Ikan Goreng.


Nano pun bawa nasi sejuk dengan telur masin, tambah seketul peha ayam goreng dari kantin.


Sitti seperti biasa, memesan telur dadar dan makan dengan nasi.


Nano bawa terung masak sambal.


16 gulung lempeng cair.

Kita bawa lempeng cair cecah dengan sambal sardin.

Sambal Sardin

Udang Masak Kam Heong.

Huda bawa Udang Masak Kam Heong. Sedap betul, harum aromanya.

Sayur Campur

Kita sempat panaskan baki sayur semalamnya, sayur campur cendawan segar shiitake, kacang manis dan putik jagung serta lobak merah.


Bawa juga limau sunkist.


Terima kasih James belanja kami kuih-muih sawallah, popia sira pedas, karipap dan popia. Terima kasih juga Jus bawa karipap inti sardin dan kek coklat.

Hari Selasa, Mas belanja semua warga ladang dengan barobbo'.

Barobbo'

Sambal untuk menambah pedas bubur jagung @ barobbo'.


Alhamdulillah.
Rezeki Allah jangan ditolak.
Semoga bertambah reseki Mas kerana mengenyangkan perut warga ladang getah.



Nano bawa bekal nasi sejuk dengan ikan cencaru masak asam.


Dalam mangkuk tingkatnya, Nano isi dengan hirisan sengkuang. Dibawanya juga sebotol kuah rojak.


Tidak ketinggalan, telur masin!


Seperti biasa, Sitti memesan telur dadar, makan dengan nasi dan kerabu pucuk paku.


Mas bawa kari kepala ikan putih.

Kari Kepala Ikan Putih

Kita tempah awal-awal mata ikan!


Kita teringin minum kopi panas!
Minum segelas waktu pagi, sampai malam tak boleh tidur.


Julik bawakan kita telur ikan putih. Terima kasih Julik.


Kita bawa tembikai merah dan tembikai kuning.


Sengaja buat kerabu pucuk paku lebih-lebih untuk makan malam.
Kita tambahkan kerisek, isi ikan pelaling dan santan.
Bakinya kita bawa buat bekal menoreh.


Kita pun bawa bekal nasi sejuk, tambah seekor ikan belawis goreng.


Sebagai pelengkap rasa, kita bawa juga sambal kemangi.


Zai bawa nasi lauk kari ayam kerisek.


Terima kasih James, bawa kuih lenggang, kosui, sawalla dan karipap.

Hari Isnin, Nano bawa kuih takir Sarawak. Lemak manis ala amboi-amboi! rindu hendak makan tepung pelita yang original akhirnya terubat juga apabila dapat makan kuih takir Sarawak ini!

Kuih Takir Sarawak


Ikutkan selera memang tak cukup makan sebekas!


Bekalan Nano, nasi sejuk dengan telur masin.


Nano bawa bubur jagung.


Kita bawa daun salad dan Kewpie Dressing Roasted Sesame.

Sos Salad

Sambal Ikan Bilis, Tempe & Terung Pipit

Kita bawa sambal tempe ikan bilis dengan terung pipit. Kebetulan pengurus ladang lalu di tempat kami makan. Kami pelawa makan sama tetapi katanya sudah sarapan di awal pagi. Beliau sangka terung pipit itu kacang peas!

Limau Sunkist


Kek Lapis Sarawak bercampur dengan Kek Belacan @ Kek Hati Pari.


Nano simpankan nasi dengan sambal untuk Jusna yang sedang bertugas.
Jusna tambah seketul ayam goreng beli di kantin.


Sekian.
Coretan kenangan Gang Nasi Sejuk.

13 comments

  1. sedap-sedap menu geng nasi sejuk..paling menggoda sambal kemangi dengan ikan goreng tu kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah gandingan mantap sambal kemangi dengan ikan goreng. Kalau makan tengah hari, tambahkan sayur bening. Memang mantap!

      Padam
  2. sedap2 makanannya kak. da lama xmkn popiah sira

    BalasPadam
  3. nampak gambar saja sudah cukup untuk saya terliur

    BalasPadam
  4. Sambil scrool sambil telan air liur...rasa nak hulur tangan jamah sayur bunga kates tu...Sengkuang tu ingatkan nasi impit🤭

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaaa....potongan sengkuang tu macam potongan nasi himpit kan.

      Padam
  5. Meriah betul bekalan dibawa geng nasi sejuk. Macam hari2 ada potluck ni, hihi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bawa saja baki makan malam dari rumah masing-masing. Kongsi-kongsi banyaklah jadinya.

      Padam
  6. Momen begini pastilah susah nak lupa . Jadi sweet menories sangat kalau nanti kak Amie dah pensiun. Jarang2 ada kolega yg bisa kompak saling membawa makanan bersama dan sharing

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, bertahan jugalah kami tunggu pencen ni Fanny. Jadi, manfaatkan waktu dan kesempatan mencipta memori bersama-sama.

      Padam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe